Assalamualaikum,

Kutipan untuk hari ini iaitu pada 27 Mac 2012 adalah RM1800.

Jumlah terkini sehingga jam 9.31pm adalah RM1800+RM1180= RM2980

Kepada yang menyumbang, jutaan terima kasih saya ucapkan.

Ada yang bertanya, bila kutipan ini akan ditutup, ia akan ditutup apabila dana yang diperlukan iaitu RM4500 mencukupi atau pun tarikh Ustazah berangkat sudah tiba. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya akan menambah sekiranya masih ada kekurangan daripada jumlah yang terkumpul.

Apabila mak saya berjumpa dengan Ustazah Arbakyah, riak muka Ustazah amat ceria. Dan sekarang ini Ustazah sedang membiasakan diri untuk membaca doa-doa di Tanah Suci nanti. Maklumlah, inilah kali pertama untuk ustazah naik kapal terbang. Dan kali pertama ke Tanah Suci.

Saya tak dapat bayangkan betapa besarnya pahala tuan tuan yang menggembirakan hati seorang Ustazah yang betul betul berhajat untuk pergi melihat Kaabah dengan mata sendiri.

Hari ini anda menggembirakan hati ustazah, yakinlah, pasti dan pasti esok lusa Allah akan menggembirakan anda pula. Ingat janji Allah, tidak akan miskin orang yang bersedekah. Jadi, jangan takut untuk bersedekah.

Saya sebenarnya nak menceritakan satu cerita pengalaman hidup saya kepada anda selepas balik menunaikan haji berkaitan amalan sedekah. Allah memberi saya 'merasai' nikmat bersedekah. Dan saya rasa seronok dapat bersedekah setiap hari. Dan seperti yang saya ceritakan tempoh hari, Allah akan menggantikan apa yang telah kita belanjakan. Dan Allah membayar 'cash' kepada saya.

Wang perbelanjaan saya dan Maria menunaikan haji sebanyak RM50,000 untuk dua orang sudahpun 'digantikan' Allah.

Memandangkan cerita ini panjang, saya sedang memikirkan cara terbaik untuk menceritakan kepada anda. Insya Allah. Nantikan....

Semoga kita semakin hampir kepada Nya.

Wassalam

3 comments:

  1. salam mf sefamili n warga mfuad.alhamdulillah dah bertambah wang tersebut. tidak sabar nak baca entri seterusnya...

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    semuga semua yang menyumbang dalam redha Allah.

    Sebak dengan keikhlasan dari mereka mereka yang menyumbang.

    semuga pemergian umrah mereka di permudahkan Allah dan di limpahkan rahmat.

    ReplyDelete
  3. Hello,
    Anda boleh menukar pautan blog saya?
    http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
    Berterima kasih banyak

    Alisha

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top