Bina Reban - Part 5 - Kerja Bersambung

Assalamualaikum,

Seperti yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini, jalan masuk ke tapak projek rosak teruk. Orang kampung sudah mula bising kepada saya. Ada ura ura, kes ini sudahpun dilaporkan kepada Pejabat Daerah Kuala Kangsar.

Saya menghubungi tuan reban. Memaklumkan situasi di sini.Saya menceritakan keadaan jalan yang rosak teruk. Untuk makluman, mengikut perjanjian jalan masuk adalah tanggungjawab tuan reban. Saya sebagai kontraktor hanya bertanggung jawab atas pembinaan reban ayam sahaja.

 Namun, saya tak mahu 'membebankan' minda tuan reban. Ini kerana beliau akan pergi menunaikan umrah dalam masa yang terdekat. Beliau meminta saya melakukan apa yang perlu untuk memperbaiki keadaan di sini.

Dalam hati saya terdetik, "Tak palah, biarlah aku yang uruskan masalah di sini.Aku dibayar untuk 'sakit kepala' ini. Lagipun, tuan reban nak menunaikan Umrah. Aku tak mahu susahkan hati mereka"

Dengan persetujuan tuan reban, saya mula menempah beberapa lori batu kasaran untuk memperbaiki jalan yang rosak.

Tujuannya, yang pertama tuan reban perlu memperbaiki jalan kembali bagi mengelak orang kampung bising lagi kuat. Yang kedua, jalan tu perlu diperbaiki sebab lori simen saya perlu masuk sekali lagi untuk menyiapkan lantai yang belum siap. Yang ketiga, tuan reban akan menggunakan jalan yang sama untuk lori ayam keluar masuk nanti.

Maka, jalan ini perlu diperbaiki.

Saya cuba memperbaiki jalan ini dengan seminimum kos yang mungkin untuk tidak membebankan tuan reban.
Lori batu kasaran mula menghantar batu untuk memperbaiki jalan
Para pekerja terpaksa meratakan batu yang dibuang. Jumlah keseluruhan, ada sekitar 10 lori batu kasaran yang saya gunakan untuk memperbaiki jalan yang rosak. Dari jalan masuk sehinggalah jalan ke dalam reban.

Sementara menunggu hari untuk lori simen datang kembali ke tapak reban, saya menyuruh para pekerja saya untuk mempersiapkan kuda kuda di reban ini.
Kuda kuda dibuat mengikut acuan yang telah disediakan.
Para pekerja bertungkus lumus untuk menyiapkan kuda kuda ini
Dalam masa yang sama, saya turut menempah lori simen gred 35 untuk memperbaiki jalan yang rosak.
Kalau diperhatikan, keadaan cuaca pada masa ini amat tidak menentu. Kebiasaannya cuaca panas dari pagi sehingga jam 3 petang. Dan pada waktu petang pula selalu hujan.

Saya tiada pilihan. Saya terpaksa juga menempah kren dan simen untuk meneruskan kerja kerja di sini.Dan semuanya dilakukan seminggu lebih awal.

Sepanjang tempoh seminggu ini, saya berdoa kepada Allah agar Allah mempermudahkan urusan saya pada hari itu.

Untuk segalanya berjalan lancar, saya perlu 'luck' untuk banyak perkara. Pertama, cuaca perlu baik sepanjang hari. Kedua, lori simen perlu datang secara berperingkat dan konsisten. Ketiga, kren perlu berfungsi dengan baik.Keempat lori tak boleh terbenam di jalan masuk ke reban.

Maka, doa saya tak henti henti kepada Allah memohon dipermudahkan segala urusan pada hari itu.Perasaan saya bercampur hari ini. Ada rasa teruja kerana kerja boleh disambung. Ada rasa cuak, takut pelbagai masalah yang tak tahu yang mana yang akan kunjung tiba.

Sehari sebelum hari yang dijanjikan, hujan disebelah malam di tapak projek. Hujan hanya berhenti sekitar jam 2 pagi. Saya bertawakkal kepada Allah. Apa pun yang berlaku, kerja perlu diteruskan hari ini.

Pada hari yang dijanjikan, kren mula tiba di tapak. Saya rasa cuak kerana bila kren lalu di tapak projek, jalan di tapak nampak lembut. Aduh. Ini baru satu lori yang lalu. Banyak lagi yang akan lalu. Tak tahu lah apa yang akan jadi di tapak tu hari tu.

Semoga Allah membantu.

Kren yang mula masuk ke tapak. Bila kren lalu, jalan di tapak projek sudah mula rosak. Aduh.
Lori simen mula tiba. Kerja kerja meratakan simen diteruskan.
Lori ketiga masuk, tayar terbenam ke dalam tanah. Tapi kali ini saya lebih bersedia. Saya dah tempah back hoe untuk parking di tapak reban untuk memperbaiki jalan dan menolak lori yang tersangkut macam kes ini.Alhamdulillah. Ada back hoe ni banyak membantu.
Pada sebelah pagi, cuaca agak sedikit mendung. Kadang kadang ada sedikit hujan renyai. Namun, kerja dapat diteruskan.
Jam 3 petang,hujan turun dengan begitu lebat di tapak projek. Sedangkan masih banyak lagi simen yang belum disiapkan. Saya tiada pilihan.

