Assalamualaikum,

Pagi semalam, pukul 8am aku gerak ke Kuala Lumpur. Balik Maria punya kampung. Di Keramat, AU2. Event pertama yg aku kena attend bila sampai di KL. Kenduri Akikah Syed Dzikrie Shahab Bin Syed Hafiz Dzulkifly. Pergh.. Panjang nama budak tu.. Ni anak kakak Maria, Yatie.

Kami sampai di rumah Abg Hafiz pukul 12 tgh hari di PJ. Lepas makan kambing, sedap gak masakan kuzi tu.. Ada Majlis Sambutan Hari Jadi Dzikrie yg pertama.

Maria with Dzikrie

3 beradik ni mengandung serentak.. Kam Rafidah, Kam Harytie & Kam Maria... Kak Lang due bulan 4, Kak Ngah due bulan 5, Maria due bulan 6.... Pandai tak kitaorg susun.. satu bulan satu...

Birthday boy excited ajer tgk birthday cake

Lepas tu, pukul 1.30pm, lepas solat Zohor, aku gerak ke Klang, Kg Jalan Kebun. Utk visit reban member aku di situ. Dulu, Manager CP ada datang ke reban aku dan kondem aku pun performance. Dia cakap, kalau nak performance lebih bagus, aku kena pi belajar dari farmer farmer di Selangor. Performance farmer di Selangor very good. Average profit satu Selangor RM1.40.... Perghh.. Tinggi tu.
.
Reban member yg aku pi ni selalu dpt RM1.50 ke atas. Pusingan yg terakhir dia dpt RM2.00 utk seekor ayam... So, aku pun kena la belajar kungfu2 dari dia sifu sifu di sini. Bila di compare kan antara teknik ternakan aku ngan teknik yg dia guna, memang ada perbezaan dia. Banyak gak la ilmu-ilmu baru yg aku nak kena belajar ngan dia... Dan Alhamdulillah, masa aku pi situ pun. Teknikal CP pun ada gak kat situ, depa 2 org cerita A to Z gak la... nasib baik la aku dah tau pasal ayam.
.
Kalau la org yg tak bela ayam lagi pi sembang ngan depa ni, mesti tak faham apa langsung. Semuanya teknikal gila2. Kiraan dia pun sampai aku pening. And last, aku rasa aku faham la konsep2 yg kita perlu tekankan dlm ternakan ayam. Ada beberapa kesilapan yg aku buat yg aku rasa harus aku perbaiki. Utk improve performance. Dan utk kali ni, aku akan testing di salah satu reban aku. Satu reban guna teknik aku, satu reban guna teknik dia... Kita tgk mana yg lebih berkesan...
Ni gambar reban brother tu.. Zamri ...

Dia tengah buat reban baru sebelah reban asal....
Apa apa pun, aku ucapkan syabas la kat brother ni, Zambri... skrg dia dlm proses nak up lagi satu reban, Sket lagi siap. Structure reban dah siap. Minggu depan Equipment akan sampai. So, apa apa pun, aku ucapkan selamat maju jaya la kat brother Zambri.. Hanya tuhan yg dpt membalas jasa baik abg cerita kat sy semua pengalaman2 tu.... Mahal tu...

And hari ni, seperti biasa. Kalau balik KL tak shopping rasanya tak lengkap jadual balik Maria. Dari pagi tadi, kami shopping di KLCC. Pukul 4 balik dan sambung shopping kat Jaya Jusco Taman Keramat, AU2. Belakang rumah Maria aja...

And, esok aku balik ke Parit Buntar... That's all.
Wassalam.

2 ulasan:

  1. Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancngan kerajaan Islam.

    Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakladilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.

    Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.

    Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah.

    BalasPadam
  2. salam. terima kasih diatas segala maklumat dlm blog ni terutamanya tentang penternakan ayam daging dan tahniah sy ucapkan atas kejayaan en.firdaus. saya sebenarnya bercadang untuk menjalankan bisnes penternakan ayam daging ni..so,skrg tgh seeking the info. blog ini teramat-amat la membantu. saya berasal dari klang, jika xkeberatan saya nk mintak phone number en.zamri, penternak ayam di jalan kebun, klang. mungkin saya boleh menemui beliau bagi mendapatkan maklumat dgn lebih lanjut.
    terima kasih.

    hidayah
    miszchaos88@hotmail.com

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top