Assalamualaikum,

Ni gambar sambutan korban di surau sy. Pagi tadi.. Mula2 plan korban 5 ekor, last2 ada semua 7 ekor as ada 2 ekor dtg tumpang buat korban di surau. Tenaga kerja memang banyak... Ramai pemuda yg turut serta dlm program korban hari ni... Ni la aktiviti surau yg paling ramai pemuda turut serta. Tak perlu jemput pun semua dtg. Tapi, kalau solat jemaah.. Hmm.. Jenuh nak panggil...

Apa2 pun ni gambar korban di surau depan rumah sy...

Lembu pertama dlm proses utk dijatuhkan
Org ramai yg datang utk tengok upacara korban

Sembelihan lembu.. Eh eh.. tgk balik.. Siapa yg sembelih lembu tu..... Macam pernah ku tengok.. tapi di mana ya...... Sy memberanikan diri utk menyembelih lembu buat kali pertama dlm sejarah hidup sy.. Ingatkan susah nak sembelih.. Rupa2nya.. senang aja nak sembelih... Make sure urat putus aja... Yg penting, suruh org pegang lembu tu kuat2 sket..

Booommm... Lembu meronta lepas kena sembelih.. Semua yg pegang lembu tu lari berterabur...

Lembu daging dipotong utk diagihkan kepada penduduk di Spg Empat..
Proses melapah kulit lembu

Memasak sup daging dan nasi. Sy jadi tukang masak sup dan nasi...

Warga emas yg sudah berumur turut ambil bahagian. Kerja menimbang daging utk diagihkan...

Alhamdulillah, ada sorang org kaya dari Ipoh yg datang utk memberi zakat utk diserahkan kepada anak2 yatim, ibu tunggal dan warga emas yg kurang kemampuan. Terima kasih... moga murah rezeki lagi lepas ni..

Pemuda bergotong royong membersihkan pinggan mangkuk dan periuk..
.
Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar.. Kali ni sy dpt sembelih seekor aja.. Kawan sy umur 27 tahun pun turut serta belajar cara2 nak sembelih lembu. Mlm tadi kami diberi penerangan tentang tatacara dan teknik sembelihan. Dan pagi ni kami menjalankan tugas dengan baik walaupun dua2 org cuak sebenarnya..
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top