CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Travelog Turki - Day 1 : Istanbul - Topkapi Palace - Ayasofya Museum



By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

Our 10th Year Anniversary!

Syukur Alhamdulillah. Tahun 2017 ini adalah tahun ke 10 perkahwinan kami. Kami berkahwin pada 7 Januari 2007. 


Awal tahun ini, saya bawa Maria untuk makan di Restoren Berputar Kuala Lumpur Tower sebagai meraikan 10th Year Anniversary. Baca Detail Di Sini


Then, pada bulan May 2017, Maria belanja saya untuk Trip Percutian Di Jepun. Baca Detail Di Sini

Actually ia adalah FREE TRIP yang di sponsor sepenuhnya oleh Shaklee Malaysia atas kejayaan Maria dalam bisnes Shaklee sepanjang cycle Mac 2016 -  Mac 2017. Kami layak 2 tiket ke Jepun, dan 4 tiket ke Phuket Cruise. Alhamdulillah. Jepun memang antara negara dalam wishlist saya, dan Allah bagi rezeki kami pergi secara percuma dengan Shaklee. 


Percutian Ke Turki Oct 2017

Sebagai menghargai segala pengorbanan Maria sepanjang perkahwinan kami ini, saya pula berbesar hati untuk menghadiahkan Maria trip percutian ke Turki. 

Bagi memudahkan perjalanan kami, kami ambil Pakej Percutian Ke Turki 10 Hari + 7 Malam bersama salah sebuah syarikat pelancongan. 

Untuk pakej Turki ini, setelah saya survey harga yang banyak syarikat tawarkan adalah antara RM4000 - RM4500. Bergantung kepada itenary dan juga syarikat penerbangan yang dipilih. 

Harga trip Turki saya ini adalah RM3999 + RM200 (Tipping) menjadikan total RM4199 seorang. 

Harga ini termasuk :

i. Tiket kapal terbang pergi balik
ii. Hotel sepanjang berada di Turki
iii. Pengangkutan bas beserta Tour Guide
iv. Makan pagi, tengah hari dan malam
v. Kos masuk ke semua muzium dan tempat pelancongan yang tersenarai di itenary.

Saya mengikuti trip ini dengan Syarikat Pelancongan Kembara Sufi Sdn Bhd. 


Harga yang ditawarkan adalah RM3999 + RM200 ( Tipping ) = RM4199 Sahaja..

Saya ambil pakej ni la, jika berminat, anda boleh hubungi 019-302 6460. Cakap ajer, nak pakej Turki macam Maria Firdaus ambil. 

Atau Klik Je Terus Link Ini Untuk AutoDirect Ke Whatsapp : http://bit.ly/kembarasufi-turkey

Ok, jom kita layan pengalaman kami travel kali ini.

Travelog Turki - Day 1

Kami berlepas ke Turki pada 12 Oktober 2017. Flight yang dipilih oleh Syarikat Kembara Sufi adalah Mahan Air. Ia adalah syarikat penerbangan dari Negara Iran.

Since Iran kena sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat, jadi negara dia agak terjejas dari segi ekonomi. 

So, syarikat penerbangan mereka tawarkan harga murah untuk tiket kapal terbang. Sebab itulah harga trip yang kami dapat itu lebih murah berbanding harga tahun sebelum ini.


Kami berkumpul di KLIA jam 8 malam. Flight kami ke Tehran akan berlepas jam 11:20 malam. Turut serta bersama saya adalah Abang Hafiz, iaitu Biras saya. beliau pun frequent traveller jugak. So, bila saya cakap aja nak ke Turki, dia nak ikut. 

Plan asal nak ajak wife dia, Kam Haryatie iaitu kakak kepada Maria, tapi wife dia tak nak ikut sebab nak jaga baby umur setahun. Lagi pun, bulan November ni kami berempat nak bercuti dengan Cruise ke Phuket lagi. So dia tak sampai hati nak tinggal anak banyak kali. 


Trip kami satu kumpulan adalah 31 orang termasuk Shahnom sebagai Tour Leader dari wakil Kembara Sufi yang akan bersama kami sepanjang trip ini.


