Assalamualaikum,

Gambar aku welding grill tingkap

Lepas dah siap, grill di cat

Dah siap, pasang di tingkap....

Pusingan ayam yg lepas, lepas aku repair pintu pagar reban ayam aku... Aku belajar benda baru dlm hidup aku... WELDING.... lepas tu aku pun pikir, apa lagi yg aku boleh buat dengan welding ni...

Lepas pikir, aku teringat yg semua tingkap rumah aku tingkat atas tak ada grill lagi.... aku pun pikir la, baik aku welding dan pasang sendiri semua grill kat tingkat atas rumah aku ni..

Before that aku gi tanya kedai berapa harga utk grill size 6' x 5'. Kedai cakap, satu RM200++... Kat atas rumah aku, semua ada 9 tingkap... Fuh.. banyak gak duit tu... Aku decide utk buat sendiri... Gamble la.. cantik tak cantik.. pasang kat rumah aku pun.. bukan ada org yg nak marah pun...

Aku tgk grill kat tingkap tingkat bawah.. aku rasa aku boleh buat mcm tu.. aku pun ukur berapa besi yg aku perlu beli... Then, aku pun beli la semua besi tu... Guest how much it cost me???? It's only RM300 utk beli semua besi utk buat 9 grill tingkap rumah aku... DAMMM.... So cheap... just imagine how much much profit they gain if i order kat kedai...

Aku pun mula la, sukat saiz tingkap dan kemudian start buat rangka tingkap tu.... Potong la besi2 tu ikut saiz.. Then aku pun welding... Mula2 susah jugak nak welding... sebab besi ni bukan tahan panas. Bila aku welding terlebih lama, dia akan berlubang... Nak kena tutup lubang tu pulak... Setelah beberapa lama, baru aku jumpa rentak macam mana nak welding besi2 tu... Lepas aku dah boleh buat 1 tingkap, aku ajar Bangla2 aku utk buat 8 lagi tingkap yg lain...

Lepas beberapa hari, semua kerja2 siap.. Dan aku mula kerja2 mengecat grill tu... Then, pasang kat rumah aku... Alhamdulillah... lepas siap semua grill di pasang, aku rasa puas hati....

Satu sebab aku dpt belajar ilmu baru, mcm mana nak buat grill... Yg kedua aku rasa puas hati sebab dpt jimatkan wang... Kalau tak, aku nak kena keluarkan hampir RM2000 utk semua tingkap kat atas rumah aku tu...

Alhamdulillah.... My personal skill semakin bertambah...

Wassalam

3 comments:

  1. Tahniah Firdaus. Senang je kerja, bila pandai sendiri ajar Bangla. Haha...

    Ni le sedap orang berniaga, banyak free time, boleh siap baiki rumah lagi. Masya Allah, khair.

    ReplyDelete
  2. Tu la... dlm hidup.. kena pandai... bila dah pandai, ajar org lain, bagi org lain pulak jadi pandai.. baru kita bertambah pandai....

    ReplyDelete
  3. http://www.fotofinity.com/mfms1981

    boleh letak link ni kat hang punya blog....

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top