Jom Shopping at The Mall - The Luxury Outlet in Florence, Italy!!



By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Kami doakan para pembaca blog Mariafirdaus.com.my sentiasa dalam limpahan rahmat Allah Taala.

Ok, ini adalah sambungan dari entry sebelum ni yer:-

ITALY TRIP - PART 4 : THE LEANING TOWER OF PISA


23rd NOV 2015

Alhamdulillah, tamat lawatan ke PISA, sekarang ke destinasi seterusnya, apa lagi kalau bukan tempat shopping!! :)



Kami naik bas dan memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu SHOPPING OUTLET!


Dari PISA, perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. 


So macam biasa, Maria kena plan untuk pam susu dalam bas untuk memastikan susu sentiasa maintain walaupun berjauhan dari baby Fawwaz. 


Pemandangan yang indah sepanjang perjalanan. 


Kejap lagi nak jalan-jalan shopping. Masa ni mostly semuanya dah tidur dalam bas. 


Alhamdulillah. Akhirnya sampai, inilah dia THE MALL, THE LUXURY OUTLET, FLORENCE. 


Turun saja dari bas, cuaca dah bertambah sejuk sebab dah petang. 


Pemandangan sekitar kawasan The Mall.



Untuk informasi anda, ini adalah jenama yang ada di The Mall. 


The first outlet yang dituju, semestinya PRADA! 


Firdaus tak nak masuk PRADA. Dia masuk kedai MONTBLANC dulu. Kat sini terpaksa berpecah sebab masing-masing ada taste sendiri. Hehe.  


Harga PRADA kat sini memang sangat murah berbanding di Malaysia. Kalau tengah sale, lagilah murah! 


Jom jamu mata. Actually tak boleh ambil gambar dalam outlet. Tapi sempat jugak snap few pics dalam Prada. Hihihi. 


Wah wah, Mak dan Mak Mertua ku pun semangat tengok PRADA. 


Jom ke outlet seterusnya pulak, iaitu GUCCI!!


Ok, dalam GUCCI ni macam strict sket, so tak leh nak amik gambar. Maka kita amik gambar kat luar ajelah yer. 


Memandangkan musim winter, pukul 5 lebih dah gelap dan masuk Maghrib. Cantik kan pemandangan waktu malam di sini. 


Sudah tukar orang di atas wheelchair pulak. Haha. 


 Dah selesai shopping (window shopping je banyak, hehe). Inilah saja gambar menarik di Outlet ni. 
Sekarang nak naik bas pergi Dinner pulak. 


Ok, lepas naik bas semua pakat tidur keletihan. Sedar-sedar je dah sampai ke tempat Dinner. Ini gambar restorannya. Nama restoran tak ingat pulak. 


Malam ni restoran full house, hanya untuk Team Shaklee saja. 


My happy family at Italy. Semua muka ngantuk sebab jetlag. 


Dengan rakan seperjuangan, Master Nad. 

Cer teka Maria tengah buat apa tu? Hehe. Rutin biasa lah, pam susu untuk maintain production. Di mana-mana pun boleh pam. Jauh dari baby bukan alasan untuk stop breastfeeding yer. Cumanya Maria pam dan buang susu tu sebab tak nak handle renyah nak bawa balik susu. Lagipun stok susu untuk Fawwaz kat rumah memang dah banyak. Alhamdulillah. 


Sambil menunggu makanan dihidangkan, kami dihiburkan dengan persembahan dari mamat ni. 


Walaupun dia nyanyi lagu Italian, tapi boleh tahan sedap lagunya. Ada soprano sekali. Masing-masing melayan persembahan. Hehe. 


Mamat ni buat kejutan jugak, nyanyi lagu Chinese, tak tahu tajuk apa. Tapi geng-geng Chinese memang excited sambil nyanyi sama-sama. :)


Perut sudah laparrr. 


Sabar menunggu makanan.


Mata dah ngantuk. Kalau dapat bantal masa ni memang syiokk. 


Antara makanan yang dihidangkan. Tapi disebabkan lapar + ngantuk, tak semua food sempat di ambil gambar. 


Hari yang penuh dengan pengalaman menarik di PISA dan Shopping Outlet. Syukur Alhamdulillah, perjalanan kami harini semuanya dipermudahkan. Jom balik hotel dan tidur!! 

Jemput baca perjalanan kami keesokkan harinya:-


================


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib

INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib

EMAIL : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!



Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top