Kejar Akhirat Jangan Lupa Dunia
==========================
Semasa usrah di universiti dulu, ada kawan yang pernah terbaca satu hadis mengenai Wahan.
Sehingga hari ini, ia masih segar dalam ingatan saya.
Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Akan tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."
Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah kerana bilangan kami sedikit pada hari itu?”
Nabi s.a.w menjawab.
"Bahkan kamu pada ketika itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan."
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI."
Sejujurnya, sehingga ke hari ini. Saya sangat takut dengan WAHAN ini.
Ia seperti mencintai dunia dan takutkan kematian.
Sejujurnya, saya cuba menyeimbangkan antara kejar akhirat tanpa melupakan nasib saya di dunia.
Anda ingat senang nak bagi jadi balance?
It's not easy.
Melihat kehidupan saya sekarang, maksud saya dalam setahun dua ini.
Saya rasa, saya seolah olah 'terjangkit' penyakit wahan ini.
Dan saya sering ingatkan diri saya.
"Firdaus, berhati hati dengan 'dunia'."
Anda mungkin boleh nampak, Alhamdulilah. Allah bagi terlalu banyak nikmat kepada saya sekeluarga.
Sejujurnya, saya sangat bersyukur dengan semua nikmat yang Allah bagi.
Saya selalu ucapkan Alhamdulillah bila teringat nikmat nikmat yang Allah bagi.
Bila saya tengok rumah saya, saya ucap.
"Alhamdulillah, ya Allah terima kasih bagi aku rumah macam ni."
Bila saya tengok kereta saya, saya selalu ucap.
"Ya Allah, terima kasih bagi aku peluang pakai kereta ni. Tolong aku mudahkan bayar ansuran kereta ini."
In fact, bila tengok isteri dan anak anak. Saya selalu cakap pada diri sendiri.
"Ya Allah, terima kasih atas segalanya....."
TAPI .........................
Saya tak boleh lari dari teringat kepada penyakit WAHAN ini.
Perkataan WAHAN ini mengganggu hidup saya.
Ada kalanya, saya rasa dalam diri sendiri seolah olah macam ni.
"Firdaus, berhati hati dengan dunia... Ia hanya sementara. Semua ini akan ditinggalkan..... Akhirat yang akan kekal abadi. Pastikan bekalan ke sana cukup...."
Saya bersyukur, saya disekelilingi oleh sahabat sahabat yang soleh yang selalu mengingati saya tentang agama.
Kami kami bergelak ketawa, tapi bila ada masa yang nampak ada kenkawan terbuat silap. Mereka beri teguran dengan cara yang sangat berhemah dan tiada yang berkecil hati.
Alhamdulillah.....
Sebab tu lah saya rasa, penting gila untuk kita berada di sekeliling mereka yang mencintai akhirat dan tidak melupakan dunia.
Bila bercakap bab akhirat, ada beberapa perkara asas yang akan terus menghantui diri saya.
"Firdaus, jaga solat berjemaah.. Solat awal waktu...."
"Firdaus, baca Al Quran setiap hari...."
"Firdaus, jangan lupa nasib jiran jiran dan saudara mara yang susah...."
"Firdaus, tolong orang lain....."
Macam macam lah....
It's not easy.
Bebaru ni, ada sorang sahabat bagi buku kat saya .Dia kata, bacalah. Buku ni bagus.
Saya biasanya tak baca buku dari page depan sampai belakang.
Yang saya buat, buka satu page. Baca topik tu bagi faham.
Dan so to happen, hari ni saya buka buka tu.
Terbaca bab "Kejar akhirat tanpa melupakan nasib di dunia..."
Saya terasa seolah olah Allah sedang memperingatkan saya mengenai hal ini.
Hidup di dunia hanyalah sementara.
Kita duduk di dunia ni kejap saja.
So sama samalah kita bersiap untuk ke sana.....
Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua.
Usahlah kita terlalu mencintai dunia sehingga kita lupa nasib kita di akhirat sana.
Jadikan akhirat matlamat hidup kita. Insya Allah. Kita akan berjaya dulu kini dan selamanya.
Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS