Assalamualaikum,

Seorang sahabat saya ada menulis satu entri di blog dia. www.saufinoor.blogspot.com

Kisah ayahnya yang gigih.... Saya menarik dan rasa terpanggil nak share entri ini dengan anda semua. Just nak share, kalau kita berusaha, insya Allah rezeki tu pasti ada.

Tapi, kalau kita dok diam saja..... Rezeki pun tak nak datang kepada kita. Ini kisah yang ditulis oleh beliau.

Sama sama kita ambil iktibar.

Ayahku Seorang Yang Gigih 
 
Ayah saya seorang pesara guru.
Last position di PPD Kerian sebagai Penyelia Pembangunan.
Waktu berkhidmat dahulu, Ayah seorang yang sangat komited dengan kerja.
Dan kami sekeluarga sendiri dapat rasakan yang beliau sangat menyukai tugas yang disandang.
Walaupun sering kali keletihan, tapi Ayah Seorang Yang Gigih.
 
So bila dah pencen, Ayah terpaksa mula suaikan diri dengan suasana baru.
Duduk lepak di rumah tanpa ada sebarang aktiviti, amat membosankan Ayah.
Ayah mula cari aktiviti di luar.
Dan hasilnya........

Ayah berseluar biru sedang memantau aktiviti menggemburkan tanah

Ayah ada sebidang tanah warisan keluarga, di Kampung Kedah, Parit Buntar.
Tanah ni dah lama sangat terbiar.
So Ayah cadang nk usahakan jadi kebun sayur.
Kebetulan jumpa dengan seorang Bangla yang sudi nk kerja.

Sekarang tanah yang diusahakan baru 5" x 10"
Bangla tanam kangkung,bayam merah,bayam hijau dan sawi.
Mula-mula tanam ramai sangka macam tak hidup ja.
Tengok lah rumput dan semak sekeliling.

Tapi....minggu lepas dah mula tuai hasil.
Percaya atau tidak, tiap hari hasil yang di tuai tak kurang dari 20 kg !!!
Bayam,sawi dan kangkung sahaja.
Income harian sekitar rm30 - rm40.
Wow, itu baru yang sekangkang kera.
Kalau di buat bersungguh-sungguh,pastu lebih lumayam hasilnya.

Ayah hanya sekadar jual pada orang setempat.
Pagi jenguk sekejap dalam 30min.
Petang,sejam sebab orang dah mula datang nk beli.
Semakin hari semakin bertambah pelanggan yang datang.

Minggu ni dah mula jual borong pada pembekal di pasar Parit Buntar.
Alhamdulillah rezeki datang tanpa disangka.
Rezeki "berbakti pada tanah".....

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top