Perjalanan kami dari KL ke Tehran ambil masa 8 jam. Since naik malam, so kami tidur aja la bila dah dalam kapal terbang.


Sampai di Tehran, transit dua jam.


Alhamdulillah, boleh juga jejak kaki di Tehran walau pun tak keluar airport. 


Ini masa kami di Tehran, kena pergi ke Transfer Desk sebab nak kena ambil boarding pass untuk ke Turki pula. 


Transit di sini tak lama, dalam 2 jam saja.


Negara Iran agak kuat syiahnya. 


Mereka ini sangat memuliakan Saidina Ali, dan juga Saidana Hussain iaitu anak Saidana Ali.


Ok. It's time to fly. Kami berlepas ke Turki jam 5:50 pagi


Mahan Air. Perjalanan dari Iran ke Turki ambil masa sekitar 2 jam 45 minit.


Alhamdulillah, jam 10 pagi kami selamat tiba di Attartuk Airport, Istanbul. Welcome to Turkey!


Semua dah selamat ambil beg. Kami disambut oleh Tour Guide kami, Eren yang merupakan orang Turki.


Lets go to the bus.


Eren berpengalaman selama 8 tahun sebagai Tour Guide di Turki. Sudah handle trip sebegini sebanyak 300 kali. Memang dah expert. Since selalu bawa orang Melayu, dah pandai sket sket cakap Melayu. 


Istanbul dulu merupakan Kota Konstantinopel yang dikuasai oleh kerajaan Roman. Benteng kota ini sangat tinggi dan ada 3 lapisan. Hampir 800 tahun ummat Islam cuba menawan kota ini tetapi GAGAL. Sehinggalah akhirnya Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menawan kota ini pada tahun 1453.


Disebelah kanan ini adalah Laut Marmara.  


Kami turun dari bas, tempat lawatan pertama kami adalah Topkapi Palace Museum.

Topkapi Palace

Dari segi sejarah, Topkapi Palace ini telah dibina semasa pemerintahan Sulta Muhammad Al Fateh. Di Turki, nama Sultan ini dieja sebagai Sultan Mehmet Fatih. 

Setelah menawan Kota Konstantinapol pada tahun 1453, Sultan Muhammad Al Fateh mula membina Topkapi ini sebagai tempat pemerintahan beliau. Tempat ini juga pernah menempatkan lebih kurang 10,000 orang dari pelbagai latar belakang.

Ia dibina antara tahun 1465 dan siap sepenuhnya pada tahun 1478. 

Disinilah terletaknya pusat pemerintahan beliau pada waktu itu.

Di sini terdapat pelbagai kesan peninggalan sejarah terdahulu seperti batu batu berharga, porselin, senapang dan yang paling best, terdapat pelbagai barang peninggalan Rasulullah S.A.W yang dibawa ke sini dari Mesir oleh Sultan Selim Yavuz pada tahun 1517.

Pada zaman dahulu, salah satu tempat di dalam kawasan ini dipanggil Harems. Pada waktu itu, tidak semua orang boleh masuk ke kawasan Harems ini. Di Harems inilah isteri isteri sultan, keluarga sultan yang perempuan, pelayan, dan penjaga akan tinggal. Mereka yang tinggal di Harems ini tidak dibenarkan keluar dari kawasan berkenaan. Mereka ini tidak berhubung dengan dunia luar. Walau bagaimana pun, semua kelengkapan untuk mereka akan disediakan di kawasan ini.

Sekarang, Topkapi Palace sudah ditukar menjadi muzium.


Jom masuk!


Pintu masuk Topkapi Palace. 


Sekitar kawasan dalam Topkapi.


Untuk masuk ke dalam, ada lagi satu pintu. Pintu ini dinamakan Babus Salam Gate.


Group photo dulu sebelum masuk. 


Ada replika bangunan Topkapi Palace ini dahulu. Ia dikelilingi oleh satu tembok yang tinggi dan kuat untuk mempertahankan kerajaan Turki Uthmaniyah dahulu selepas berjaya menakluk Kota Konstantinopel.


