Assalamualaikum,

Saya doakan, anda yang menziarahi blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

This Is My Lovely Family

Baru baru ini, semua adik beradik saya pulang ke rumah untuk berhari raya.

Sekarang ini, hanya kami berempat saja yang masih ada bersama emak tersayang.

Arwah abah, arwah kakak dan arwah abang semuanya sudah dijemput mengadap Illahi.

Family Photo

Semasa mereka semua pulang, saya tiba tiba dapat idea nak ambil gambar yang macam ni. Cari punya cari terjumpa gambar ini.

Rasanya, masih cukup korum dan boleh dilakonkan semula.


Taraaaa.... Nampak serupa tak? 

Pelakon  yang sama. Kedudukan yang sama. Tempat yang sama. Cuma masa sahaja yang berbeza.

Dari kiri, Abang Sulung Norafizal Mat Saad, saya yang berbaju oren, Abang Kedua, Arman Zaharil Mat Saad, Emak di belakang dan kanan sekali adik saya Mohd Dzuha Mat Saad.

Lengkaplah gambar kami sekeluarga.

Semoga hubungan sesama kami akan terus kekal bahagia sehingga ke syurga. Insya Allah.

Wassalam.

Mohd Firdaus

Mohd Anda Doakan Kebaikan Untuk Kami Sekeluarga

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top