Assalamualaikum,

Bulan lepas, sy baru beli tanah di Selama, 4 ekar. Tanah tepi jalan, tanah dusun. Ada pokok durian sket, rambutan sket, pokok buluh sket, jering dan seangkatan dengannya...

Yg menjadi persoalan di hati... nak buat apa ngan tanah ni. Plannya nak buat reban lagi 2 butir, tapi kos diperlukan hampir mencecah RM700 000 utk dua butir reban... So, terpaksalah di'hold'kan dulu plan ni sementara nak cari kat mana boleh pinjam duit lagi...

Aku bincang la jugak ngan kenkawan kat sini yg dok involve dlm bidang pertanian.. Yg bela keli, yg tanam cabai fertigrasi, yg tanam pisang, yg tanam betik... dan seangkatan dengan nya..... Di kalangan depa ni, aku masih belum nampak yg betul2 berjaya.

Dipendekkan cerita, pagi tadi aku ke Selama utk jumpa kawan yg skrg buat tanaman pisang berangan. Dia kata, dia baru buat dlm 1 tahun dan skrg ni baru nak keluar hasil... Dia pun cerita la pasal potensi pisang berangan ni.

Dia kata, benih pisang ni kena beli yg "Tisu Kultur" @ "Anak Didik", harga RM1.50 satu pokok. Transport RM0.50 dan upah tanam RM0.50 utk setiap pokok. So total kat sini RM2.50.

Modal awal utk piping dan enjin dlm RM30 000 utk 4 ekar. Belum masuk kos pokok, baja dan upah jaga....

Before this, aku sangka senang aja nak tanam pisang ni. Rupa rupanya,bukan senang....Pisang ni akan ambil masa 1 tahun utk berbuah. Lepas berbuah, pokok yg kedua akan ambil masa 4 bulan utk berbuah, dan pokok ke tiga lagi 4 bulan utk berbuah. Kita boleh guna 1 benih awal utk dpt kan 3 pusingan pokok dlm masa 1 tahun 8 bulan.

Mula mula, tanah ni kena pelau dulu. Pelau ni maksud dia kena gemburkan tanah dengan traktor. Then, biarkan tanah tu 2 bulan. Bagi betul2 gembur. Then, baru tanam. Masa tanam kena maintain jaga pokok2 selama 3-4 bulan pertama. Hari hari kena siram pokok ni kalau tak hujan. Maksudnya, kena ada org jaga la....

Lepas 3-4 bulan, kita boleh maintain jaga pokok ni seminggu sekali... Sampai keluar buah... Dlm tempoh ni, kena jaga betul2, sebab kita nak kena pilih, pokok yg kena penyakit kita kena buang. Kalau kita biar, nanti berjangkit ke pokok2 lain pulak...

Lepas pokok pertama dah keluarkan jantung pisang, kita boleh start pilih anak pisang kedua yg tumbuh. Di antara 3-4 anak pisang yg tumbuh, kita kena pilih 1 yg gemuk. Yg lain kita kena matikan.... So, kiranya lepas pokok pertama dah di tebang, pokok kedua dah ready utk dituai hasil dlm 4 bulan lepas tu... Mcm tu jugak la pokok generasi ke 3. Lepas tu, pokok ketiga kena tebang.

Lepas habis generasi ke-3,tempat tu kena tukar tanaman lain pulak.... Barula komposisi tanah tu akan jadi optimum utk tanaman. Kalau kita asyik tanam benda yg sama aja, baja tanah tu akan habis....

Aku tanya dia dari segi profit, org tu ckp memang untung banyak. Dia kata ada potensi... Tapi, lepas aku calculate ngan dia... Utk satu ekar, untung bersih akan dpt dlm RM12000 utk 3 generasi pokok. So, kalau aku ada 4 ekar, aku akan dpt untung bersih dlm RM48 000 utk tempoh 20 bulan. Sebulan bersih dlm RM2400. Ni anggaran saja la...

LEPAS TU DIA KATA, tapi kalau pokok yg first generasi tu dah kena penyakit... so, lepas ambil buah, kena tebang la pokok tu... Tak dak dah la generasi kedua dan ketiga. MACAM YG DIA KENA SEKARANG.... Aduh..... Pening kepala gak tu...

Ni yg membuat kan aku cuak... Dan dia kata, lepas tanam pisang, kena tukar tanam sayur sayuran pulak... Baru tanah tu akan jadi ok.... Maksudnya, lepas aku dah belajar tanam pisang... Lepas tu nak kena belajar tanam sayur pulak...Aduh.. bukan kerja senang tu....

Berdasarkan pengalaman aku bela ayam la.. Terkena beberapa kali gak la, baru nak dpt betul2 ilmu. Mcm mana na bela ayam... Ni yg aku takut, baru aja aku nak pandai tanam pisang, nak kena belajar tanam sayur pulak... Dan setiap kali aku buat benda baru, potensi utk buat silap tu sentiasa tinggi. Dan setiap silap tu aku kena bayar dengan harga yg mahal...

Tu lah, sekarang ni aku pun tak tau nak buat apa lagi ngan tanah tu... Aku jumpa org yg tanam cabai, dia kata cabai untung.. Yg lain tak untung... Aku jumpa yg tanam pokok pisang, dia kata pisang ok... yg lain tak ok... Siap bagi contoh lagi member dia tanam cili fertegrasi bungkus... , Jumpa org yg bela keli, org keli kata tak boleh cari makan.... Jumpa org yg bela lintah, org bela lintah tepi rumah aku pun dah bungkus... So, SEBENAR BENARNYA..... APA YG AKU BOLEH BUAT..... Kalau aku buat reban ayam lagi kat situ.... Maksudnya, aku tak akan buat benda lain dah lepas ni... hidup dlm dunia ayam saja la lepas ni....

Pikir punya pikir, petang tadi, aku teringat kat Pak Ndak aku.. dia kuat gak la politik... Aku mesej la kat dia, kat mana nak pinjam duit dlm RM600 000. Dia balas mesej, dia suruh aku pi seminar anjurang Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Dewan Jawi, SPS hari Ahad ni... Pukul 9.00 pagi - 12 tgh hari...

"Ya Allah, aku memohon pada Mu, berilah petunjuk kepada ku, apa yg harus aku lakukan utk kembangkang lagi bisness aku"......

3 ulasan:

  1. Kalau saya jadi u, saya buat restoran nasi ayam. Laku gila , tambah kalau guna branded punya nama.

    BalasPadam
  2. Hmmm... Bernas gak cadangan tu.. Boleh dipertimbangkan la... Tapi, kat Parit Buntar ni dah ada Nasi Ayam Periuk Besar... dan bersepah-sepah kedai makan kat sini... Tapi, good idea gak la.. boleh dipertimbangkan... Thank you...

    BalasPadam
  3. tapi daripada belajar one thing a time, apa kata belajar tanam sayur dgn pisang serentak? 2 ekar sayur, 2 ekar pisang. then upah 2 org: 1 jaga sayur, 1 jaga pisang. pastu rotate la..

    pros:
    -mengurangkan "transition time" antara sayur-pisang.
    -ada 2 option - so, kalau sayur lebih untung. tanam sayur 4 ekar atau sebaliknya.

    cons:
    -kos ^_^

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top