Assalamualaikum,

Saya doakan anda kurus dan sihat. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Insya Allah.


Kisah Sakinah Mat Said (www.sakinahms.blogspot.com)

Ini salah seorang anak didik saya dalam program Now Everyone Can Kurus (NECK). Beberapa bulan yang lepas, beliau ada menghubungi saya. Beliau minta saya tolong guide beliau untuk turunkan berat badan.

Waktu tu, badan beliau masih bam bam.

Saya pun asalnya tak kenal pun Sakinah ni. Beliau kenal saya daripada blog ini dan menghubungi Maria untuk meminta bantuan. 


Perubahan dalam hidup beliau dalam tempoh 120 hari.

Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, 

Sebenarnya nak turunkan berat badan tak susah. Apa yang saya nak tekankan kepada anda adalah ILMU. ILMU. ILMU. 

Anda perlukan ILMU. 

Saya bantu Sakinah dari segi ilmu yang beliau perlukan untuk turunkan berat badan. 

Bagaimana Beliau Berjaya?

Saya nak berkongsi dengan anda 3 rahsia bagaimana Sakinah mampu untuk turunkan berat badan dengan cara yang sangat cepat. 

1. MAHU

Sakinah sedar, dirinya dah bam bam. Dan beliau merasakan, it's time for her to change her lifestyle. 

Dalam diri beliau sendiri ada perasaan MAHU untuk turunkan berat badan. 

Bagi saya, antara syarat yang penting untuk turunkan berat badan adalah mesti ada KEMAHUAN yang tinggi untuk turunkan berat badan.

2. TAHU

Selepas ada kemahuan untuk turunkan berat badan, Sakinah buat tindakan yang tepat. Beliau ambil TAHU macam mana nak turunkan berat badan. 

Saya rasa, tindakan tepat yang Sakinah lakukan adalah dengan mencari mentor. Dari situ beliau belajar cara menurunkan berat badan dengan betul.

Bagi saya, sangat penting untuk kita TAHU cara menurunkan berat yang betul. Kalau kita MAHU sajer pun, tapi kita tak tahu caranya. Susah juga.

Yang lebih ngeri, kalau kita hentam keromo. Main belasah ajer. 

Saya risau kita akan banyak buang masa dan tenaga je buat perkara yang sebenarnya langsung tak membantu kita mencapai matlamat menurunkan berat badan. 

3. MAMPU

MAHU dan TAHU saja tidak cukup kalau nak turunkan berat badan. Ini part yang paling penting, iaitu kita MAMPU BERTINDAK dengan ILMU yang kita dah ada. 

Ramai orang hanya belajar, belajar dan belajar, tapi tak mulakan TINDAKAN

Bila dah belajar banyyakkk sangat tapi tak amalkan. Otak pun tepu. Moral pun down. Akhirnya.. impian hanya tinggal impian. 

Tahniah kepada Sakinah kerana BERANI BERTINDAK!! 

Inilah antara perkara yang membezakan antara ORANG BERJAYA dengan ORANG GAGAL, iaitu MAMPU BERTINDAK. 

KEKAL KURUS DAN SIHAT

Percayalah! Semua orang boleh berjaya mencapai impian untuk KURUS DAN SIHAT. Tapi tak semua orang boleh KEKAL Kurus dan Sihat juga. KENAPA YER?

Antara sebabnya, tak ramai orang yang mampu kekalkan MOMENTUM dan MOTIVASI untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam jangka masa lama. Terutama bila kita buat segalanya SEORANG-SEORANG. 

Sebab itulah, saranan saya, selepas kita berjaya KURUS DAN SIHAT, ia sepatutnya tak berhenti setakat itu saja. 

Ia menjadi tanggungjawab kita untuk BANTU LEBIH RAMAI ORANG di luar sana yang mengalami masalah yang sama dengan kita. 

Jika kita bantu orang lain, InsyaAllah, kita akan sentiasa termotivasi dan Allah pasti bantu kita untuk KEKAL kurus dan sihat. 

PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS (NECK)

Inilah sebabnya saya menganjurkan program Now Everyone Can Kurus. 

Alhamdulillah, setakat ini kami bersama lebih 100 orang peserta NECK yang berada di seluruh Malaysia sedang bersatu hati dan berusaha bersama-sama bagi mencapai impian mendapat BERAT BADAN mengikut target masing-masing dalam tempoh 100 hari. 

Di dalam group ini, mereka semua mempunyai energy yang sangat tinggi..

Semua orang saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. 


Telegram Group Untuk Support Para Peserta Now Everyone Can Kurus


Antara video yang saya kongsikan dengan para peserta. Ini baru sedikit. Ada banyak lagi video yang saya kongsikan dengan mereka.

Alhamdulillah, bagi saya sesiapa sahaja boleh untuk turunkan berat badan.

Yang penting kita percaya dan berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan.

Jom kurus dan sihat.

Mohd Firdaus
"Founder Of Now Everyone Can Kurus"
"Jom Kurus Dan Sihat Dari Rumah"

Feel Free To SHARE Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top