Kerajaan Othmaniah dulu sangat besar. Hampir semua negara Eropah dibahagian utara Turki telah ditakluk dan agama Islam telah tersebar ke semua jajahan takluknya. 


Di kawasan 'berpagar' inilah tempat menyimpan air dalam tanah untuk kegunaan mereka pada waktu dahulu.


Kami masuk ke tempat menarik di dalam kawasan Topkapi itu.


Berlatar belakang Selat Bosphorus. Ia adalah selat yang memisahkan antara Eropah dan Asia. Kami berpijak di bumi Turki bahagian Eropah, tapi di sebelah belakang itu adalah bumi Turki bahagian Asia.


Turki adalah negara yang unik. 5% dari Turki terletak di sebelah Eropah dan 95% lagi terletak di sebelah Asia. Namun, Turki memilih untuk bersama dengan Kesatuan Negara Negara Eropah atau pun dikenali sebagai European Union (EU).


Kalau anda perhatikan, disekililing Topkapi ini ada benteng pertahanan seperti kota. Ia bertujuan untuk mengelak kawasan ini dari di serang oleh pihak musuh.


Bangunan di belakang ini menempatkan pelbagai barangan peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat seperti pedang, baju perang, jubah, serban, tapak kaki dan lain lain lagi. Since dalam muzium tu tak boleh ambil gambar, ini sebahagian gambar yang kami jumpa di Internet.


Baju ini dikatakan milik anak Rasulullah S.A.W iaitu Saidatina Fatimah.

Image result for topkapi museum islamic relics

Janggut yang dikatakan milik Rasulullah S.A.W


Tapak kaki ini dikatakan milik Rasulullah S.A.W

Ada banyak lagi barangan peninggalan sejarah, yang dibeli oleh Sultan Selim Yavuz dari kerajaan Mesir pada tahun 1517. 


Di sinilah pusat pemerintahan kerajaan Turki Othmaniyah dahulu. Kalau diikutkan sekarang, disinilah macam Parlimen mereka dahulu.


Ada ruang dewan untuk mereka bermesyuarat.


 Sejak dahulu lagi, orang Turki sangat terkenal dengan Senilukis dan Ukiran. Memandangkan mereka tidak boleh melukis 'manusia' kerana di larang dalam Islam, mereka fokuskan seni lukisan mereka dalam bentuk ukiran sebegini dan khaligrafi.


Orang Turki juga terkenal dengan kemahiran mereka membina dome atau kubah. Sejak dahulu lagi, mereka mampu membina kubah yang sangat besar.


Hiasan dinding dalam kawasan bangunan ini 


Ok dah keluar dari kawasan Parlimen ini. Masa dah hampir untuk berkumpul kembali dengan peserta lain.


Bagi mereka yang sakit kaki, tak larat nak jalan jauh. Boleh tunggu luar muzium ni. Ia ada restoren, kedai cenderamata, tandas dan kedai aiskrim.


Aiskrim Turki, harga 10 Turkish Lira (TL) bersamaan RM13.


Seterusnya kami keluar dari Topkapi Palace dan menuju ke Ayasofia Museum. Di sini ada banyak roti yang dijual ditepi tepi jalan.

Anda boleh try beli. Saya beli yang ada coklat, so rasa sedap sikit. Kalau tak ada coklat, ia agar tawar. Harga dalam 2.5 TL setiap satu. Untuk memudahkan kiraan, 1 TL = RM1.30


Nota Kaki : 

SENTIASA BERHATI-HATI DENGAN PENJUAL DARI SEGI PEMULANGAN BAKI. SEBAGAI CONTOH, KAMI BELI ROTI PADA HARGA 2.5 TL DAN KAMI BERIKAN 20 TL. SEPATUTNYA DAPAT BALANCE 17.50 TL, TAPI DIA HANYA PULANGKAN BAKI SEBANYAK 12.5 TL SAHAJA. 

