Assalamualaikum,

Ibadah saya yang seterusnya adalah Tawaf Dan Saie Haji.

Alhamdulillah, saya sudah selesai bercukur.

Selesai bercukur, saya pulang ke hotel untuk mandi. Alhamdulillah, memandangkan saya sudah memperoleh Tahallul Awal. Saya tidak perlu lagi memakai kain ihram. Saya sudah boleh memakai pakaian biasa selepas ini.

Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Ibu bapa saya keletihan yang teramat sangat kerana berjalan jauh dari Khemah di Mina ke Jamrah (2.5km) dan Jamrah ke Masjidil Haram (4.5km). Mereka tidur di bilik kerana sudah tidak larat lagi untuk pergi Tawaf di Masjidil Haram.

Maria uzur dan tidak dapat tawaf pada waktu itu.

Maka saya terpaksa pergi tawaf seorang diri. Jam 4 pagi saya keluar dari hotel menuju ke Masjidil Haram keseorangan. Setiba di Masjid, saya terus ke dataran Kaabah untuk melakukan tawaf.

Alhamdulillah, pada waktu itu keadaan tidak terlalu padat. Ini kerana masih ramai lagi para jemaah yang berada di Mina. Dan ramai jemaah yang memilih untuk melakukan tawaf pada siang hari.

Alhamdulillah, urusan tawaf saya berjalan lancar walaupun orang ramai di datarang Kaabah. 7 pusingan Kaabah mengambil masa sekitar 1 jam sahaja. Selesai Tawaf, saya menunaikan Solat Subuh di Masjidil Haram.

Keadaan padat sebegini adalah pemandangan biasa pada hari 10,11,12 dan 13 Zulhijjah. Ini kerana para jemaah sentiasa memenuhi dataran Kaabah untuk melakukan ibadah Tawaf yang merupakan Rukun Haji yang perlu disempurnakan.

Selepas itu, saya pulang ke hotel. Saya sudah terlalu mengantuk kerana semalaman saya tidak dapat tidur.

Setiba di hotel, saya bertemu dengan Datuk Zainal. Pengerusi Zahafiz. Beliau menasihatkan mana mana jemaah yang sudah pulang ke Mekah untuk melakukan ibadah tawaf dalam kadar segera. Jangan menunggu sehingga waktu siang. Ini kerana selepas Waktu Dhuha, ratusan ribu jemaah haji akan datang ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf.

Selepas itu, saya pulang ke bilik untuk tidur.

Saya terus memaklumkan kepada ibu bapa saya untuk melakukan tawaf. Mereka yang masih tidur keletihan pada waktu itu 'terpaksa' bangun juga. Mereka perlu selesaikan ibadah Tawaf sebelum jam 9-10 pagi.

Kawasan Dataran Kaabah yang terlalu padat. Anda tidak akan menyaksikan kepadatan sebegini pada waktu lain. Ada jemaah yang terpaksa tawaf dalam keadaan 'terapung'. Mereka dihimpit dari tepi, kiri kanan, depan dan belakang sehingga terangkat dan kaki mereka tidak menjejak lantai masjid. Inilah suasana di dataran Kaabah pada waktu ini.

Alhamdulillah, semasa saya tawaf keadaan tidak sesak sebegini.

Ibu bapa saya keluar untuk ke Masjidil Haram untuk tawaf sekitar jam 8 pagi. Jika tidak, mereka akan 'bertembung' dengan ratusan ribu jemaah yang datang dari Mina untuk tawaf di Kaabah sekitar jam 10 pagi.

Jam 8 pagi, mereka pergi ke Masjidil Haram untuk melontar. Pada waktu itu, orang ramai sudah memenuhi dataran Kaabah untuk melakukan Tawaf rukun. Alhamdulillah, sekitar 1 jam setengah, urusan tawaf mereka selesai dan mereka pulang ke hotel untuk berehat.

Saya bangun sekitar jam 10 pagi untuk ke Masjidil Haram bagi melengkapkan ibadah Saie saya. Pada waktu ini, orang terlalu ramai di Masjidil Haram. Kawasan Tawaf sudah sesak. Pihak polis terpaksa mengawal agar tidak berlaku pertembungan antara jemaah.

Saya mula melakukan ibadah Saie. Dalam kesesakan orang ramai ini, Alhamdulillah. Saya dapat menyelesaikan urusan Saie ini dalam masa satu jam. Syukur, urusan saya ini dipermudahkan.

Pemandangan kawasan Saie di Masjidil Haram semasa saya melakukan ibadah Saie.

Saya bergambar semasa bersaie. Saya hanya berpakaian biasa pada waktu ini untuk bersaie.

Selesai urusan Tawaf dan Saie. Maka saya sudahpun memperoleh Tahallul Thani. Maka saya sudah bebas daripada keseluruhan pantang larang ihram.

Jika anda bertanya saya, adakah saya penat ketika ini. Jawapannya. Ya. Penat dan terlalu penat. Total perjalanan saya berjalan kaki sejak malam tadi adalah seperti berikut:

1) Mina ke Jamrah (2.5km)
2) Jamrah ke Masjidil Haram (4.5km)
3) Tawaf (1km)
4) Saie (3.5km)
5) Perjalanan ulang alik hotel ke Masjidil Haram 3 kali ( 2.1km)

Memang memenatkan. Dalam keadaan tidak mendapat tidur yang cukup.

Perlu diingat, pada sebelah malam kami para jemaah perlu ke tempat Jamrah kembali untuk Mabit di Mina pada 12 Zulhijjah pula. Berjalan kaki lagi mendaki bukit 4.5km.

Inilah sebabnya, jika anda tidak mempunyai keadaan fizikal yang baik. Lebih baik anda tidak melakukan perjalanan haji seperti saya. Anda boleh memilih aturan lain yang kurang berjalan kaki.

Wassalam

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Sy ingin berkongsi pengalaman iaitu sy dan suami memilih utk terus stay kt Mina sehingga habis melontar ketiga2 jamrah then br balik ke Mekah utk selesaikan Tawaf Ifadah dan Saie. Alhamdulillah.. Allah telah permudahkan semua urusan haji..Wassalam.

    BalasPadam
  2. Salam Hajjah Yati.

    Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan kita. Syukur pada Nya. Ada sahabat sy yg tawaf dan saienya mengambil masa 7 jam.

    Allah uji setiap org berbeza beza.

    Wassaalam

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top