Assalamualaikum,

Jumlah kutipan pada hari ini 28 Mac 2012 adalah RM540.

Jumlah keseluruhan kutipan terkini adalah RM3,520.

Syukur Alhamdulillah.

Nampaknya, sasaran untuk mencapai RM4500 semakin hampir. Pada pandangan saya, saya mungkin akan menutup kutipan ini apabila ia hampir mencecah RM4000. Baki itu, biar lah saya yang sumbangkan.

Saya takut sumbangan anda terlebih dari sasaran, nanti di mana saya nak letak duit itu. Ini kerana tujuan kutipan kita kali ini adalah semata mata untuk membawa Ustazah Arbakyah menunaikan umrah. Bukan niat yang lain.

Maka, jumlah yang masih diperlukan adalah sekitar RM480 bagi mencukupkan jumlah kutipan RM4000. Baki selebihnya, biarlah saya yang sumbangkan.

Kutipan pada hari ini berjumlah RM480.

Jika anda bertanya saya, ikhlas saya katakan saya tak menyangka yang jumlah kutipan hampir mencecah RM4000. Saya pada awalnya menjangkakan jumlahnya hanya sekitar RM2000.

Namun, Alhamdulillah. Allah mudahkan niat kita semua. Apabila setiap dari kita menyumbang sedikit, bila dikumpulkan tak disangka ia mampu membawa seorang ustazah ke Umrah.

Hari ni Ustazah Arbakyah datang ke rumah saya untuk tujuan pergi cucuk vaksin di klinik. Namun, saya tak dapat nak ambil gambar ustazah.

Insya Allah, nanti kalau ada kelapangan akan saya dapatkan gambar ustazah untuk dikongsi bersama anda semua.

Wassalam.

5 comments:

  1. salam firdaus,
    i'm honestly touched by your gesture. inshaAllah i will share this in my blog, moga lebih ramai yg mahu memberi sumbangan. jgnlah tutup awal sgt. kalau dpt kutip lebih pun takpe kan, boleh ustazah guna buat belanja di tanah suci.

    ReplyDelete
  2. saya setuju...if nak tutup smpai rm4k pun, takpe..tp untuk pakej umrah je...if selebihnya itu, boleh dia gunakan untuk perbelanjaan di sana...semoga sama-sama kita dapat manfaat darinya...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. salam...tlg bagi email, nak melabur jugak, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. Assalam,

    Saya cuma dapat bank in melalui Miri, Sarawak sabtu ini.

    Sekira nya sasaran tercapai, duit yg di kirim sabtu ini buat ustzah, bolehlah digunakan untuk perbelanjaan beliau atau boleh beliau beli Quran buat waqaf.

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Sumbangan saya RM130.00 via transfer account as at 11:44am on 29/03/2012.

    Semoga dipermudahkan. Amin!

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top