Assalamualaikum,

Dalam entry sebelum ini, Maria ada ceritakan tentang salah satu produk BEST SELLER Shaklee, iaitu ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP).

ESP adalah produk Shaklee pertama yang Maria cuba iaitu 2 minggu sebelum melahirkan Fateh pada Sept 2012.

Sejak itulah Maria JATUH CINTA dengan Shaklee, selepas merasa sendiri keberkesanan produk ni.

Sebelum ni duk baca testimony orang je. Tapi selalu teragak-agak nak try ke tak? Nak try ke tak? Hihi.

Bila dah cuba sendiri, Alhamdulillah, memang sedap rasanya dan sangat serasi dengan Maria.

Anda boleh baca pengalaman Maria di sini yer : CINTA PERTAMAKU DENGAN SHAKLEE ESP!! (Sila Click)


BAGAIMANA MEMILIH SOY PROTEIN BERKUALITI?

Memang ramai yang bertanya soalan-soalan macam ni kepada Maria.

"Bagus ke minum soya ni?"

"Kak, betul ke ESP Shaklee ni bagus?"

"Kak, protein brand XXX ni ok tak? Apa beza dengan ESP Shaklee?"

Haa.. Memang sekarang ni berlambak-lambak jenis protein yang ada di pasaran kan?

So main issue di sini adalah, macam mana kita nak tahu protein yang kita ambil tu betul-betul berkualiti?

Ye lah, nak beli atau pilih apa-apa pun mesti ada kriterianya kan.

Contoh nak beli ikan dan sayur kat pasar, mesti kita pilih yang segar. Nak pilih calon suami atau isteri pun ada kriteria nya jugak kan. Hihi..

Kesimpulannya, semua perkara dalam hidup ini kena ada STANDARD and REQUIREMENT.

Pilihan kita pada masa ini akan menentukan kehidupan kita pada masa akan datang.


7 KRITERIA PENTING DALAM PEMILIHAN SOY PROTEIN


Ini ialah 7 KRITERIA PENTING dalam memilih Soy Protein yang baik dan berkualiti:-

1) KACANG SOYA ITU MESTI TUMBUH SECARA ORGANIK

Kajian menunjukkan penanaman secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.

Jadi sangat penting pesticides, fungicides, herbicides tidak digunakan sepanjang pertumbuhan kacang soya ni.

2) KACANG SOYA ITU MESTILAH NON-GMO (Non-Genetically Modified Organism)

Tentang GMO ini Maria ada share dalam entry sebelum ni juga. (Boleh click DI SINI)

Secara umumnya, Kacang soya GMO adalah lebih murah untuk dihasilkan. Lebih kurang macam Vitamin Sintetik vs. Vitamin Natural lah.

Kebanyakan syarikat akan cari cara untuk menjimatkan kos pengeluaran produk. Jadi salah satunya adalah menggunakan kacang soya GMO.

Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

Jadi sebab itulah penting kita pilih soya yang NON-GMO yer.

3) SOY PROTEIN ITU MESTI MENGANDUNGI 9 ASID AMINO PERLU

Ni lagi satu ciri yang sangat penting. Badan kita memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibody, dan enzyme.

If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

Haa..Nampak tak kepentingannya di situ?

4) SOYFLAKES MESTI DIBERSIHKAN DENGAN AIR DAN BUKAN ALKOHOL

Semasa proses pembuatan soy isolate, ada kebanyakan company yang menggunakan alcohol untuk membersihkan soyflakes.

Alkohol tu dah la sememangnya HARAM kan, ia juga akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%!!

ISOFLAVONES itu sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan bermanfaat dalam penyeimbangan hormone.

5) BAHAN-BAHAN ANTI-THYROID / ANTI-GROWTH SUBSTANCE MESTI DISINGKIRKAN

Soya mentah mengandungi 'anti-growth', 'anti-tyrosine' substance. Kekurangan 'tyrosine' ni akan menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan 'restless leg syndrome'.

Jadi pastikan kita memilih jenama yang menggunakan 'extracting process' yang menyingkirkan bahan-bahan tersebut.

Dan pada masa yang sama ia masih mengekalkan keaslian soya dan mengekalkan paras asid amino serta isoflavones yang tinggi, yang sangat sensitive pada suhu panas.

6) PROSES PEMBUATAN SOY PROTEIN SEBAIKNYA TANPA PEMANASAN

Asid amino adalah sangat sensitive pada suhu panas. Ada kajian menunjukkan protein yang dimasak dengan suhu tinggi akan menghancurkan sehingga 50% acid amino perlu.

Jadi jika kita sering makan diet yang kekurangan 'essential amino acids', ia akan memberi kesan kepada perkembangan otak dan hormone, atau perkembagan tisu badan juga akan terbantut.

7) SOY PROTEIN POWDER HENDAKLAH DITAMBAH UNSUR KALSIUM

Sebenarnya, kacang soya adalah bahan yang NEUTRAL (Neither acidic nor alkaline).

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan, semasa penghasilan soy powder, minyak kacang soya (soybean oil) perlu disingkirkan supaya soy powder itu tidak mudah berbau. Proses ini menyebabkan soy powder menjadi sedikit berasid.

Oleh itu, adalah penting untuk pengeluar soy powder menambah kalsium (unsur alkali) yang mencukupi untuk menjadikan ia neutral semula. Kebanyakan pengeluar TIDAK MENAMBAH kalcium yang cukup dalam produk mereka.


BAGAIMANA DENGAN ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN) SHAKLEE?
Semestinya ESP MEMENUHI KESEMUA REQUIREMENTS di atas. Sebab itulah saya tetap memilih ESP SHAKLEE dalam diet seharian. Saya yakin IT IS THE BEST FOR ME!!

Adalah penting untuk kita FAHAM kenapa kita memilih sesuatu produk itu yer.

Bukan hanya semata-mata kerana ia produk yang glamour, atau hanya kerana Testimony orang lain.

Harganya pun sangat mampu-milik. 1 tin boleh tahan sehingga 2 bulan untuk seorang makan.

Suami isteri pun boleh makan sama-sama. Sesuai untuk LELAKI dan PEREMPUAN.

Nak dapatkan yang SOY PROTEIN TERBAIK untuk keluarga anda? Boleh hubungi saya yer :)
Thanks for reading! :)

***********************
PROMOSI MARCH 2016!!
***********************
ESP BUY 6 FREE 1
(SAVE UP TO RM400+)

* FREE MEMBERSHIP *
* FREE 1 ESP *
* MEMBER'S PRICE *
* CASH BONUS *

Promosi sah sehingga 31 March 2015 sahaja.
Cepat-cepat dapatkannya ya!!



Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top