Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang membaca blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Saya doakan "Anda Kaya Dan Berjaya, Dunia Dan Akhirat"

Buku Rahsia Pelajar Cemerlang Bakal Diterbitkan

Baru baru ni ada seorang penerbit buku menghubungi saya. Beliau mahu terbitkan ebook saya berkaitan Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang.

Setelah berbincang, saya merasai keikhlasan penerbit ini. Beliau mahu melihat lebih ramai pelajar yang mendapat manfaat daripada ilmu yang saya kongsikan dalam ebook yang ditulis.

Hari ini, beliau berjumpa dengan saya sekali lagi. Kali ini beliau nak tunjukkan sample buku kepada saya.


Rasa bersyukur, buat kali pertama dapat pegang buku yang penulisnya nama saya sendiri.




Ini baru draft. Basically, ini antara perkataan yang akan ada di depan buku ini. Susun atur akan diperbaiki lagi.


Muka surat pertama


Dedikasi kepada insan tersayang. Penerbit minta saya tambah nama nama guru saya di MRSM Taiping dan Kolej Mara Banting sebab buku ini akan dimasukkan ke dalam MRSM nanti.


25 tips rahsia kejayaan saya dahulu dikongsikan dalam buku ini


Kata kata alauan...


Untuk buku sampel ini, saya minta penerbit tukar saiz font dan jenis font. Serta perlu perhati betul betul bahagian perenggan. Ada gambar mak saya dalam buku ni. Hehe.. Mesti mak saya suka.


Gambar abang saya di Ireland. 


Semua tips dalam buku ni adalah berdasarkan kisah benar pengalaman saya sendiri.


Ada gambar member saya, Lizrin Johari terselit masuk dalam buku ni. 

Mana gambar Maria?

Rasanya masa kat UK dulu, tak ada kot gambar saya ngan Maria. Ahaks... Baiknya kami. Tak der nak dating dating pun....

Anyway... Mohon anda doakan agar segala urusan untuk menerbitkan buku ini dipermudahkan Allah.

Semoga ia menjadi pencen kubur buat saya di akhirat nanti.

Untuk pengetahuan anda, buku ini akan dijual pada harga sekitar RM11.90 atau RM12.90 sahaja untuk seunit.

Saya minta penerbit jual pada harga terendah. Sebab saya nak lebih ramai pelajar dapat manfaat daripada buku ini.

Biarlah 'untung' ku sedikit di dunia. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik di akhirat nanti.

Ini akan jadi buku yang pertama. Akan ada buku kedua dan ketiga Insya Allah.

Sama sama kita doakan.

  • Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top