DISEBABKAN KAMI TAK PANDAI TENGOK DUIT LIRA LAGI WAKTU NI, DITAMBAH PULA KAMI KENA TINGGAL JAUH DARI GROUP. KAMI TERPAKSA LARI TERUS BILA DAPAT DUIT. BILA KIRA BALIK, KAMI SENYUM AJA LA BILA DAPAT TAU BALANCE TAK CUKUP. NIAT SEDEKAH AJER LA.


Seterusnya, kami menuju ke Ayasofya Museum atau dikenali juga sebagai Hagia Sophia.

Sejarah Ayasofya (Hagia Sophia)

Bangunan Ayasofya ini asalnya dibina pada tahun 347 oleh Maharaja Kontaninus.

Namun, ia telah musnah oleh api dan kemudiannya dibina semula oleh Kerajaan Justinanus. 

Sepanjang sejarah bangunan ini, ia pernah musnah akibat gempa bumi besar di Turki ribuan tahun dahulu. Namun ia kemudian dibina semula dengan lebih besar dan lebih cantik.

Memandangkan kerajaan Konstantinus dahulu adalah beragama Roman Khatolik, maka Ayasofya ini berfungsi dengan gereja terbesar mereka dahulu.

Di dalam bangunan ini, terdapat banyak lukisan lukisan dari agama Khatolik, Ia dihiasi dengan mozek mozek kecil yang membentuk lukisan berupa manusia yang pada fahaman mereka ia adalah Mariam, Nabi Isa dan juga Paderi mereka.

Walau bagaimana pun, selepas Sultan Muhammad Al Fatih menawan kota Konstantinapol, beliau telah menukar gereja ini menjadi masjid untuk ummat Islam.

Bangunan ini tidak dimusnahkan, sebaliknya semua gambar lukisan dan ukiran patung ini ditutup dengan plaster simen.

Selepas itu, seni lukisan Islam dan khat khaligrafi pula mula menghiasi dalaman masjid ini.

Walau bagaimana pun, selepas jatuhnya kerajaan Turki Othmaniyah pada tahun 1931 selepas Mustafa Kamal Attartuk menjadikan Negara Turki sebagai sebuah Republik, Masjid ini ditutup fungsinya dan ditukar menjadi muzium.

Pada waktu ini, semua plaster yang ditampal atas gambar gambar lukisan terdahulu dibuka semula untuk pameran dalam muzium.

Banyak pengajaran boleh diambil dari kisah ini. Sebagai ummat Islam, menziarahi Ayasofya ini memberi kesedaran kepada kita untuk berpegang teguh dengan ajaran agama kita. Jika kita bersatu, insya Allah ummat Islam boleh menjadi ummat yang kuat.


Pintu masuk ke Ayasofya.


Harga tiket masuk adalah 50TL. Namun, semua kos ini sudah termasuk dalam pakej yang dibayar di Malaysia sebelum ini.


Terpaksa beratur hampir 20 minit untuk masuk sebab terlalu ramai orang yang menziarahi muzium ini pada waktu ini.


Di luar muzium ini, ada puluhan tiang roman yang dipamerkan. Untuk makluman anda, pada waktu dahulu selalu berlaku gempa bumi dan peperangan. Apabila satu satu bangunan itu runtuh atau musnah, mana mana bahagian yang masih elok akan dikitar semula untuk pembinaan bangunan yang baru dan lebih besar.


Ini adalah contoh tiang yang tida kdapat digunakan lagi mungkin kerana patah atau tidak sesuai dengan seni bin baru. Terdapat tulisan yang diukir pada batu ini. 

Kalau anda melihat peninggalan sejarah sebegini, anda akan rasa kagum dengan kesungguhan orang dahulu membina satu satu barang yang mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan.


Kami berada dalam Ayasofya. Di sebelah kiri ini, terdapat banyak scaffolding yang sedang didirikan untuk tujuan baik pulih bangunan ini dari dalam. Kalau anda tengok, di bahagian kubah bangunan ini terdapat banyak kaligrafi ayat Al Quran yang sangat cantik. 


Juga terdapat nama Allah, Muhammad, Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali di dalam muzium ini. 


