Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, "Anda Kaya Dan Berjaya... Dunia Dan Akhirat".

Ini Masalah Ramai Orang Yang Berniaga

Ramai orang nak belajar berniaga.

Ramai orang yang nampak orang lain berjaya dalam perniagaan, dia pun nak tiru.

Nak berniaga sebab nak KAYA.

Ini 'penyakit' utama ramai orang yang berniaga.

Bagi saya, tak salah untuk kita berniaga dan nak jadi kaya. Tapi jangan itu yang dijadikan asbab yang utama.

Biar nak kaya tu asbab yang ke 13.

Terlintas Di Newsfeed Pagi Ini

Hari ini, saya ternampak gambar ini melintas di newsfeed facebook saya.

Allahuakbar.


Adakah ini yang dipanggil Sandwich telur?

Nampak tak? Peniaga ini berniaga bukan sebab nak bagi orang makan dengan sedap dan sihat.

Tapi berniaga sebab nak cari keuntungan semata mata.

Cubalah buat sandwich macam kita expect akan dapat dari orang lain. 

Cuba kita letak tempat kita di tempat pembeli. 

Tak ke kita rasa macam nak maki orang tu.

Kalau kita tak suka orang buat macam tu kat kita. So kita pun jangan buat macam tu kat orang lain.

Agak agaklah... Lepas ni pembeli di atas nak beli lagi tak kat orang yang menjual tu. Rasanya, itu mungkin kali pertama dan mungkin kali terakhir.

Inilah puncanya mengapa ramai peniaga yang baru nak berniaga BUNGKUS. Berniaga sebab nak kaya. Bukan sebab nak 'memberi' yang terbaik kepada orang lain.

Roti ini hanyalah contoh.

Kita boleh kenang kembali bagaimana kita beri yang terbaik kepada para pelanggan kita dalam setiap transaksi jualan kita.

Kita mesti beri yang terbaik.

Insya Allah, lagi ramai pelanggan yang akan datang selepas ini.

Semoga kisah simple ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Wassalam.

Mohd Firdaus
Motivating n Inspiring Others

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top