Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ayam aku semua dah keluar. Last keluar hari Ahad petang. Hari ni Isnin aku gi visit partner aku, LCC yg dah lamer aku tak jumpa. Aku gi jumpa dia di rumah dia kat Taiping.

Pengalaman tangkap ayam kali ni lain sket dari yg lain, sebabnya. Dlm masa 4 hari, CP serbu ayam aku habis 40 ribu. Aku pun rasa masa begitu pantas. Tetiba aja dah habis. Hari Khamis tangkap 8 ribu ekor sehari. Ingat dah banyak... Tidak... Paling mengerikan, hari Jumaat lepas. Tangkap ayam 14 ribu ekor sehari. Aku pun tak pernah tangkap ayam banyak tu dlm sehari.

Kami start tangkap pukul 2 petang, lepas solat Jumaat. Dan lori last, yg ke 8 keluar dari reban pukul 4.30 pagi. CP dah tau nak tangkap banyak hari ni, tak der pulak nak hantar orang timbang ayam aku. So, terpaksalah aku timbang sendiri. Bayangkan, kena timbang ayam 1400 bakul hari tu. Perghhhh.. Penat gilaaa... Lori kecil ( 100-150 bakul ) 6 buah. Dan Lor besar 300 bakul 2 biji. Lori besar sampai kat reban pukul 11 mlm.

Hari Sabtu, pukul 8 dah bangun. Nak kena uruskan baja tahi ayam pulak. Hari Ahad, lori besar dari Cameron Highland nak ambil tahi ayam pulak. Bangla aku yg kepenatan, terpaksa aku paksa jugak suruh cepat2 korek tahi ayam.

Secara keseluruhan, boleh kata aku puas hati gak la ngan performance ayam pusingan ni. Walaupun tak sebaik 3 pusingan yg lepas, tapi ok gak la.

FYI, pusingan ni, ayam di reban EP 11 agak besar, average weight 2.29kg with FCR 1.65 and mortality 2.3%. Di EP 07 ayam agak kecil. Average weight 2.05kg sahaja, with FCR 1.73 and mortality 3.7%.

Di EP07, aku rasa CP dah campur anak ayam aku tu antara baka COBB dan ROSS. Bila bercampur baka, ayam akan jadi kecil besar. Dan itu yg betul2 terjadi. Bila aku tanya CP baka anak ayam, dia jawab ni baka ROSS. Tapi, jgn la nak 'shrek' aku pulak. Mcm mana baka ROSS boleh ada tompok2 hitam atas dia. Dah la tu, ada jugak ayam yg 100% warna hitam. Tu ciri-ciri COBB. Since CP kata yg tu ROSS juga, aku buat kesimpulan. Anak ayam tu campur antara ROSS dan COBB. Atau pun, Bapak Ayam tu COBB dan Mak ayam tu ROSS. Tu yg jadi mcm tu.

Kesan kecil besar, aku dah nampak sejak dari umur 7 hari. Dan aku pun kerap panggil Dr CP mai visit reban aku. Tanya apa problem. Seperti biasa la. Farmer mesti dipersalahkan. Depa kata aku tak bagi cukup heat dekat anak ayam sbb masa first week tu waktu hujan.

Aku pun, senyap ajer la. Nak fight tu boleh. Tapi, malas nak ckp lebih. Bangla cakap, "Tumi beshi kota korona" ( Jgn ckp lebih ). Kalau betul sebab sejuk hujan, kenapa sebelah reban aja yg kena, kenapa ayam di EP11 ok aja.

Tapi tak per la, let by gone, be by gone. Pengajaran yg aku dpt dari pusingan kali ni, kalau anak ayam tu dah tak elok. Kita kena put extra precaution utk meminimumkan rugi kita. Dan kalau ayam tu dah tak mau berat, jgn push makanan terlalu banyak. Kalau tak, nanti FCR akan naik tinggi.

Teringat pesan Rahman CAB, bela ayam ni ikut nasib. Kalau anak ayam kita dapat elok, kita kena jaga elok2 utk dpt untung lebih. Tapi kalau anak ayam kita tak elok, kita kena jga LEBIH baik utk meminimise kan rugi. Dlm dua dua kes, kuncinya, sebagai farmer, kita kena jaga ayam kita dengan baik. Baru kita dpt keuntungan lebih tinggi. Thanks to Rahman for this advise.

Nanti aku upload gambar tangkap ayam.

Wassalam
MF

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top