Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Kita Kaya Dan Berjaya".

Semoga semua urusan kita dipermudahkan Allah. Insya Allah.

Jom Cuci Mata 

Saya tak sure adakah anda akan bersetuju dengan saya atau tidak dalam hal ini. Tapi, biarlah saya share sket dengan anda.

Dalam hidup, kita kena selalu buat benda yang kita suka buat. 

Macam saya, salah satu benda yang saya macam suka buat adalah 'cuci mata'. Tengok kereta.

Saya bukanlah minat nak beli kereta kereta ni. Tapi, bila masuk dalam kereta kereta baru, terasa macam. 

"Aku mesti berusaha lebih lagi lepas ni. Insya Allah, lepas ni boleh beli kereta ni."

Ia macam beri semangat kepada saya selepas balik rumah nanti.

Bila buat kerja, saya akan bagi lebih komitmen. Saya nak bisnes lebih maju. Ia macam memberi motivasi kepada saya untuk terus berjaya.

End of the day. Bukan saya nak beli kereta pun. Cuma saya jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk saya lebih berjaya. Itu saja.

Kalau anda tak setuju dengan apa yang saya buat ni... Jangan ikut yer.

Lagi satu, saya juga akan tampal gambar kereta yang saya nak beli dalam bilik tidur. Hari hari ku tengok dan wirid cakap nak beli kereta tu.

Boleh lah.... Setahun jugak ku wirid nak beli Toyota Vellfire. Alhamdulillah, akhirnya terbeli juga.

Jom Cuci Mata Sama Sama


Pergi Naza Showroom di PJ. Layan kereta Mercedes kejap. Bukan nak kena bayar pun. Layan ajer la...


Brabus... Tahukah anda, Brabus ni salah satu dari model yang terdapat dalam Mercedes....


Ni Audi TT. Cantik. Kereta sport. Harga pun leh tahan. Dalam RM180k. Kereta recond dari Jepun.


Mercedes C200 CGI. 


Dulu nak beli kereta ni. Tapi mak tak setuju. Dia suruh beli CRV. So, ku beli lah CRV. Memenuhi impian mak...


Harga RM169,00. FYI, masa offer hari tu harga ni turun sehingga RM150k sahaja. Macam saya cakap, kita cuci mata saja. Bukan nak beli pun. Salah ker? Ikut apa yang anda rasa la...


BMW X6. Ambil berkat derr....


Ini BMW X6. Harga dalam RM350k. Nak naik atas kereta ni, minta ajer dari Salesman. Dia tak akan marah anda. Percayalah. Itu kerja dia nak entertain anda. Pengalaman saya naik kereta ni.... Dari segi interior, terasa gah la. Memang la cantik.. Tengok harga la.


Ni Toyota Estima.


Harga dah turun. Kalau tahun 2010 leh dapat dalam RM165k sahaja.


Estima 2013. New Facelift. Harga RM198k.

Toyota Vellfire

Ok.. setel bab cuci mata. Sekarang bab nak cari kereta yang nak di beli pulak. Kereta yang menjadi pilihan adalah Toyata Vellfire.


Aku tengok yang ini, aku rasa berkenan warna hitam....


Kak iparku berkenan warna putih....


Ni di Naza Kampung Baru. Pilih pilih...


Memang banyak pilihan kereta di Naza Kampung Baru. Ini baru sket yer. Ada banyak lagi...


 Harga tahun 2013. Untuk pengetahuan anda, ni yang model 3.5L. Kalau 2.4L lagi murah leh dapat.


Ni kalau 2.4 tahun 2013.  Nampak beza tak harga antara 2.4L dan 3.5L. Beli yang 2.4L dah ler yer...


Ni Golded Eye 2012. Harga dalam RM220,000.

Untuk pengetahuan anda, harga boleh nego lagi dengan salesman ni.


Ni pun model tahun 2012. New Facelift. 


Pilih pilih.... Yang baju purple tu salesmen terbaik di Naza Kampung Baru. Sempoi ajer...


Dah masuk... Then fikir.... Renung renungkan... Ni kak ipar saya dok 'istikharah'. Nak kaler aper? Nak putih, dah habis. Ada hitam dan dark purple ajer.


Masuk yang warna hitam pulak...


Akhirnya, mereka decide nak ambil kaler dark purple.


Banyak pilihan sebenarnya...


Pandangan tepi Toyota Vellfire.


Warna putih. Pandangan hadapan.


Anda cuba tengok harga ni. Kalau tahun 2010 nyer, leh dapat harga murah lagi. Kene pandai nego dengan salesman.


Selepas berpuluh kereta ku dah tengok, akhirnya ku pilih kereta ini. Nampak SOLD kat dashboard tu. Alhamdulillah, SOLD to Mohd Firdaus. Kita ambil model yang biasa biasa ajer lah.. Tak der la saya nak ambil latest design. Yang best, kereta ni ada Home Theatre. Kalau nak pasang, mau RM18,000. Boleh pasang ayat Quran kuat kuat dalam kereta nanti.

Ok.. Itulah sedikit perkongsian dari saya. 

Tips :

1. Jika nak beli kereta di Naza. Meh saya rekemenkan beberapa salesman yang saya rasa saya suka dengan cara mereka layan saya.

i.   Naza PJ = Akbarul =010-3938966
ii.  Naza Kg Baru = Cari nama Isa = 017-9628705
iii. Naza Juru, Penang = Redzuan = 013-4211876

Kalau beli di tempat lain... Saya tak pastilah. Saya hanya tahu kalau di NAZA.

* Sebenarnya, harga kereta lebih murah dari apa yang anda sangkakan. Tak percaya, try pi cuci mata dulu.

* Harga di atas  adalah harga tahun 2015. Untuk tahun 2016, harga dah jatuh lebih kurang RM20k dari harga atas.

* Saya tak jual kereta. So... Jangan kontek saya yer. Kontek 3 nama kat atas tu jer. 

Sekian...

Wassalam

Mohd Firdaus
Sharing And Keep Sharing

Sila Tekan Button Share Jika Anda Rasa Suka Dengan Entri Ini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top