Orang Turki memang sangat berkemahiran dalam melukis dan seni mengukir. Anda boleh tengok, di dome ada ayat Al Quran. DI tepi itu pula, ada lukisan 4 burung dengan wajah manusia yang dilukis semasa bangunan ini menjadi gereja dahulu. Ia telah pun diplaster semasa pemerintahan Islam di bawah kerajaan Turki Othmaniyah. Tetapi semua plaster ini dibuka semula semasa pemerintaan sekular Attartuk.


Di belakang saya ini, anda boleh tengok di lantai ada beberapa bulatan yang diperbuat dari batu marmar. Di sinilah tempat Raja Roman Khatolik dahulu menjalankan upacara keagamaan mereka.


Semasa acara keagamaan, paderi akan berdiri disekeliling maharaja untuk ritual mereka.


Orang Yahudi dahulu mereka bersembahyang menghadap Jurusalem. Tetapi orang Islam bersolat menghadap Kaabah. So, mereka alihkan sebanyak 15 darjah ke kanan untuk pindah dari Jurusalem ke Kaabah untuk bersolat. Mihrab yang dibina pada zaman dahulu juga sangat cantik dan tinggi. 

Inilah keunikan ummat Islam terdahulu yang perlu dihayati oleh ummat Islam hari ini.


Di pintu keluar, ada gambar yang menurut kepercayaan mereka adalah The Virgin Mary dan infant Jesus. 


Juga diletakkan Hadis Rasulullah tentang penaklukan Kota Konstantinopel satu ketika dahulu.

Sejarah Hadis

Semasa hayat Rasulullah, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya, 

Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah SEBAIK-BAIK PEMIMPIN, dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah SEBAIK-BAIK PASUKAN." (H.R Ahmad bin Hanbal).
Pada waktu itu, Kerajaan Roman yang menguasai Kota Konstantinapol adalah sangat kuat sehingga umat Islam merasa sangat mustahil untuk menawannya. Hadis Rasulullah ni akhirnya menjadi motivasi untuk umat Islam yang percaya ia pasti menjadi kenyataan suatu hari nanti. 

Selepas kewafatan Rasulullah, maka ramailah para sahabat yang berusaha untuk menjadi orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah. Antaranya adalah Abu Ayyob Al Ansari yang mana beliau syahid ketika berusaha untuk menawan Kota Konstantinapol ini.

Sebelum mati, beliau mewasiatkan agar mayatnya dikebumikan di sebelah kota ini kerana beliau "mahu dengar" bunyi derapan tapak kaki tentera yang bakal menawan kota ini.

Akhirnya, selepas beberapa banyak ercubaan. pada tahun 1453 Masihi, Sultan Muhammad Al Fateh lah insan yang dimaksudkan oleh Rasulullah, ia terjadi 800 tahun selepas hadis itu diucapkan. 


Anda boleh baca kisah penuh Sultan Muhammad Al-Fateh dalam buku ni. 

Sultan Muhammad Al Fateh telah menghafal Al Quran sejak berumur 8 tahun dan tidak pernah meninggalkan solat tahjud setiap malam selepas baligh.

Ayahanda beliau, Sultan Murad juga pernah mencuba untuk menawan kota ini tetapi gagal. 

Semasa hayat beliau, Sultan Murad telah memilih Sheikh Shamsudin untuk mendidik Sultan Muhammad Al Fateh dari segi agama sejak dari kecil. Kira macam "Personal Coaching" secara direct antara seorang guru yang hebat dengan seorang murid.

Dari segi ketenteraan pula, Sultan Muhammad Al Fateh dilatih bermain pedang sejak dari kecil dan diajar strategi peperangan oleh panglima tentera pada waktu itu.

Pada usia 20 tahun, ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh mangkat dan baginda dilantik menjadi sultan pada waktu itu.

Pada usia 21 tahun, Sultan Muhammad Al Fateh dan 250,000 tentera menyerang Kota Konstantinapol.

