Assalamualaikum,

1) Sy skrg Alhamdulillah, selamat sampai di 'kampung' mertua sy. Di Keramat, Kuala Lumpur. Tengah hari tadi sampai. Hari ni tak der aktiviti sgt, petang tadi tolong mak mertua gi kutip daun pisang utk dia buat kuih kuaci utk dijual... Hmm.. Jgn tak tahu, mak mertua sy memang tauke kuih di sini... Semua kuih2 dia sedap... Sekali makan, pasti nak lagi.. Tapi sayang.. kehebatan mak mertua sy ni tak menurun ke anak bongsu dia... So, kalau nak makan kuih2 sedap, kena dtg KL la....

Kuih yg mak mertua sy buat jual Kuih Kuaci, Kuih Apam Gula Hangus, Kuih Cara Berlauk dan macam macam lagi. Setiap hari order beratus ratus. Kadang kadang mencecah ribuan biji sehari.. Kesian sy tengok dia buat kuih... Dari pagi sampai ke petang, dari petang sambung ke malam, dari malam sambung ke pagi... Ish ish ish.... Mencari rezeki.. Rajin sungguh..... Tengah berdoa agar kerajinan mak mertua sy menurun ke anak bongsu dia... Insya Allah... amin...

Esok mcm2 plan, shopping la... aktiviti wajib Maria... Then nak gi visit kawan... Raya dah habis. Tak pa la. visit aja la. Nak gi tengok kereta la... Nak pi showroom di Jalan Ampang... Hmmm... keter aper tu...? Biarlah Rahsia...

Hari Ahad pulak nak ke Negeri Sembilan, ada makan kenduri di Kuala Pilah... Rumah saudara mak mertua sy.. Pegi aja la....

Hari Isnin pagi, pi rumah abg sy di Puchong dan kemudian balik Parit Buntar....

2) Alhamdulillah, baja tahi ayam dah start jalan keluar. Hari ni lori dah jalan 3 trip. Total dah keluar dlm 700 beg. Insya Allah, hari Isnin boleh clear semua baja ni. Kalau lah lori ni boleh jalan 3 trip sehari selama 3 hari. Tak pa lah, yg penting, boleh jalan sket2... Ni lah masalahnya kalau sy jual baja kepada sorang buyer saja..

Bukan senang nak communicate, nak atur semua. Especially sy skrg di KL. Dan segala urusan semua di Parit Buntar. All conducted through phone. Alhamdulillah, so far so good.

Kalau esok baja di EP11 habis dikeluarkan, lusa boleh start basuh reban di EP11. Biasanya ambil masa 7 hari utk siap basuh di kedua dua reban... Anak ayam dah book masuk 21 & 22 Oktober ni... Masa semakin suntuk sekarang... Aduhhh... bukan senang skrg ni.. Tengah kejar masa ni.. Moga Allah permudahkan segala urusan.. Amin...

Rasanya cukup dulu setakat ni.. Till then. Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top