By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat anda sekeluarga.

Kedai Lampu Murah Puchong

Insya Allah, tak lama lagi saya akan masuk rumah baru. Semoga Allah mudahkan urusan saya ini.

Saya survey di internet, semua orang mengatakan kalau nak cari lampu murah, kena pi beli di Puchong. Kedai House of Lighting.

Bukan sorang dua yang bagi review ini. Memang ramai gila yang cakap. So, tak perlu nak cakap lebih lebih dah, terpaksalah saya pergi dari Parit Buntar, Perak ke Puchong untuk buat day trip.

Saya guna Google Maps saja untuk ke kedai ini. Memang senanglah. Insya Allah anda boleh pergi tanpa sesat.


Dari depan kedai


Saya ingat kedai ini jual lampu saja, rupa rupanya heater pun ada jual jugak. Terpaksalah beli. Heater ni kalau di Seng Heng dan Kedai Elektrik Wah Lee, harga RM819. Tapi di kedai ini RM669. Spec yang sama. So, anda boleh bayangkan betapa murahnya barang di kedai ini.


Kipas pun ada banyak design yang moden dan cantik cantik pada harga yang berpatutan.


Simple design


Nak beli kipas? Antara benda yang saya tekankan adalah SPEED. Mesti boleh sampai ke 5 SPEED. Kalau tak, nanti takut tak sejuk pulak.


Sekali ku tengok, yang macam ni pun ada jugak. Memang cantik cantik.


Harga dia pun cantik cantik.


Ini salesperson yang follow saya. Masuk dalam kedai ni kalau hari Weekdays, sorang staf akan layan sorang pelanggan. So, 4 jam la adik ni follow saya dalam kedai. Ni gambar lampu spotlight yang saya beli. Ambil yang 100W terus. Nak beli apa apa? Beliau boleh tolong. 018-3500093. Whatsapp beliau saja. Dia boleh tolong beli dan pos untuk anda. Since ni kerja luar, anda bagi la dia duit kopi sket. Sebab officially dia kerja di kedai itu sahaja. Ni nak kena siap pos, dia tolong buat extra kerja untuk anda.


Ni pula lampu T5. Untuk letak dalam plaster syiling. 


Cari lampu pagar pulak. Harga di Parit Buntar RM200. Di kedai ini RM99.


Minat dengan lampu crystal ni, tapi mahal sangat lah pulak sampai RM2400. So, kita buat rileks dulu.


Antara lampu dinding untuk luar rumah. Harga murah murah. Tapi ini yang jenis mentol. Saya ambil yang LED terus. Design modern sket dan harga pun moden sket.


Dah habis pilih barang hampir 3 jam. Kena buat inspection pulak. Semua barang akan dibuka satu persatu dan semua lampu di test depan saya untuk pastikan jumlahnya cukup.


Ini hasil tangkapan saya. Penuhla kereta Vellfire ku kat bahagian belakang.


Anyway, kalau anda nak pergi, hari Isnin tutup yer. Harap maklum. Dinasihatkan JANGAN PERGI HARI SABTU AHAD. Terlalu ramai orang. Nanti anda lagi sakit kepala dan letih menunggu.

Ini jer sharing dari saya.

Wassalam.

~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan Maria menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTERS MARIA & FIRDAUS
Certified Shaklee Product Consultant
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mahu Bantu Anak Anda Jadi Pelajar Cemerlang? Sila Tonton Video Di Bawah Ini :
   

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top