Assalamualaikum,

Sebentar tadi, saya menghadiri Majlis Bacaan Yasin di rumah saudara saya yang akan berangkat untuk menunaikan umrah pada esok hari.

Selesai majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat, saya bersembang dengan anaknya.

Saya bertanya kepadanya, "Tak teringin ka nak pi umrah?"

Beliau menjawab. "Insya Allah. Nak pi."

Saya berkongsi dengan beliau pengalaman bagaimana saya menunaikan umrah dan haji tempoh hari.

"Kalau teringin nak pi umrah, kena betul betul niat di hati. Misalnya, tahun ini 2013. Hang dah set dalam hati hang nak pi umrah tahun 2014. Niat betul betul dan doa hari hari kepada Allah. Jangan fikir bab duit. Percayalah, nanti Allah akan 'cukupkan' keperluan kewangan hang untuk ke sana."

"Aku cakap berdasarkan pengalaman aku pi umrah dan haji dulu. Bila niat di hati dan set bila nak pi. Alhamdulillah. Allah bagi rezeki melimpah ruah sampai berlebihan. Alhamdulillah. Allah mudahkan."

Inilah sedikit perkongsian pengalaman untuk anda semua. Jika terdetik di hati untuk melakukan umrah. Niat di hati. Setkan tarikhnya dan berdoalah kepada Allah. Insya Allah. Nanti Allah akan cukupkan keperluan kita untuk itu.

Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top