Assalamualaikum,

Hari ini Maria nak share pengalaman sebenar biras Maria, iaitu Ainul semasa mengandung dan menyusu anak pertama, kedua dan ketiga.

Ainul mula mengambil vitamin Shaklee semasa mengandung anak ketiga. Memang terasa perbezaannya dari segi kesihatan beliau dan juga kesihatan anak-anak beliau.

Health is Wealth. Hanya orang yang pernah mengalami kesakitan yang akan memahami dan betul-betul menghargai betapa bernilainya nikmat kesihatan yang Allah kurniakan.

Sama-samalah kita berusaha bersungguh-sungguh memelihara kesihatan diri dan keluarga dengan cara terbaik.

Mari kita baca kisah pahit manis pengalaman beliau.

-------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah kurniakan kerana kita masih bernafas sehingga ke hari ini.
Rentetan dari entry saya berkaitan GBS (GBS), saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya semasa mengandungkan anak pertama sehinggalah anak yang ketiga.

In shaa Allah, saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman yang saya lalui, dgn tidak bias kepada mana2 pihak.
Saya mengenali perkataan GBS dari sejak mengandung anak pertama lagi, Muhammad Ammar kerana pada waktu itu, saya telah di diagnose oleh doktor sebagai "GBS carrier" atau "Pembawa GBS" yang positif.
Bagaimana doktor boleh mengesan bahawa saya "GBS carrier"?

Sewaktu mengadung, saya sering mengalami kontraksi kecil seperti perut mengeras, perut sakit, lalu apabila diberitahu kepada doktor, beliau segera mengambil sampel "swab faraj" dan apabila dibuat ujian ke atas sampel tersebut, ternyata saya membawa kuman GBS dalam faraj.
Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama, maka saya serahkan semuanya kepada doktor. Apa ubat yang doktor bagi, saya ambil.

Dan saya juga tidak berani untuk mengambil apa2 vitamin selain yang dibekalkan oleh doktor.
Apabila anak pertama saya lahir, doktor telah melakukan ujian darah ke atasnya dan terbukti, anak saya dijangkiti GBS. Sejurus selepas itu, doktor pakar kanak2 segera datang berjumpa saya dan suami di bilik wad, dan memberitahu bahawa anak kami perlu diberi suntikan antibiotik selama 3 hari berturut2.

Maka terpaksalah saya 'stay' di wad bersalin sehingga rawatan antibiotik dihabiskan.
Perkara ini berlanjutan ketika saya mengandungkan anak kedua, Sumayyah. Perkara yang sama juga berlaku, anak kami dikesan dijangkiti kuman GBS sejurus selepas dilahirkan. Dan rawatan antibiotik yang sama turut diberikan kpd anak kedua kami ini.
Apabila mengandung anak yang ketiga, Muhammad Fateh, saya telah bertekad bahawa saya perlukan sesuatu yang lain untuk anak saya.

Azam yang paling kuat adalah untuk menyusukan anak saya sepenuhnya sehingga dia berumur 2 tahun.

Kenapa saya sungguh2 bertekad untuk tidak bercampur susu selain susu ibu?

Kerana, saya telah melihat sendiri bagaimana perkembangan anak pertama dan kedua saya apabila mereka diberi susu formula; tahap kesihatan mereka semakin menurun dan sentiasa perlu 'warded' dalam tempoh pembesaran mereka.





Dalam tempoh 6 bulan ke satu tahun, banyak kali ammar warded kerana demam panas dan cirit-birit, dan semuanya berlaku selepas saya introduce susu formula 



Sumayyah juga sama; asyik warded selepas saya introduce susu formula
Sungguh! Terlalu pilu untuk dikenangkan....(kerana itu, sehingga kini, saya sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi untuk memberi yang terbaik kpd kedua2 permata hati saya ini).
Asbab yang kedua, kenapa saya perlukan kelainan untuk anak ketiga saya ini?

Sebabnya, saya telah bertanya kepada pharmacist di hospital tentang vitamin yang di prescribe oleh doktor.

Pada waktu itu, saya telah dibekalkan oleh doktor 2 jenis Vitamin; Obimin dan Neuro Gain. 

Pertanyaan saya kepada pharmacist di hospital Columbia tersebut; adakah vitamin yang diberikan ini sintetik atau semulajadi? Dengan terseyum, beliau menjawab "This is sintetic, mam"

Dushhhh...saya tersentap. Terus saya stop makan semua vitamin tersebut. Dan bermulalah episode saya mengenali Shaklee.
Sungguh sahabat2...!! Berbeza  rasanya apabila saya makan yang semulajadi dgn yang sintetik. Terlalu banyak! Kisah ini ada saya kongsikan dalam entry saya terdahulu (Vitamin Shaklee terbaik untuk ibu mengandung).
Antara yang boleh saya kongsikan:
1) Tiada kejang urat semasa saya mengandung anak ketiga
2) Less back pain ketika mengandung anak ketiga
3) Badan still energetic even waktu tu saya terpaksa travel sejauh 120 km setiap hari; berulang alik ke tempat kerja (Senawang - Kajang)
4) Komitmen kerja yang tinggi pada waktu itu membuatkan saya terpaksa pulang sekitar jam 8-9 malam setiap hari, dgn keadaan saya yang sedang sarat mengandung 7/8 bulan. Namun, syukur saya masih mampu untuk drive pulang ke rumah, dan pada waktu itu, suami sangat jauh (berada di Amsterdam).
5) Dan yang paling ketara, anak ketiga saya disahkan BEBAS dari jangkitan GBS!
Allahuakbar! Syukur, Allah telah menemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini. 

Dan Alhamdulillah, sehingga ke saat ini (17 Mei 2013), anak saya Muhammad Fateh (11 bulan) masih tidak pernah warded walau sekali pun. (Nauzubillah, mohon Allah jauhkan dan memelihara kesihatan anak2 saya).
Dari cerita dan pengalaman saya ini, adakah puan2 rasa BERBALOI saya ambil Vitamin Shaklee???
Jawapan saya: SANGAT BERBALOI!
Walaupun saya mendapat vitamin sintetik secara PERCUMA di hospital Columbia (kerana kos pemeriksaan saya di cover sepenuhnya oleh PETRONAS), namun saya tidak sanggup memperjudikan anak ketiga saya ini dgn mengambil yang sintetik.

Saya tidak bermaksud untuk menidakkan vitamin yang diberikan oleh doktor; malah mungkin puan2 di luar sana serasi dgn vitamin tersebut.

Namun, pengalaman yang saya lalui sudah cukup mengajar saya JANGAN BERKIRA DGN HAL2 BERKAITAN KESIHATAN.
Maka saya tutup entry saya ini dengan satu kesimpulan:
IT IS A BIG WORTH  BUYING & PAYING FOR THE NATURAL PRODUCTS!!
 (AND OF COURSE SHAKLEE VITAMINS ARE ALL NATURALS)

Sekian dulu, in shaa Allah saya akan sambung semula entry saya 'Bagaimana GBS boleh dikesan dengan lebih awal dan Apa pencegahannya'.

Moga ada manfaat untuk semua.....

====================

Ini pula pengalaman Maria sepanjang Hamil Trimester 1 untuk anak ke-3. Semoga bermanfaat untuk anda. 


Wassalam ~

Thanks for reading! :)

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com


019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top