Assalamualaikum,

DOAKU DI TANAH SUCI

Semasa Maria menunaikan fardu Haji pada Nov 2011 (sila click Travelog Haji 2011), salah satu doa yang sering Maria ucapkan ialah meminta agar Allah berikan dan tunjukkan career yang terbaik untuk Maria dan keluarga, yang terbaik untuk kehidupan kami di dunia dan akhirat.

Hampir setiap waktu selepas habis solat di Masjid, ketika wukuf di Arafah, dan semasa bertawaf di Kaabah, inilah salah satu doa yang tak pernah Maria tinggalkan. Doa ini tetap Maria baca sehingga pulang ke Malaysia.




Kenangan sewaktu berdoa di bumi Arafah pada musim Haji tahun 2011 / 1432 Hijrah.
(Doa dikarang dan saved dalam notes handphone jer)

SECOND PREGNANCY

Sebulan selepas pulang dari menunaikan Haji, Maria mengandungkan anak kedua kami, Muhammad Fateh. Morning sickness kali ini adalah sangat teruk berbanding anak sulung. Hampir setiap hari muntah-muntah dan keletihan sehinggalah bulan ke-4 pregnancy.

Sepanjang pregnancy, Maria masih terpaksa drive pergi kerja setiap hari dari Parit Buntar ke Kulim (40km) yang mengambil masa 1 jam 10 minit. Pernah juga beberapa kali Maria terpaksa berhenti di tepi jalan apabila tiba-tiba rasa nak muntah.

Maria selalu menangis dan bagitahu pada Firdaus, rasa macam nak berhenti kerja sebab dah tak larat sangat nak travel. Letih dengan keadaan diri yang sedang teruk alahan mengandung.

Dalam masa yang sama, Maid kami pulang bercuti ke Indonesia selama 2 bulan dan lepas tu tak mahu datang semula ke Malaysia walaupun kami dah renew permitnya selama setahun.

Masa tu Maria belum kenal vitamin Shaklee lagi. Jadi badan memang tidak cukup nutrisi, dan rasa sangat stress dan keletihan.

Tapi bila Maria beritahu Firdaus, rasa macam nak berhenti kerja, Firdaus akan tanya balik pada Maria, mampu ke Maria berhenti kerja sekarang, tanpa ada apa-apa backup plan. Maria terdiam. Sememangnya tiada.

Sebenarnya, lepas pergi ke seminar percuma Marketing Power oleh Dr Azizan pada tahun 2012, Maria teringin juga nak buat business, tapi tak tahu business apa yang paling sesuai. Pernah terfikir nak jual tudung, jual baju baby. Tapi semuanya jadi angan-angan saja.

Diri Maria masa tu juga masih tinggal di "Pulau Alasan", rasa sangat berat nak keluar dari comfort zone yang sebenarnya tak berapa comfort pun. Jadi hidup pun diteruskan dalam keadaan tak jumpa apa-apa jalan penyelesaian.

COMPLICATION

Akibat terlalu banyak travel pergi kerja setiap hari sejak mengandung, Maria mengalami pre-mature contraction sejak usia kandungan berusia 7 bulan.

Semasa kandungan berusia 34 minggu, doctor memberikan MC dan mengarahkan Maria untuk berehat dirumah sahaja untuk mengelakkan baby dilahirkan pre-mature. Terpaksa ambil injection untuk mematangkan paru-paru baby in case baby nak juga keluar awal. Kisah ini ada kami ceritakan di SINI. (Sila click)

Sepanjang Maria berehat di rumah, barulah Maria rasa sangat tenang dan happy. Mungkin kerana tak perlu travel, dan dapat spend banyak masa dengan family setiap hari. Alhamdulillah, itulah hikmah di sebaliknya.

Pada 8 Sept 2012, Alhamdulillah Baby Fateh selamat dilahirkan.

Kedua-dua cahaya mata kami, penyejuk mata, penawar hati.

Setelah cuti bersalin selama hampir 3 bulan di rumah, perasaan untuk kembali bekerja langsung tak ada. Pada waktu itu jugalah Firdaus mula membuka minda Maria untuk memulakan business.

Memandangkan Maria sendiri dah menggunakan dan berpuashati dengan produk Shaklee, dan peluang untuk memulakan business ini terbuka dengan kehadiran mentor-mentor yang dah berjaya, Maria pun mengambil keputusan untuk join business ini.

