Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakn Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Kereta Ku Dah Sampai

Alhamdulillah. Step kedua dalam proses pembelian kereta. 


Kereta ini asalnya ada di NAZA PJ. Saya beli di Juru. Tapi kereta ni ada di PJ. So, selepas 2 minggu baru kereta ni sampai ke NAZA Juru.

Salesman Naza En Redzuan call saya, 

"Firdaus, mai sat ke Juru. Kereta ni lowered sangat la. Mai test drive dulu."

Saya terus ke NAZA Juru.

Salesman kata, "Kereta ni nampak cantik. Tapi... kalau esok jumpa bumper, boleh nangis ni..."

"Kalau nak kami tukar ke original punya suspension dengan absorber, kami akan tukar free. Tapi kalau tak tukar sekarang, lepas ni kami tak leh nak tukar free dah."

"So.. Buat pilihan sekarang, nak cantik sebab lowered vs stress sebab sangkut bumper nanti"

"Kalau tak puas hati, jom test drive dulu."


Dalaman kereta ini. FYI, ini baru saya tengok betul betu. Hari tu kat PJ gelap. Kereta dalam showroom dan saya tengok waktu malam. Tak nampak sangat.


Lampu ni warna biru. Ini yang ku macam musykil. Boleh lepas ker JPJ nanti. Tapi tak per, kereta ni akan ke PUSPAKOM dulu. Apa aper, NAZA akan setelkan dulu.


Interior


 Maria plan nak bubuh leather seat. Tapi saya cakap, pakailah yang ini dulu. Nak bubuh leather seat yang cantik harga dalam RM5,000.


Pandangan dalam kereta


Saya beli masa Offer. Naza Auto Mania. Harga diskaun RM15,000 dari harga biasa.


Mileage 29,000km. Imported from Japan.


Aircond di tempat penumpang.


Subhanallah. Baru ku tahu. Ada tempat charger pin untuk laptop. Amcam? Boleh la lepas ni Maria buat bisnes dari dalam kereta pulak.


Kereta ni ada home theater. Tapi yang kureng sket.. Tak ada TV kat atas ni. Saya nak kena tambah RM500 untuk pasang TV di sini.


 Ini isu utama mengapa saya ke sini hari ini. Lowered tahap gaban. Hanya 12.5cm dari lantai.


Saya bawa Yang Mulia Permaisuri Agung ( Mak ku.. ) untuk test drive kereta. Tuan puteri ( Isteriku ) tak nak pergi. Tak larat dah mak yong tu...

Nampak tak, betapa lowered nya kereta ni. Abang Salesman ajak saya test drive. 


Dengan lafaz Bismillah. Saya buat kali pertama bawa kereta Toyota Vellfire. Saya rasa sedap juga. Pick up better than my CRV.


Haa.. lagi satu, kereta ni pakai Push Start Button. So, kat dashboard tu kunci kereta.


Inilah masalah negara saya. Ada lowered. Salesman tu cakap, "Bang.. ini adjustable suspension. Abang boleh naikkan dan turunkan ketinggian kereta. Terus terang saya cakap, benda ni mahal. Original dari Jepun. Kalau nak kami tukar, kami akan tukar yang standard."


Setelah saya dapat pandangan dari banyak pihak, saya decide untuk tukar ke standard original. It's ok... Let's go standard. Saya tak nak masa bawa kereta nanti langgar bumper sana sini. Saya tak nak bila jumpa bumper dok 'maki' bumper tu. Baik saya tukar bagi jadi tinggi. Peace of mind.

Kalau diikutkan, insya Allah jika tiada aral melintang. Hari Rabu kereta ni dah boleh didaftakan di Puspakom.

Macam yang saya cakap sebelum ni, nombor plat kereta ni saya beli dari orang lain. KAM 8281. 

Bukan mudah ooo nak dapat nombor ni. Banyak cabaran dan halangan yang terpaksa saya tempuhi. 

Tapi, demi melihat isteriku di kereta ku. Ku gagahi juga untuk dapatkan KAM 8281 sempena nama my wife KAM MARIA.  

Ada rezeki, kita cari MAR14 pulak yer sayang.

Oklah.. Itu saja yang nak dikongsikan...

Dah 'penat' uruskan kereta. Nak kena handle bisnes jugak...

Wassalam...

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others

* Saya doakan anda dapat guna Toyota Vellfire atau lebih baik lagi dari kereta ini satu hari nanti. Amin.



2 ulasan:

  1. Ada impian nak berjaya seperti tuan tapi apakan daya, halangan sentiasa ada sana sini..terpaksa buat mada sekarang kne teruskan kerjaya sbg engineer

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top