Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Rabbi Yassir Walatuassir.

Kisah Fateh

Fateh anak kedua saya. Umur sekarang 4 tahun.

Kalau dari segi karektor, saya perhatikan karektor Fateh sangat berbeza dengan abang dia yang sulung, Farees.

Bagi saya, Farees sangat mudah mendengar kata, solat 5 waktu setiap hari walaupun baru berusia 7 tahun, sangat rajin dan banyak karektor yang bagus bagus ada dalam diri Farees.

Berbeza dengan Fateh, karektor anak saya yang kedua ini agak berbeza.

Fateh agak kurang dengar apa yang kami cakap. Kalau anda tanya mengapa, jawapan saya mudah. 

May be kesilapan kami sebagai ibu bapa yang kurang memberi perhatian dan kasih sayang kepada Fateh, lebih-lebih lagi sejak kelahiran adiknya Fawwaz. 

Bila Ummi dah sibuk dengan Fawwaz, Fateh jadi sangat rapat dengan bibik. Apa saja yang dia nak, dia akan minta dengan bibik. 

Kadang-kadang apa yang dia nak tapi kami tak bagi, dia merayu dengan Bibik dan Bibik pula bagi. 

Bila dia menangis dan mengamuk tak dapat apa yang dia nak, Bibik pula pergi pujuk. Hmm. 

Because of that, Fateh jadi sangat sangat sangat rapat dengan Bibik.

Fateh kurang mendengar cakap kami. 

Sebagai parents, huhu... Nak nangis rasanya.

Saya dan Maria cuba memahami situasi ini. Satu perkara yang kami faham. Fateh kekurangan KASIH SAYANG.

Dia akan 'sayang' siapa yang boleh penuhi apa yang dia nak. Dalam kes ni, bibik lah.

Apa yang saya belajar dari Dr Azizan, untuk menyelesaikan masalah ini. Saya mesti belajar menghargai dan menyayangi anak kecil saya ni. Spend more quality time with him.


Fateh Solat Di Sekolah 

FYI, Fateh umur 4 tahun. Saya dah hantar dia ke tadika di Parit Buntar. Sebuah tadika Islamic yang saya rasa sangat bagus. Saya dah hantar Farees ke situ selama 3 tahun sebelum ini. Resultnya.... Alhamdulillah, Superb.

Di tadika, mereka diajar solat setiap hari. Mereka akan solat Subuh pada hari Isnin, Solat Zuhur pada hari Selasa, Solat Asar pada hari Rabu, Solat Maghrib pada hari Khamis dan Solat Isyak pada hari Jumaat.

Di sekolah. Fateh jarang nak ikut kawan-kawan solat sekali. 

Waktu solat, selalunya dia akan main-main. Dia buat tak tahu ajer apa yang cikgu suruh.

Petang semalam, semasa saya pergi ambil Fateh di sekolah. Teacher Fateh bagi tahu saya, "Abi.. Hari ni Fateh solat kat school..."

Then saya sembang sket ngan cikgu pasal Fateh.

Dalam kereta, saya mula puji Fateh. Saya cakap dia good boy, anak soleh, nanti boleh masuk syurga.

And then saya cakap kat Fateh, since Fateh solat hari ni, Fateh nak Abi belanja apa?

Dia cakap, "Ateh nak kek....."

Bagi meraikan 'kejayaan' Fateh bersolat, saya penuhi impian dia. Saya singgah kedai dan beli kek untuk dia.

Saya cakap kat Fateh, "Fateh kena solat tau. Nanti Abi beli lagi kek...."

Fateh mula behave dengan saya. Dia mula rapat sikit dengan saya.


Fateh solat di school. Alhamdulillah. Kalau anda yang tinggal di area Parit Buntar dan Nibong Tebal ada anak kecil, saya sarankan anda hantar anak anda ke sini. My Little Genius Khalifah. Dekat area Taman Sempadan.

Since Fateh dah mula nak 'melayan' saya, saya perlu guna peluang ini sebaik mungkin.

Saya selalu spend masa dengan Fateh Saya selalu peluk dia. Sikit sebanyak, ia improve 'hubungan' kami berdua.

Huhuhu...

Saya faham apa yang Dr Azizan ajar dalam seminar seminar sebelum ini.

The More You Give, The More You Get.

Kalau kita nak gembira, gembirakan hati orang lain.

Kalau kita nak bahagia, bahagiakan orang lain.

Kalau nak kasih sayang, berikan kasih sayang kepada orang lain.

Dan dalam hal ini, saya perlu buat yang terbaik untuk anak saya.

So, kepada para pembaca blog mariafirdaus.com.my ini, jom sama sama kita 'beri' lebih baik kepada anak anak kita.

Setiap kita pasti ada kekurangan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. 

Maka kita kenalah selalu muhasabah diri dan perbaiki kekurangan kita. 

Banyakkan memuji anak kita bila mereka buat kebaikan. Jangan kita hanya tahu 'hentam' dan 'marah' anak kita bila mereka buat salah sahaja.

Kalau kita asyik marah saja, nanti emosi anak anak kita akan terganggu.

Semoga perkongsian ringkas ini sedikit sebanyak membantu anda untuk kita sama sama menjadi ibu bapa yang soleh dan solehah kepada anak anak yang soleh.

Wassalam

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others

Sila Tekan Button Share Di Bawah Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top