Mengikut sejarahnya, antara faktor kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh adalah apabila mereka berjaya membina meriam gergasi yang boleh menembak peluru seberat 300kg dan boleh pergi sejauh 2-3 kilometer. 

Penggunaan meriam ini membantu memecahkan tembok kuat yang sebanyak 3 lapis yang dibina oleh Kerajaan Konstantinapol pada waktu itu.

Pada 40 hari peperangan pertama, mereka gagal menawan kota ini. Pada waktu ini, ramai tentera Islam mula berputus asa. Ada yang sudah letih dan mula rasa kecewa kerana gagal menawan kota ini.

Kerajaan Byzantine pula memasang merentasi rantai besi untuk menghalang kapal Islam masuk menyerang. 

Selepas gagal beberapa percubaan melalui rantai besi ini, Sultan Muhammad Al Fateh mendapat ilham untuk menarik kapal kapal ini melalui jalan darat.

Sebanyak 70 buah kapal perang di tarik oleh manusia melalui jalan darat menaiki bukit dalam jarak 2-3 km hanya pada satu malam sahaja.

Selepas berjaya membawa masuk kapal perang ini, mereka terus menyerang secara habis-habisan Kota Konstantinopel ini yang akhirnya pada hari ke 53, mereka berjaya menawan kota ini.

Pada mulanya, rakyat Kristian Konstantinopel berasa takut dibunuh oleh Sultan Muhammad Al Fateh.

Namun baginda memerintahkan, semua pembesar Konstantinopel yang masih hidup membayar 'duit' untuk menebus diri mereka. Manakala rakyat di situ pula bebas mengamalkan agama masing masing tanpa ada paksaan memeluk Islam.

Pada waktu itu lah, Sultan Muhammad Al Fateh memerintahkan Gereja Hagia Sophia ditukar kepada Masjid dan pada waktu inilah bermulanya Pemerintahan Kerajaaan Turki Othmaniyah.

Mereka yang memahami sejarah sebelum ke Turki akan lebih menghargai semua peninggalan ini dan berasa kagum dengan kesungguhan ummat Islam terdahulu berjuang untuk Islam.

Mereka yang tidak mengenali sejarah pula akan melihat ia hanya sebagai sebuah gereja yang ditukarkan kepada masjid satu ketika dahulu.

Walau bagaimana pun, semasa revolusi Turki pada tahun 1931, Mutafa Kamal Attartuk iaitu Bapa Pemodenan Turki menukar Ayasofya dari Masjid kepada Muzium.

Itulah sejarahnya "HAGIA SOPHIA" atau "AYASOFYA"


Pemandangan di hadapan Ayasofya yang terletak di Istanbul.


Kalau anda perhatikan, di Ayasofya ini ada 4 tiang kubah. Di sebelah kiri tiang berwarna merah. Di sebelah kanan berwarna putih. 

Setiap tiang ini dibina dari bahan yang berbeza dan masa pemerintahan yang berbeza. Asalnya tiada tiang, kemudian di tambah dua tiang dan akhirnya di tambah dua lagi menjadikannya 4 tiang keseluruhannya.

Masa saya buat gaya ni tetiba ada orang jerit "Usain Bolt". Usain Bolt yang tiru gaya saya ni sebenarnya. Hehe. 


Selepas itu, kami di bawa bersiar di sekitar kawasan Ayasofya. Ini BIG BUS ISTANBUL. Boleh naik bas ini, ia akan bawa kita pusing bandar Istanbul ke tempat tempat menarik. Tapi kami tak naik sebab dah ada bas yang disediakan Tour Company. 


Then kami ke German Fountain. Terletak berhampiran kawasan Hippodrome. 


Kawasan sekitar Hippodrome ini dibina pada kurun ke dua. Ia sepanjang 400 meter dan selebar 120 meter. Di kawasan inilah diadakan persembahan sesuatu acara pada zaman dahulu. Kawasan ini boleh memuatkan 35,000 penonton untuk persembahan sarkas, gladiator games dan sebagainya.


Di sini juga terdapat gerai-gerai yang menjual cenderamata.


