Assalamualaikum,

Asyik dok cerita business ajer blog ni. Dah 'terlari' matlamat asal mengapa saya buat blog ni.

Tapi, disebabkan Maria dah nak buat business. Saya perlu memberi sokongan moral dan ruang untuk Maria bertapak.

Kepada para pembaca yang tak berapa minat bab meniaga... Saya mohon maaf yer. Insya Allah, saya akan usaha untuk buat blog baru untuk biarkan Maria 'berdiri' sendiri atas blog dia nanti.


Budi Bicara

Hari ini, saya nak berkongsi pengalaman dengan para pembaca mengenai budi bicara.

Setiap hari, kita pasti berkomunikasi dengan orang lain. Setiap diantara kita berkerjaya. Dan bila berkerjaya, kita pasti mempunyai tanggungjawab masing masing.

Dan sudah pasti, setiap hari akan ada orang yang datang berjumpa dengan kita dan 'meminta pertolongan kita' untuk menyelesaikan masalah mereka.

Namun, apa yang saya perhatikan. Tidak ramai yang bersungguh sungguh dalam membantu orang lain.

Bantuan Dalam Ternakan Ayam

Untuk pengetahuan anda, terlalu ramai yang menghubungi saya dan bertanya pasal ternakan ayam daging. Jumlahnya bukan sedikit. Terlalu ramai.

Dan saya nak anda tahu, jika anda pernah hantar emel kepada saya dan saya tidak dapat menjawab soalan anda. Ia sama ada soalan itu sudah banyak kali ditanya dalam blog ini.

Mereka yang menghubungi saya, ada yang sudah membaca blog ini bahagian Ternakan Ayam secara keseluruhan. Dan ada juga yang langsung tidak baca, tiba tiba hantar emel dan bertanya macam macam.

Biasanya, saya akan jawab. Tolong baca blog ini keseluruhannya. Anda akan faham dengan lebih jelas mengenai ternakan ayam daging. Dan secara tidak langsung, ia akan menjawab persoalan yang terbuku di hati anda.

Kadang kadang, anda bertanya soalan terlalu banyak. Dan biasanya, saya tidak dapat nak jawab satu persatu soalan anda. Bagi memudahkan urusan saya, saya bagi anda nombor telefon untuk anda menghubungi saya.

Namun, tidak ramai yang menghubungi saya melalui telefon selepas mendapat nombor telefon daripada saya. Saya tidak tahu mengapa. Ada yang lebih best, lepas saya bagi nombor telefon. Dia pula bagi nombor telefon dia kepada saya. Minta saya hubungi dia.

Dunia betul betul terbalik........ Ada juga yang saya telefon balik. Ada juga yang saya tak telefon pun.....

Sebenarnya, saya suka bantu orang. Dan saya akan cuba sebaik mungkin membantu anda. Tapi, jika saya tidak dapat membantu seperti yang anda inginkan... Saya mohon maaf.

Budi Bicara

Saya rasa, sekarang ini sudah ramai di antara kita yang bergelar guru mendapat keputusan sama ada mereka dapat dipindahkan mengikut lokasi yang mereka mohonkan.

Ikhlas saya katakan.. Saya amat bersimpati dengan para guru. Mereka sebenarnya banyak berkorban. Ada di antara mereka yang terpaksa buat kelas tambahan pada waktu malam dan cuti sekolah untuk para pelajar mereka tanpa sebarang bayaran tambahan.

Kalau nak diikutkan pengorbanan guru. Memang banyak. Itu belum masuk mereka terpaksa menghadapi karenah birokrasi di sekolah dan karenah para pelajar yang pelbagai.

Dan, ada di antara guru yang dihantar bertugas jauh dari keluarga mereka.

Saya amat sedih.

Bahkan, kawan kawan saya sendiri ramai yang terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga mereka. Misalnya, suami kerja di sekolah di Pulau Pinang. Isteri kerja di sekolah di Kuala Lumpur.

Ada sahabat lain, suami di Kelana Jaya dan isteri di Parit Buntar.

Dan mereka ada membuat permohonan untuk bertukar ke tempat yang lebih dekat dengan keluarga mereka.

Namun.... Permohonan mereka ditolak.

Ada di antara sahabat saya yang terpaksa 'panjat' ke pejabat Menteri Besar untuk mendapat surat sokongan. Bila tiba di situ.... Mereka 'dikondem' seolah olah tak tahan cabaran.

Ini bukan masalah cabaran. Ini masalah keluarga. Apa yang lebih penting buat kita semua selain keluarga. Dan sebagai sebuah keluarga, pada pendapat saya kita perlu tinggal bersama.

Tapi, ramai sahabat saya yang terpaksa menjadi 'weekend husband'.

Dan banyak kos terpaksa dihabiskan untuk ulang alik dari Kuala Lumpur ke kampung halaman.

Dan ada antara mereka yang pergi ke Kementerian Pelajaran untuk membuat rayuan... Namun, banyak rayuan mereka tidak dilayan.

Bayangkan, ada yang memohon untuk dipindahkan kerana ingin menjaga ibu mereka yang sudah sakit tua. Dan jawapan daripada pihak berkuasa.

"Kalau susah susah sangat, bawa saja ibu kamu pindah ke tempat kamu".

Bayangkan, ada sekitar belasan ribu yang memohon untuk bertukar tempat kerja untuk lebih dekat bersama keluarga.

Takkan tak ada yang boleh bertukar sesama sendiri. Tapi, keputusannya amat menduka citakan. Hanya seribu lebih yang mendapat bertukar. Yang lain, mereka terpaksa bertahan setahun lagi sebelum boleh merayu semula.

Nasihat Saya

Saya sebenarnya ingin menasihatkan kita semua termasuk diri saya sendiri agar kita lebih prihatin dalam memudahkan orang lain apabila mereka memohon pertolongan kita.

Setiap kita ada tanggung jawab. Setiap kita ada kerjaya. Cubalah sedaya mampu untuk membantu orang lain dalam memenuhi impian mereka.

Jika kita membantu memudahkan urusan orang lain. Yakinlah.. Allah akan membantu kita dengan memudahkan urusan kita. That's the law....

Jika ada yang memohon pertolongan kita.... Bantulah mereka seadanya... Semoga usaha kita ini dinilai Allah dan sebagai balasan... Allah akan memudahkan urusan kita... Percayalah...

Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top