Anda boleh baca kisah kelahiran Fateh dan pengalaman Maria berpantang dengan SHAKLEE  (Sila click).

Maka, bermulalah hidup Maria menjadi seorang part time businesswoman.

RUTIN HARIAN SEBELUM BUAT BUSINESS

Dulu sebelum membuat business, kehidupan Maria boleh dikatakan berada dalam "comfort zone", yang tak berapa comfort pun sebenarnya. Maria keluar bekerja setiap hari sebelum jam 7 pagi. Bila balik rumah jam dah hampir 7 petang. Berada di atas jalanraya selama 2 jam lebih setiap hari.

Bila balik, masa untuk makan, mandi, solat. Pukul 10 malam Maria kena pastikan masuk tidur, untuk mengelakkan ngantuk masa drive keesokan harinya. Esoknya sebelum pukul 6 pagi Maria dah kena bangun untuk bersiap-siap pergi kerja.

Kadang-kadang, bila malam tu anak tak sihat atau meragam tak boleh tidur, maka esoknya akan rasa sangat stress sebab letih dan tak cukup tidur. Tambahan pula terpaksa drive selama lebih 2 jam. Memang sangat mencabar mental dan fizikal.

RUTIN HARIAN SELEPAS BUAT BUSINESS

Maria kembali bekerja selepas habis berpantang anak kedua pada Nov 2012.

Bila berada di office, macam biasalah. Ada hari yang sangat busy, ada hari yang tak berapa busy.

Alhamdulillah, sejak Maria berkongsi pengalaman sendiri menggunakan Shaklee kepada kawan-kawan office dan juga melalui blog ini, Maria banyak dapat order melalui email, sms, whatsapp dari customers dan clients. Kadang-kadang tu, sampai rasa tak tenteram buat kerja sebab teringat semua email dari customer yang tak sempat dijawab.

Bila sampai rumah dalam pukul 7 petang, breastfeed Fateh, kemudian bersiap siap-siap makan, mandi dan solat. Dalam pukul 8.30 Fateh akan breastfeed lagi. Kalau Fateh letih sangat, dia akan tidur terus. Tapi selalunya, selagi Ummi dia belum tidur, selagi tu lah dia pun nak main-main lagi. Heheh.

Dalam pukul 10 malam, barulah Fateh akan tidur. Masa ni barulah Maria sempat nak buka laptop update blog dan reply email, sms dari customers.

Kalau dulu, pukul 10 malam Maria dah tidur, sejak buat business ni, pukul 10 malam baru Maria mula "berbusiness". Firdaus dan anak-anak semuanya dah tidur. Tinggal Maria seorang je masih berjaga, kadang-kadang sampai pukul 1 pagi untuk selesaikan urusan business.

Terlelap dan tersengguk-sengguk depan laptop setiap malam tu dah jadi perkara biasa dalam masa 4 bulan berbusiness secara part time. Kadang-kadang Fateh akan bangun in between nak minta menyusu. So terpaksalah sebelah tangan menyusu, dan sebelah tangan lagi update blog atau taip email.

Ataupun sambil berbaring menyusu, sambil reply msg customer..Multitasking..hehehe...

Ada juga masa-masa yang bila anak tak sihat dan asyik meragam, memang kelam kabut juga jadinya. Dengan baby Fateh yang asyik nak berkepit, dengan nak packing barang customer untuk dipos lagi. Huru-hara juga.

Memandangkan Maria selalu tidur lambat, ada juga Maria hampir-hampir tertidur semasa memandu ke office. Risau juga sebenarnya tapi Alhamdulillah, berkat doa dari semua orang Allah masih pelihara keselamatan.

Maria anggap ini semua hanya cabaran sementara untuk Maria stabilkan business. Maria kuatkan semangat menghadapi segala kepayahan demi mengejar cita-cita untuk berjaya dalam business.

Walaupun selalu tak cukup tidur, Alhamdulillah, Maria masih rasa cergas, tak letih, dan tak stress, kerana vitamin Shaklee ada :)

RESIGNATION LETTER
                                                               
Setelah 3 bulan menjalankan business secara part time, dan melakukan solat Istikharah, akhirnya Allah telah membuka hati Maria untuk menghantar resignation letter pada 1 March 2013. Sila click di SINI untuk baca kisah ini)


Mula-mula boss terkejut juga, dia ingat Maria dapat better offer di tempat lain. Boss suruh pertimbangkan semula keputusan ni, maklumlah dah 5 tahun di company Silterra ni. Banyak skills yang diperlukan. Heheh.

