Assalamualaikum,

Apa dah jadi dengan kerajaan negeri aku.... aduh... memacam hal yg terjadi sekarang... memula Adun BN masuk PR. Lepas tu, 2 org Adun PR hilang.... Tak dpt dikesan langsung... Lepas tu Speaker Dewan Negeri umum 2 org Adun ni letak jawatan... Lepas 3 jam, terus mamat yg hilang 2 org tu tiba2 muncul melalui wakil dia buat statement katat tak letak jawatan...

Hari ni, dlm berita Adun DAP Timbalan Speaker pulak hilang, dengar kata dia pun nak masuk BN pulak...

Kalau 3 org ni masuk BN.. Tumbang la PR di Perak... Lepas tu, tengah hari, aku baca news yg terkini... MB Perak pi mengadap Sultan Perak... dengar2 nak bubar Dewan Undangan Negeri seluruh Perak... Lepas tu, dengar kata MB Perak nak buat press statement utk umumkan "Pengumuman Penting". Tetiba, press statement tu postpone pulak...

Apa dah jadi dengan negeri aku ni.. Mari kita sama2 berdoa moga Allah beri yg terbaik utk semua org... Amin, Ya Rabbal Alamin...

* Wife aku hari tu nak gi tukar address IC dia dari KL ke Parit Buntar... tetiba offline pulak kat jabatan pendaftaran negara... Petang bila call, dia kata ok. Bila pi dia kata offline balik... Tak sempat nak tukar alamat.. Rugi la parti pilihan aku satu undi dari wife aku andaikata ada pilihan raya kat sini lepas ni.....

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top