Assalamualaikum,

Cepat sungguh masa berlalu, sedar tak sedar ayam di EP11 dah umur 36 hari arini. Dan tak disangka2 CP call pagi tadi cakap nak tangkap ayam hari ni. Mula2 cakap nak tangkap 1 lori, lepas tu hantar 2 lori. Kalau ikutkan sifu sy, Mr Leong, dia memang tak bagi CP tangkap ayam sebelum 38 hari, kalau tangkap ayam awal.. Biasanya untung akan kurang sket... Disebabkan CP nak gak tangkap ayam hari ni, terpaksalah dipersetuju dengan permintaan CP tu.

Tadi masa tangkap ayam jantan berat 2.2kg dan betina 1.94kg. Bagi sy, utk ayam pada umur 36 hari dengan berat ayam macam ni, dah kira good performance. Cumnya, kalau simpan sampai 38 hari, ayam jantan boleh mencecah 2.3-2.4kg dan betina boleh mencecah 2.0-2.1kg.

For ur info, ayam masa umur 35 hari ke atas, dia punya pick up very fast. Sehari jantan boleh naik 100g++ dan betina boleh naik 80g++. Tapi, kalau boleh kita kena clear ayam sebelum 44 hari. Kalau lewat sangat tangkap, ayam punya pick up slow balik. Tapi makan semakin kuat. So, kita kena bijak main dan susun strategi dlm permainan ni. Bila nak keluarkan ayam dan ayam mana yg kita nak keluarkan dulu.

Yg menyedihkan sy, ayam di EP07 skrg tengah problem. Saiz ayam kecik aja... Tak berapa berat. Tgk pun dah takut. Tak tau la macam mana bila keluar nanti... Apa2 pun, moga Allah beri yg terbaik utk ayam2 sy...

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top