Assalamualaikum,

Saya terkejut. Saya benar benar terkejut. Bagaimana pada hari ke -4 kutipan dana untuk membawa Ustazah Arbakyah menunaikan Umrah, kutipannya melebihi RM1000. Saya menjangkakan kutipan ini akan berkurangan kerana hampir semua pembaca blog saya sudah pun menderma.

Persoalannya, di mana datangnya duit yang tiba tiba semakin banyak masuk ke akaun maybank saya.

Saya terfikir.

Dan saya mendapat jawapannya. Rupa rupanya, ada sahabat yang membaca blog ini yang copy dan paste entri Lambaian Kaabah I di blog mereka.

Kesannnya, perkara ini tersebar semakin jauh.

Sekarang saya bersyukur campur takut. Jumlah kutipannya telah mencecah RM4650. Sehingga hari ini 29 Mac 2012, jam 9:23 malam.

Sudahpun melebihi daripada apa yang saya jangkakan.

Namun, mereka yang membaca cerita ini dari blog blog lain tidak mengetahui bahawa jumlah ini sudah mencukupi.

Saya memohon jasa baik, kepada mereka yang copy dan paste entri itu diblog mereka. Tolong maklumkan pembaca blog mereka bahawa jumlah ini sudahpun mencukupi.

Dan insya Allah, wang lebihan yang anda sumbangkan akan saya berikan kepada beliau untuk digunakan di sana nanti.

Namun pada pandangan saya, saya rasa lebih baik kita tutup kutipan dana ini sekarang. Lebih baik, jika kita simpan duit kita untuk projek projek lain akan datang.

Insya Allah. Banyak lagi projek projek lain yang boleh kita lakukan pada masa hadapan.

Apa pandangan anda semua?

Wassalam

6 ulasan:

  1. Salam En Firdaus,

    Semoga sumbangan saya yg tak seberapa ini masih sempat lagi dipanjangkan kepada Ustazah Arbakyah.....

    Sridelima - RM50

    BalasPadam
  2. Setuju. Semoga Firdaus sekeluarga di rahmati Allah & usaha murni anda ini & rakan2 sekalian dapat diteruskan untuk membantu insan lain yg perlukan bantuan.

    BalasPadam
  3. Semoga lepas ini ada lagi projek berjemaah seperti ini lagi..Seronok rasanya dapat buat perkara mcm ni...Alhamdulillah.

    Rezeki Allah kita memang tak sangkakan?Tanpa sedar, kita dapat lebih dari yang diminta...Allahuakbar..mungkin terdapat ramai silent reader dalam blog ni...tu yang Haji tak tahu dan tak sedar...dan mereka juga turut sebarkan pula di blog dan FB mereka..maka makin meluas perkara baik ini disebarkan...Alhamdulillah rezeki Ustazah Arbakyah...

    BalasPadam
  4. En Firdaus, sy menderma RM50 untuk perbelanjaan ustazah ketika berada di tanah suci Makkah & Madinah.

    BalasPadam
  5. Assalam,

    semuga dalam rahmat Allah hendaknya.

    Bank in RM200 31st March 9.14am (from Negeri Abode of Peace melalui Miri, Sarawak)

    Semuga diberkati Allah.

    Jazakaullah

    BalasPadam
  6. salam untuk en firdaus. kalau ada lagi projek mcm ni beritahu dalam bloq tuan. saya akan cuba membantu semampu saya

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top