Assalamualaikum,

Problem... memang problem.. Baja tahi ayam sy kali ni kalau nak diikutkan memang tak der buyer. Puas sy mencari buyer.. Tak jumpa.. Tiba2, ditakdirkan Allah ada satu customer ni nak baja tahi ayam 2500 beg.. Perghh.. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Kalau tak mana nak campak baja2 ni. Biasanya baja2 ni tak dak masalah sebelum ni.. Cuma kali ni ntah macam mana, semua kaki2 yg ambil baja dari sy tak mau pulak kali ni. Depa kata lain kali..

Dan yg menjadi masalahnya skrg ni, bila satu customer nak ambil semua. Bila nak habis baja ni. Sy suruh start ambil hari Selasa lepas, then dia kata hari Rabu. Semalam hari Rabu dia kata lori dia tak lepas Puspakom, tunda ke hari Khamis. Hari Khamis, pagi ni dia kata lori tengah pi test sekali lagi. Kalau lepas baru boleh mula angkat baja ni.. Aduh.... Macam mana ni..

Tengah2 org nazak nak cepat, lori pulak buat lambat. Ayam dah booking masa 21 & 22 Oktober ni. Kalau lewat, susah nanti.... Reban tak cukup rest...

Hmm.. pagi ni kena berdoa banyak2. Minta Allah permudahkan segala urusan...

CP dah bagi tau result ayam di EP11 dan EP07. Alhamdulillah, result ok. Overall, kurang RM10k dari pencapaian pusingan lepas. Hmm... tapi still not bad...

Oklah.. Esok sy nak ke KL. Balik rumah mertua sampai hari Isnin. Hari Isnin balik sini semula... Wassalam..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top