Assalamualaikum,

Semalam sy bertolak dari KL sekitar pukul 10 pagi. Tak boleh balik awal sangat sebab Maria kena ambil something di klinik pukul 9.30 pagi. Balik dari KL, kami terus bergegas ke kampung di tempat nenek saudara saudara sy yg meninggal.

Nenek saudara sy ni tak ada anak. Suami dia dah pun meninggal. Jadi, malam2 dia tidur di rumah nenek saudara sy yg lagi satu.

Alhamdulillah, hampir semua anak saudara dan cucu saudara dia berkesempatan utk menziarahi beliau buat kali terakhir. Ada yg balik dari Johor Bharu, non stop drive ambil masa 6 jam terus ke kampung. Ada yg datang dari Melaka. Ramai juga yg pulang dari KL.

Bila jenazah dimandi dan dikafankan, kami anak2 saudara dan cucu saudara ambil keputusan untuk menanggung keranda ke kubur. Sebagai sumbangan kami yg terakhir anak cucu dia... Dan Alhamdullillah, walaupun masjid agak jauh. Tapi jenazah ditanggung secara bergilir oleh kami semua...

Selepas semuanya selesai, sy pun tanya mak sy macam mana nenek saudara sy ni boleh meninggal. Mak sy cakap, arwah meninggal waktu malam. Mlm sebelum tu, dia berbual macam biasa dan masuk tidur sekitar 10 mlm. Dan bila dikejutkan pukul 6 pagi utk pergi ke Masjid bagi menunaikan solat Subuh, arwah senyap saja dalam bilik. Dan nenek saudara sy musykil. Bila diintai dari tingkap, nampak arwah dah tak sedar diri.

Bila dipecahkan pintu utk masuk, mereka nampak macam ada bekas arwar terkena serangan jantung. Dan dia jatuh di atas sejadah. Ada tanda2 yg dia baru guna telekung sembahyang dia. Sebab biasanya, kalau lepas solat dia akan lipat telekung sembahyang dia, tapi kali telekung dan anak tudung dia nampak macam dibuang dan dibuka dalam keadaan tergesa2.

Arwah memang selalu menunaikan Solat Tahjud setiap malam. Kami semua berdoa, mudah2an beliau menghembus nafas terakhir selepas solat tahjud, dan moga segala dosa arwah diampunkan Allah...

Sy rasa, Allah bertindak adil dengan semua manusia. Kalau kita selalu beramal soleh, kita pun dimatikan dlm keadaan yg husnul khatimah... Itulah pentingnya kita semua berdoa, dlm setiap kali solat kita "Ya Allah, matikanlah aku dlm keadaan husnul khatimah ( sebaik baik keadaan ) dan jangan lah matikan aku dlm keadaan suul khatimah ( sejahat jahat keadaan )". Moga moga, kita semua mati dlm keadaan kita mendekatkan diri kita dengan Allah..

Moga Allah mencucuri rahmat keatas arwah dan tidak diseksa di dalam kubur.. Amin....

Wassalam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top