Dalam hati saya terdetik, "Ya Allah, aku mohon kepada Mu cuaca yang baik hari ini.Tapi, hujan pulak petang ni.Tapi aku tak kisah ya Allah. Aku ada doa kepada Mu, apa pun yang berlaku hari ni. Bagilah kerja aku siap hari ini"

Jam 6.30 petang. Semua kerja siap. Syukur Alhamdulillah.
Selesai semua kerja.Saya sujud syukur kepada Allah kerana Allah siapkan juga tugasan saya hari ni.

Alhamdulillah. Selepas ini, kerja kerja lain boleh bersambung.

Wassalam

COMMENTS

BLOGGER: 4
  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Semoga terus berusaha tuan. Jangan putus asa. Jalan masuk ke reban tu kegunaan bersama. Nak tak nak wajib dipulihkan keasal

    UMM BARAQAH RESOURCES
    http://kambinghalal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ya Allah engkau mudahkanlah kerja Firdaus.

    Teruskanlan bekerja. Kami setiap hari mendoakan dan solat hajat untuk anda, walaupun anda tidak kenal kami. Doa kami semoga anda menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf.

    Harapan dari kami, jgn lupakan kami di dalam doa anda.

    ReplyDelete
  3. Semoga tuan Haji lagi tabah dan bersedia menghadapi ujian yang Allah turunkan.

    Lagipun susah nak dapatkan pengalaman macam tuan haji ni.

    Insya Allah, dipermudahkan segala urusan untuk kita mendapat yang Terbaik dari Nya.

    ReplyDelete
  4. As salam

    semoga dipermudahkan

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,4,Aidilfitri,6,Aidilfitri 2020,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Aktifkan Keahlian Shaklee,1,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,3,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Atasi Nyanyuk,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Food,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,2,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,15,Biozone,6,Biozone Food Purifier,6,Birthday,1,Bisnes,2,Bisnes Shaklee,24,BLNC,2,Bomoh Patah Selama Perak,1,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,15,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,49,Business Opportunity,169,Business Shaklee,18,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Carotomax,1,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,2,CoQ10,2,COQHealth,1,COQTrol,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,4,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,4,Dialisis,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,Enfuselle,1,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,1,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,9,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,56,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,3,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hamil Dengan Shaklee,1,Hari Raya,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,4,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interior Design,1,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,5,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelebihan Ahli Shaklee,3,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,4,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Kereta Sewa Baling,1,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Konsultan Reban Ayam,4,Kontraktor Reban Ayam,5,Korban,1,Krabi,2,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,2,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1683,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Lelaki Buat Bisnes Shaklee,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,2,Maria Firdaus Empire,7,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,7,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,12,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,67,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,26,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,12,MFMS Empire,51,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,7,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Nutriwhite,1,Offline Coaching,2,Omega-3,6,OmegaGuard,17,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,136,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kapar,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Klang,1,Pengedar Shaklee Meru,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,1,Pengedar Shaklee Port Klang,1,Pengedar Shaklee Terbaik,1,Pengedar ShakleeTeluk Pulai,1,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,1,Penyakit 3 Serangkai,2,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,1,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,116,Produk Tradisional Bahaya,2,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,20,Projek SPA,15,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,1,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Reban Ayam Tertutup,1,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,Reunion MRSM Taiping,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,2,Saintis Shaklee,1,Sakit Buah Pinggang,2,Sakit Jantung,4,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,5,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,3,Set Hamil Shaklee,1,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,12,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,2,Set Kesuburan,2,Set Kesuburan Shaklee,3,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,1,Set Kurus Shaklee,1,Set Lutut,1,Set Mengandung,4,Set Menyusu,15,Set Menyusu Shaklee,2,Set Minda Shaklee,1,Set Ramadan Shaklee,3,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,1,Set Sistem Imun,2,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,4,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,1,Shaklee Berkesan,3,Shaklee Business,35,Shaklee Business Leaders Conference,1,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Effects,8,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,21,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,1,Shaklee Japan Trip 2017,6,Shaklee Kids,1,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Murah,1,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,1,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,1,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Rewards,51,Shaklee Selamat,4,Shaklee Semulajadi,3,Shaklee Skincare,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Buah Pinggang,1,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,Skincare,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Stroke,2,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,5,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Tazkirah,168,Ternakan Ayam,310,Testimoni,6,Testimoni Buah Pinggang Rosak,1,Testimoni NECK,3,Testimony Alzheimer,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Nyanyuk,1,Testimony Pesakit Buah Pinggang,1,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,2,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,1,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,2,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,5,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,1,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,108,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,6,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,23,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vit E,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,4,Vitalea for Children,1,Vitalea for Kids,1,Vitamin C,6,Vitamin E,1,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vivix,17,Vivix Shaklee,2,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Womens Health Set,1,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,2,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Bina Reban - Part 5 - Kerja Bersambung
Bina Reban - Part 5 - Kerja Bersambung
https://4.bp.blogspot.com/-R7VA0Sk_krI/T6-_OxMXQYI/AAAAAAAAF80/1Zf45sgl-LA/s320/55.JPG
https://4.bp.blogspot.com/-R7VA0Sk_krI/T6-_OxMXQYI/AAAAAAAAF80/1Zf45sgl-LA/s72-c/55.JPG
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/05/bina-reban-part-5-kerja-bersambung.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/05/bina-reban-part-5-kerja-bersambung.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy