By : Kam Maria Abdul Mutalib 

Assalamualaikum w.b.t,

Kami doakan para pembaca blog Mariafirdaus.com.my sentiasa dalam rahmat Allah.

InsyaAllah malam ini 12 Oct 2017, kami akan berangkat ke Turki untuk bercuti, sempena Anniversary kami yang ke-10 tahun.

Alhamdulillah, Allah bagi kami rezeki dan kelapangan masa untuk menikmati keindahan bumi Allah.

Ini first time kami nak sampai ke bumi Turki. Memang tak sabar rasanya.

So sebelum nak ke sana, kami buat homework sikit pasal sejarah negara Turki.

Penting supaya kita lebih menghayati sejarah di sebalik jatuh bangun sesebuah tamadun.



Buku Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstantinopel (Istanbul). 



Movie Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, Penakluk Konstantinopel (Istanbul). 

Sultan Muhammad Al-Fateh menakluk Kota Konstatinopel pada tahun 1453 Masihi.

800 TAHUN sebelum itu, Rasulullah pernah bersabda,
Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah SEBAIK-BAIK PEMIMPIN, dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah SEBAIK-BAIK PASUKAN." (H.R Ahmad bin Hanbal).

Selepas zaman Rasulullah, pemimpin kerajaan Islam dah cuba bermacam cara nak takluk Kota Konstatinopel, tapi gagal.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, selepas 800 tahun, barulah hadis Rasulullah s.a.w tu jadi kenyataan, iaitu semasa kerajaan Islam berada di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh, yang masa tu baru berumur 21 tahun.

Sejak dari tu, KONSTANTINOPEL dikenali sebagai ISTANBUL. 

Anda bacalah sendiri kisahnya. InsyaAllah banyak pengajaran yang kita akan dapat dari kisah ni.

Sebenarnya 6 tahun lepas Maria dah baca buku ni, kagum sangat sampai decided bagi nama anak kedua kami MUHAMMAD FATEH. Tapi kena baca lagi sekali sebab banyak dah lupa. Hehe.

Tak sabar nak tengok sendiri tempat berlaku sejarah ni. Mudah-mudahan banyak pengajaran yang kami dapat sepanjang bermusafir nanti.

InsyaAllah kami akan share pengalaman kami di Turki dalam blog ni bila dah balik nanti.

Mohon anda semua doakan keselamatan dan dipermudahkan urusan kami sepanjang bermusafir ni ya.

ISTANBUL KAMI DATANG!!

================

UPDATED 21 OCT 2017.

Alhamdulillah, tamat sudah percutian kami di Turki, segalanya dipermudahkan oleh Allah. 

Jemput baca Travelog Turki kami di sini:-

Travelog Turki - Day 1 : Istanbul - Topkapi Palace - Ayasofya Museum



1 ulasan:

  1. Semoga selamat pergi & kembali & perjalanan dipermudahkan

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top