Tapi, Maria rasa sudah tiba masanya untuk Maria betul-betul focus pada keluarga dan business. Walau apa pun yang akan berlaku pada masa hadapan, Maria yakin Allah akan membantu Maria.

Alhamdulillah, mungkin berkat pengorbanan Maria melepaskan gaji tetap demi menumpukan perhatian kepada keluarga tercinta, Allah gantikan dengan order dari customer yang masuk mencurah-curah.

Pada 30 March 2013, Maria telah berjaya mencapai sales target untuk menjadi Supervisor Shaklee, rank pertama dalam business plan Shaklee.


Dengan mencapai rank Supervisor, Maria telah mendapat first Cash Reward daripada Shaklee. Ini belum termasuk cash bonus bulanan sebanyak 4 angka untuk bulan March 2013.


OFFICIALLY A WORKING-AT-HOME-MUM


Selepas lebih 7 tahun berkerja sebagai Engineer, pada 15 April 2013, at last I'm officially a Working-At-Home-Mom. Syukur Alhamdulillah.

Rasa sungguh happy dan tenang dengan keputusan yang di buat. Sekarang Maria dapat spend masa yang lebih dengan keluarga dan lebih focus pada business.


Rutin setiap hari Maria sekarang, dapat baca surah Yaasin, Al-Mathurat dan solat sunat Dhuha setiap pagi. Kemudian hantar Farees ke sekolah. Petang pergi jemput pula. Dulu, sebelum pergi kerja kadang-kadang Farees pun belum bangun lagi. Alhamdulillah sekarang ni lebih banyak quality time dengan Farees.


Lepas hantar Farees ke sekolah, kemudian terus ke post office untuk pos barang kepada customer. Masa sampai sini biasanya pos office pun belum buka. So dapat jadi first customer. Jimat masa tak payah nak beratur panjang-panjang.


Balik rumah, sempat breastfeed dan bergolek-golek dengan baby Fateh dulu. Kemudian baru masuk my 'Home Office'.

Selepas resigned,  sungguh Maria tak sangka, Allah telah memberikan rezeki yang mencurah-curah lagi. Banyak sungguh order customer yang masuk. Kadang-kadang, Maria terpaksa chatting dengan 3-4 orang customer pada satu-satu masa. Belum habis jawab satu customer, new customer datang lagi. Semuanya hanya melalui email, SMS, facebook dan WhatsApp.

Ini termasuk new customer, repeat customer dan juga after-sales service untuk follow-up customers feedback.

Dan yang paling Maria tak sangka, pada closing day 30 April 2013, Maria dapat exceeded initial target sales, iaitu dua kali ganda sales Maria pada bulan March 2013. Maka bonus 4-angka untuk bulan April akan berada dalam genggaman. Alhamdulillah..

SYUKUR PADAMU YA ALLAH...

Maria sangat bersyukur kerana Allah telah membuka jalan dalam online business ini. Kini dengan hanya duduk di rumah, Maria ada banyak masa dengan anak-anak. Dalam masa yang sama, income 4-angka masuk ke dalam account bank setiap pertengahan bulan.

Maria ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya my dearest hubby, Firdaus kerana sentiasa berada di sisi Maria selama ini. Terima kasih kepada semua keluarga, rakan-rakan, dan customer yang menyokong Maria dalam business ini.


My lovely family, sumber inspirasi ku...

Walaupun jalan kejayaan masih jauh, Maria berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Maria ada Business Partner yang paling utama, iaitu Allah, yang akan membantu Maria menghadapi apa juga cabaran mendatang.

Nasihat Maria kepada mereka yang ada keinginan untuk merubah kehidupan keluarga dan ekonomi ke arah yang lebih baik, mulalah bertindak dari SEKARANG!!

* Berdoalah kepada Allah agar ditunjukkan dan dibukakan hati memilih jalan terbaik.

* Carilah mentor yang telah berjaya dalam bidang yang ingin anda ceburi, belajar dan tiru jejak kejayaan mereka.

* Bertindak dengan istiqomah / konsisten..

InsyaAllah anda juga akan berjaya seperti mereka.

FAST ACTION FAST RESULTS!!

Semoga bermanfaat. Wassalam...


1 comments:

  1. Setiap orang ada kisah masing masing.

    Fast action fast result

    Terhegeh hegeh action terhegeh hegeh result :)

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top