Assalamualaikum,

Dalam tempoh setahun dua ini, ramai orang berjumpa dengan saya dan menegur saya. 

"Firdaus, nampak berisi sikit sekarang ni. Hati senang nampak"

Jauh di lubuk hati, tersentap. Makin lama, makin ramai yang menegur perkara yang sama.

Dilubuk hati saya terdetik, sampai bila saya harus biarkan diri saya 'mengembang' dengan jayanya.

Bila nak bermula diet, saya rasa musykil. Saya tak ada ilmu yang cukup untuk mengamalkan diet yang betul. Lagi pun, saya tak ada kekuatan dari dalam untuk mengubah tabiat pemakanan saya.

Makanan favourite saya, KFC, Pizza, Secret Recipe, Nasi Mandi Kambing, Ais Kacang, Teh Ais dan yang seangkatan dengannya. Pendek kata, apa saja makanan yang tidak sihat. Itulah kesukaan saya.

Saya pula, bila makan memang sangat berpantang. 'Pantang' jumpa. Kalau jumpa, mesti nak kena belasah. Kalau nak makan, tak berkira. Pendek kata, macam lebih kurang 'Hidup Untuk Makan' pulak jadinya.

It's Time To Change

Saya bersyukur kepada Allah, saya menghadiri program Rahsia Kuasa Minda Jutawan (RKMJ) anjuran Dr Azizan Osman.

Salah satu perkara yang ditekankan dalam program tersebut adalah penjagaan kesihatan.

Tak guna jadi kaya kalau tak sihat. Takut takut nanti digunakan kesemua kekayaan yang dicari dulu untuk menampung perbelanjaan ketika sakit.

Saya disedarkan dengan saya mempunyai anak dan isteri yang harus saya jaga. Saya masih ada emak yang masih tinggal dengan saya. Dr Azizan menekankan, saya WAJIB menjaga kesihatan saya.

Bermula dari saat itu. Saya tersedar. 

Sampai bila saya harus mengekalkan tabiat hidup saya macam ni? Sampai bila?

Bila saya fikir, saya perlu membuat keputusan.

Adakah saya mahu 'Live By Default' dengan follow saja cara hidup saya sekarang ini? Mungkin, satu hari nanti saya akan ditimpa pelbagai penyakit akibat tidak menjaga pemakanan dengan betul. Adakah pada waktu itu baru saya nak insaf? Mungkin pada waktu itu, sudah terlambat.

Dari dulu lagi, saya tak kisah untuk membeli saiz seluar yang semakin besar. Dari saiz 30, saya up ke saiz 31, kemudian saya up ke saiz 32, ke 33 dan sekarang ke saiz 34.

Soalannya. Bila saya nak 'insaf'? 

Seluar saiz 34 sekarang pun meronta ronta meminta saiz 35 pula. Adakah saya akan 'menerima' hakikat saya perlu 'upgrade' seluar saya ke saiz 35 pula?

Atau.... saya perlu berubah. Saya perlu "Live By Design". 

Saya yang perlu menjadi 'pemandu' kepada hidup saya. Saya perlu mengambil alih peranan 'nafsu' saya sebelum ini yang menjadi 'pemandu' hidup saya dalam bab makanan.

Menyedari kepentingan untuk saya hidup lebih sihat. Saya buat keputusan yang sangat penting dalam hidup saya.

IT'S NOW OR NEVER

Saya berjanji kepada diri saya, saya perlu berubah. 

Saya tidak boleh lagi hidup biasa biasa. Saya perlu hidup LUAR BIASA. 

Saya tak mahu lagi perut saya semakin maju ke depan. Orang cakap, "PJK - Perut Jauh Kedepan".

Saya tak mahu lambang 'kemewahan' saya dilihat pada perut saya.

Saya mahu hidup sihat dan slim.

Dan saya perlu bertindak SEKARANG.

Program Membuang 'Sekampit Beras' 10kg Dari Badan Bermula

Hari Selasa lepas, bersamaa 8 April 2014 saya memulakan hari saya hidup sihat.

Sebelum memulakan program ini, saya mesti membuat pemeriksaan kesihatan daripada pihak yang bertanggung jawab.

Langkah pertama saya, saya ke BP Lab. Untuk buat pemeriksaan asas kesihatan saya iaitu pemeriksaan darah dan air kencing.


BP Lab Parit Buntar. Perak.


Bayaran untuk pemeriksaan asas adalah RM150 sahaja. Muka tenang saja. Dah biasa kena cucuk. So, 'mentally prepared'. Lagi pun yang cucuk pulak 'adik manis'. Kena control macho.


Pemeriksaan tekanan darah.