Juga dijual jagung bakar dan rebus serta kacang rebus. Namun, rasanya sangat tawar. Saya ni jenis food hunter. Kalau jumpa aja yang menarik, saya akan beli untuk dicuba. Ternyata, jagung ini tersangat tawar.


Kawasan sekitar Hippodrome.


Eren, Tour guide kami sangat fasih berbahasa Inggeris, sangat jelas dan simple penerangan beliau. Memang terbaik!


Ini pula Egyptian Obelisk. Tiang ini dibawah dari Mesir satu ketika dahulu. 


Ok, dah tengahari, perut pun dah lapar, jom lunch!


Bab makan jangan risau sebab pihak Tour Guide dah arrange semua tempat makanan halal untuk kami.


Makan hidang kali ni. Lauk ayam dan daging. Memang sodap.


Sayur ini memang macam acara wajib jer. Setiap kali makan ada benda ni. Sampai last sebelum balik dah boleh ratah sayur sayur ni.


Ini peserta group kami, 11 orang dari Syarikat Jurutera Perunding Raudhah dari Johor. Syarikat sponsor staf dan pasangan mereka melancong ke Turki. Waahhhhh.... Best kan. Kalau ada kerja kosong boleh lah apply :)


Dalam group ni pula ada doktor, cikgu, pesara dan juga penjawat awam. Memang seronok sangat dapat kenalan baru. Walaupun ada yang dah macam pangkat mak ayah dengan kami, tapi ahli group kami ni semuanya baik-baik dan sporting habis! 


Selesai lunch, kami di bawa untuk bersolat di masjid yang terletak di sebelah restoran. 

Untuk makluman, di Turki kebanyakan tandas kalau nak masuk memang kena bayar 1 TL. Dah jadi standard harga macam tu. So kalau nak free kena la ke tandas di restoren atau tempat tempat terpilih sahaja.

Di Istanbul, ada banyak lagi tempat menarik untuk dilawati, antaranya Blue Mosque. Tapi kami tak sempat ke Blue Mosque harini sebab flight dah terlewat sampai dari Iran. So kami akan ke Blue Mosque pada hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia nanti. 

Kemudian, bas membawa kami menuju Canakalle. Perjalanan sejaruh 363km dan mengambil masa 4 jam 30 minit.


Sila rujuk peta di atas, kami bermula di Istanbul menuju ke Canakkale. Perjalanan mengambil masa 4 jam 30 minit. 


Selepas 2 jam, kami singgah di sini untuk Comfort Break. Boleh ke toilet, nak stretch badan lepas lenguh duduk dalam bas. 


Kami try minum Turkish Coffee. Harga cawan kecil ni 6TL. Rasanya tak berapa sedap. Haha. Mungkin sebab tak kena dengan tekak saya dan Maria. Tapi Abang Hafiz cakap sedap ajer. 


Then kami sambung perjalanan seterusnya. Kalau anda tanya saya, adakah trip ni memenatkan? Saya rasa, ok dan enjoy jer.

Lagi pun, perjalanan bas walau pun ambil masa panjang, pasti ada 'Comfort Break' setiap 2 jam. Kira sempat lah kita nak ke tandas dan beli barang makanan dan minuman.

Makanan dan barangan di Turki pun tak lah mahal sangat. 1 Lira hanya RM1.3 saja, so kalau kita convert pun harganya masih reasonable.


Untuk ke Canakkale, kami menaiki feri yang besar menyeberangi Laut Marmara untuk ke bahagian Turki sebelah Asia. Feri ni boleh bawa bas dan kenderaan lain. Sila rujuk peta di atas untuk lebih faham.


Di atas feri, kami semua turun dari bas untuk melihat pemandangan sekitar dari atas feri. Ia mengambil masa sekitar 40 minit di atas feri ini. 


Pemandangan Turki sebelah Eropah.


Di belakang tu pula Turki sebelah Asia.


Ok, semua orang dah ready untuk naik bas balik. Dari jeti ke hotel kami mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.


Selamat sampai ke Ida Kale Resort Hotel sekitar jam 9 malam. Lambat sikit dari perancangan awal disebabkan flight dari Tehran yang agak lewat. 


