Konsep rumah yang simple tapi cantik bagi kami. 

By : Mohd Firdaus Mat Saad

Mencari Ilham Untuk Home Exterior Design
==========================

Semalam, Allah bagi kelapangan kepada saya untuk pergi ke kawasan perumahan banglo berdekatan rumah saya.

Nak masuk kawasan rumah tu pun ada guard.

Masa nak masuk, saya cakap nak tengok-tengok rumah. 

Dia cakap, "Tak boleh masuk cik. Rumah sini sudah habis di jual...."

Dalam hati.... "Aduh...... Aku bukan nak tengok untuk beli rumah. Aku nak tengok design rumah."

Then terfikir, kalau nak tengok design rumah mesti dia tak bagi masuk. 

Tetiba dia kata, kalau nak tengok tanah lot ada. Encik boleh tengok kat area situ. 

Apa lagi, saya pun teruslah berlakon macam nak tengok tanah lot tu. Alhamdulillah, boleh masuk.

Saya pun pergi lah ke main office dia kat dalam tu. Buat wayang nak tengok tanah lot.

Sekaki persegi harga RM57 yer. Keluasan tanah lot untuk dijual antara 5000 ke 7000 kaki persegi. Anda kiralah sendiri ye. Itu baru tanah. Belum rumah.

Contoh Exterior Design


Dok ushar pintu konsep pintu pagar. Nampak macam simple dan cantik.


Saya dah survey. Pintu pagar jenis ni RM5000 + Autogate RM1500. So, total mau pi dekat RM7000 gak la.


Rumah ni pun nampak macam cantik. Saya dok tengok dia punya tiles bumbung. Sama warna macam rumah saya nanti. Bumbung warna kelabu dan rumah warna putih. Frame tingkap luar cat warna kelabu jugak. 


Ada iras iras rumah saya nanti. Dan saya pun nak tengok tiles dia letak di dinding tengah tu.


Dok plan nak pasang tiles macam ni juga dekat dinding rumah bahagian luar. Bukan semua tempat nak letak tiles ni, nak buat corak aja.


Secara dekatnya, ia akan jadi macam ni nanti.


Siap dah cek kat kedai. Tile yang lebih kurang sama design.


Akhirnya, ini tiles yang dia guna. Sama sejibik. Harga sekaki persegi adalah RM6. Not bad....


Dok tengok design pagar. Kalau boleh tak nak yang ada lubang lubang macam ni.


Ni gambar kawan saya bagi. Dia kontraktor buat rumah. Saya tertarik dengan 'batu tiles' untuk jalan. Petak petak macam ni. Nak try cari batu macam ni untuk jalan.

Anda yang baca blog saya ni, mohon doa doakan saya yer. Semoga Allah mudahkan urusan saya siapkan rumah saya ni.


Progress rumah saya. Dah sampai macam ni. Lantai tingkat atas dah siap.

Rabbi Yassir Wala Tuassir.

Mohd Firdaus Mat Saad

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top