Untuk pengetahuan anda, saya mendapatkan khidmat nasihat daripada sahabat saya untuk menurunkan berat badan. Saya perlu kawal makanan saya. Berdasarkan sifu saya ini, kalau nak kurus cepat kena control makanan. Ini termasuk pengambilan suplemen untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan. Ia penyumbang 70% daripada faktor penurusan berat badan. 30% lagi dari exercise yang saya buat.

Saya hanya boleh makan nasi satu kali dalam sehari. Dan jumlahnya hanyalah segengam tangan. Selebihnya, sayur yang tidak dimasak dengan minyak. 

Antara pantang larang dalam proses penurunan berat badan ini adalah nasi yang berlebihan, makan berkarbohidrat tinggi seperti kentang, makanan bergoreng dan berminyak.

So, saya sekarang perlu fokus kepada apa yang saya perlu makan sahaja.


Ini sarapan pagi saya. Jangan risau, saya juga menggunakan suplemen Shaklee. Alhamdulillah, ia menyebabkan saya tidak rasa lapar sehingga tengah hari. Sebelum ni, biasanya saya sarapan dengan makanan bergoreng seperti mee goreng, bihun goreng, cucur pisang goreng, cucur kodok dan yang 'tidak sihat'. 


Ini pula menjadi makanan untuk 'dinner' saya. Jangan risau, makanan saya sering diubah mengikut nasihat daripada trainer saya. Takkan saya nak makan macam ni hari hari.


Exercise. Sit up 100 kali setiap hari. Ini yang lemah sikit. Habis cekang urat perut bila Sit Up.


Bila saya travel, Maria akan bekalkan saya dengan makanan  yang berkhasiat. Tidak lupa, suplemen Shaklee untuk membakar 'lemak' dalam badan saya.


Dah kena ada Walking Mate dalam phone saya. Ini untuk mengukur bilangan langkah yang saya buat untuk hari tersebut. Sasaran setiap hari, 10,000 langkah.


Ini jalan yang saya lalui pagi tadi untuk berjogging. Pesan mentor saya, pastikan saya memakai jaket tebal untuk lebih banyak peluh yang keluar. Kalau nak lagi best, mentor saya pesan bawa beg  dengan muatan seberat 5kg-10kg di dalam beg masa berlari. 

Wahhhhh !!!!  Ni kes dera ni....


This what happen to me pagi tadi. Kasut ni dah 5 tahun tak disentuh. Bila mula nak digunakan minggu ini, barulah sedar. Semuanya dah 'barai' . Dah tak leh guna lagi rasanya ni. Saya perlu beli kasut baru esok.


Memandangkan kasut tu ter'barai' 1.5km dari rumah. Terpaksalah saya telefon pekerja saya untuk datang ambil. Kalau tak, aduh... Tak tahulah.

Inilah kisah saya kali ini. Berazam untuk hidup lebih sihat. Pesan mentor saya, kita makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan.

Insya Allah. Saya yakin saya akan berwajah baru dari segi fizikal pada hari raya nanti.

Mohd Firdaus yang akan anda jumpa pada hari raya nanti adalah seorang lelaki macho yang tak lagi 'chubby' macam sekarang.

Saya mohon anda doakan saya. Semoga Allah beri kekuatan kepada saya untuk 'berjuang'.

It's now or never.

Soalan saya untuk anda yang BMI > 25. Bila anda nak mula? Takkan nak tunggu BMI 35 baru nak start. Ingat, menurunkan berat badan masih mudah dilakukan pada peringkat awal. Kalau dah terlambat. Takut tak terbuat.

Janganlah nanti sehingga datang penyakit 3 serangkai baru kita nak bermula.

Kepada mereka yang berhasrat nak ubah hidup mereka. Agar mereka dapat berhari raya kali ini dengan lebih bergaya, jom sertai saya. Kita turunkan berat badan beramai ramai.

Jika anda perlukan khidmat nasihat daripada saya untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat menggunakan produk Shaklee. Sila PM saya. 

Insya Allah, insan tersayang pasti berbangga dengan perubahan hidup anda nanti.

Mohd Firdaus Mat Saad
"Pencetus Ummah Untuk Hidup Lebih Sihat"

* Jika tidak keberatan, mohon anda Tekan LIKE Button di bawah ini sebagai tanda sokongan kepada saya untuk menurunkan berat badan saya. Lagi banya LIKE yang ditekan, semakin kuat keazaman saya untuk menurunkan berat badan ini.

* Jangan lupa, tolong doakan saya yer.....

2 comments:

  1. goodluck tuan..suami saya pon tengah on diet juga.untuk raya katenya;)

    ReplyDelete
  2. goodluck tuan..suami saya pon tengah on diet juga;)

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top