Tempat makan di hotel. 


Buffet dinner. Just enjoy the Turkish Food. 


Alhamdulillah, selepas melalui perjalanan dari Kuala Lumpur - Tehran - Istanbul - Canakkale, akhirnya boleh mandi after 24 hours. Lega. Hehe. 

Tapi nak kena packing bag balik sebab esok akan meneruskan perjalanan dan berpindah ke hotel lain.

Untuk makluman anda, selama 7 malam di Turki ini kami tinggal di 6 buah hotel. Hanya 1 hotel sahaja kami stay 2 malam iaitu di Cappadocia. Yang lain semuanya kami stay satu malam sahaja.

Sekian perkongsian untuk hari pertama kami di Turki.

Thanks for reading! :)

Jika Ada Mana Mana Travel Agen Yang Ingin Mendapatkan Khidmat Penulisan Berinformasi Sebegini Dalam Trip Anda, Sila Hubungi Saya. 019-5782515. Tak Perlu Bayar Pun. Just Bawa Saya Ikut Trip Anda Dan Saya Akan Mempromosikan Syarikat Anda Secara Percuma.

Jemput baca perjalanan hari kedua kami di sini:-

Travelog Turki - Day 2 : Canakkale - Troy - Acropolis - Kusadasi

Wassalam.

Maria Firdaus
Motivating and Inspiring Others


Jika Anda Ingin Mengikuti Trip Sebegini, Sila Hubungi Nombor Di Bawah Yer



Harga yang ditawarkan adalah RM3999 + RM200 ( Tipping ) = RM4199 Sahaja.. Pendaftaran Untuk Trip 2018 Sudah Di Buka Sekarang.

Jika berminat, anda boleh Whatsapp :  019-302 6460

Cakap ajer, nak pakej Turki macam Maria Firdaus ambil. 

Atau Klik Link Ini : http://bit.ly/kembarasufi-turkey Anda Akan Direct Whatsapp Ke Kembara Sufi

Adakah Anda Suka Dengan Perkongsian Di Mariafirdaus.com.my? 

Jika Anda Mahu, Saya Boleh Update Terus Whatsapp Ke Phone Anda Bila Saya Buat Posting Posting Baru, Menarik Dan Bermanfaat. Klik Link Ini: 

http://www.wasap.my/60195782515/NakUpdateBlogTerkini

So Lepas Ni Bila Ada Update Terbaru, Saya Akan Broadcast Terus Ke Whatsapp Anda Secara Personal.

COMMENTS

BLOGGER: 1
  1. Blog ni sangat menarik sebab tuan selitkan sejarah Turki terutama di Ayasofya👍🏻

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1763,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Ibadah,1,Video Shooting,1,Video Sirah Nabi,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Travelog Turki - Day 1 : Istanbul - Topkapi Palace - Ayasofya Museum
Travelog Turki - Day 1 : Istanbul - Topkapi Palace - Ayasofya Museum
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNaWN3jhsS1_VH0An7ZJDKvohXxWV6F6sMBqm7z8WjwVkwx3SNIEu3cygp9r4N1sZUrf2HZr7WUbVROYlWo-rp7yG5-NteJQQ7R5Zaqhee-SEKH5WMQFNk2UVAYNEjxJqCjqRb17bC4gb2/s640/Mariafirdaus+Travelog+Turki+-+Day+1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNaWN3jhsS1_VH0An7ZJDKvohXxWV6F6sMBqm7z8WjwVkwx3SNIEu3cygp9r4N1sZUrf2HZr7WUbVROYlWo-rp7yG5-NteJQQ7R5Zaqhee-SEKH5WMQFNk2UVAYNEjxJqCjqRb17bC4gb2/s72-c/Mariafirdaus+Travelog+Turki+-+Day+1.jpg
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2017/10/travelog-turki-day-1-istanbul-topkapi-palace-and-ayasofya-museum.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2017/10/travelog-turki-day-1-istanbul-topkapi-palace-and-ayasofya-museum.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy