Assalamualaikum,

Setelah saya berjaya menyelesaikan masalah 'square 4 segi' reban ayam tu. Kerja kerja menaikkan tiang bermula.

Memandangkan ini kali pertama saya membina reban konkrit. Benda yang sepatutnya hanya mengambil masa 3 hari. Saya lakukan dalam seminggu. Tak pa lah, nak buat macam mana. Kalau saya dirikan tiang tak betul. Banyak masalah lain akan timbul nanti.

Saya berpesan kepada para pekerja. Buat elok elok. Biar lambat sikit tak pa. Yang penting, reban ni mesti 'perfect'. 

Tiang tiang mula didirikan
Baru beberapa tiang dinaikkan. Saya detect satu kesalahan. Tiang di tanam terlalu dalam. Kesannya nanti reban akan jadi rendah nanti. Para pekerja saya terpaksa memperbetulkan kembali tiang tiang yang sudah ditanam. Syukur, masih belum dituang konkrit.
Dalam proses mengorek lubang untuk ditanam tiang
Satu barisan tiang yang lurus.
Tiang sebelah tepi kiri dan kanan sudah siap. Hanya tiang dibahagian tengah yang belum di buat.
Keempat empat barisan tiang siap didirikan
Tiang yang sudah siap dituang konkrit. Sekarang, tiang sudah tak boleh diubah lagi.
Dalam kekalutan mendirikan tiang. Saya mempersiapkan kuda kuda yang menggunakan besi.
Satu kuda kuda sudah siap. Yang lain bakal menyusul nanti.
Lantai bawah simen. Perlu dilapit dengan bahan khas untuk mengelak air dari terserap ke atas.
Kerja kerja membuat level lantai. Bukan mudah nak buat level untuk kawasan seluas 360' x 50'.
Di tambah dengan keadaan hujan semasa membuat kerja kerja ini. Semuanya amat mencabar buat saya.
Besi BRC yang digunakan untuk kawasan lantai
Semua tiang dah siap. Lantai sudah siap. Besi BRC sudah dibubuh. Tugas seterusnya ialah menuang konkrit di atas lantai reban.



Alhamdulillah. Setakat ini. Allah permudahkan urusan saya.

Tunggu. Entri selepas ini akan menunjukkan cabaran besar buat saya dalam membina reban ini. Tahap tawakkal tertinggi saya kepada Allah. Sesuatu yang benar benar mencabar iman saya dalam berharap kepada Allah.

Insya Allah. Wassalam

6 ulasan:

  1. Assalamualikum Tuan,

    Ukuran 360'x50'x setingkat ni boleh memuatkan brape ekor ayam?

    tq

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Berdasarkan pembacaan dari posting-posting tuan haji yang sebelum ni, setiap kaki persegi akan menempatkan seekor ayam.. maka jika 360x50 = 18,000kps iaitu 18,000 ekor.

    Harap betul la pemahaman saya ni.

    Rgds

    BalasPadam
  3. 18,000kps / 0.8 = 22500 ekor
    18,000kps / 0.7 = 24000 ekor

    kemasukan ayam selalunya berdasarkan sasaran berat ayam waktu jual.
    nak ayam berat(2.3kg++) masuk sikit
    nak ayam berat (2kg++)boleh masuk banyak sikit.

    kadang2 terpulang kepada sistem intergrator.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tuan Haji,

    Terima kasih banyak2 tuan haji. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas ilmu yang telah dicurahkan.

    Teruskan berkongsi ilmu pembuatan reban ayam cara tuan haji ya.

    Kalau saya ingin mendapatkan khidmat tuan haji untuk membina reban saya di Melaka bagaimana ya?

    Dah dekat dengan rumah mak mertua tuan haji tu.. :)

    Moga Allah permudahkan segala urusan kita.. Insya Allah

    BalasPadam
  5. Assalam,

    Semuga sehat sejahtera di samping keluarga.

    Semuga apa yang di lakukan diberkati dan dipermudahkan Allah.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top