Assalamualaikum,

Tahjud

Jam handphone saya berbunyi tepat jam 5.30 pagi. Setiap hari. Memang saya sudah setkan ia begitu. Inilah waktu saya bangun setiap hari.

5 minit diperlukan untuk bersiap sedia sebelum menunaikan solat Tahjud. Ia masa untuk ke tandas, menggosok gigi dan membersihkan diri.

Tepat jam 5.35 pagi, saya sudah berada di atas tikar sejadah. Inilah rutin saya setiap hari selepas pulang dari menunaikan haji sejak 4 bulan lalu.

Alhamdulillah. Allah bagi hidayah kepada saya.

Alhamdulillah. Allah bagi kekuatan kepada saya.

Setiap pagi, saya bangun dan berdoa kepada Allah. Memohon keampunan buat diri saya sekeluarga. Buat ibu bapa. Memohon dimurahkan rezeki. Dan memohon dipermudahkan segala urusan saya buat hari itu.

Selepas solat tahjud, terus saya berdoa kepada Allah. Berdoa. Berdoa dan terus berdoa agar diberikan saya kebaikan hidup didunia dan diakhirat. Ia doa yang saya ulang setiap hari. Doa yang sama. Dan terus dipohon kepada Allah tanpa rasa jemu.

Jika anda bertanya mengapa saya melakukan tahjud setiap malam?

Jawapannya. Saya lakukan semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah.

Saya perlu mencari 'perhatian' Allah. Saya perlu 'berhubung' dengan Allah. Saya perlu ada rasa 'pengharapan' kepada Allah. Saya mahu hubungan yang saya 'bina' sejak menunaikan haji terus dipelihara.

Allah SWT sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.

Allah SWT turun ke langit dunia ketika 1/3 malam masih tersisa dan Allah menyeru: “Adakah antara hambaKu yang berdoa kepadaKu, supaya aku mengabulkan permintaannya? Adakah antara hambaKu yang meminta ampun kepadaKu, supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hambaKu yang meminta kepadaKu, supaya Aku memenuhinya? (Terjemahan dari hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Ia jelas. Ia waktu yang amat mustajab untuk kita memohon apa sahaja daripada Allah.

Nak mohon ampun, nak bertaubat. Mahukan apa sahaja. Inilah masanya.

Namun, kita selalu terlupa. Begitulah saya sebelum menunaikan haji.

Solat Tahjud terasa amat sukar. Alhamdulillah. Allah hilangkan perasaan 'sukar' dalam diri saya buat masa ini. Jika boleh, saya mahu teruskan begini. Sampai bila. Kalau boleh, biarlah sampai saya mati.

Terlupa

Jam 6.00 pagi, saya terpandang jam.

Subhanallah. Hari ini hari Khamis.

Aduh... Saya patut berpuasa hari ini. Macam mana saya boleh lupa nak bersahur.

Masa semakin suntuk. Waktu Subuh sekitar 6.10 pagi.

Dengan pantas, saya terus meminum air beberapa kali. Dan sedikit spirulina untuk memberi tenaga.

Terus saya berdoa.

"Ya Allah, aku lupa nak bersahur hari ini. Tapi aku nak puasa ya Allah. Aku puasa semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Bantulah aku untuk berpuasa hari ini. Berikan kekuatan agar aku dapat bertahan hari ini."

Tidak lama selepas itu, solat Subuh berkumandang. Saya terus menuju ke Surau untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Saya selalu teringat kata kata Ustaz Shamsuri dalam salah satu dari kuliah beliau.

"Solat Sunat sebelum Subuh dan diikuti dengan Solat Subuh secara berjemaah adalah lebih baik dari dunia dan seisinya."

Dan Solat Subuh berjemaah diberikan ganjaran pahala seperti beribadah solat sunat sepanjang malam.

Apa lagi yang lebih hebat dari ini. Allah menawarkan 'pahala' percuma kepada kita. Hanya menanti kita untuk merebutnya. Biar saya betulkan. Tak perlu berebut pun, sebab tak ramai pun yang mahukannya. Hanya insan insan terpilih sahaja yang sanggup bermujahadah untuk tujuan ini. Semoga, kita termasuk dalam golongan yang terpilih ini.

Apabila dilihat kepada jadual saya hari ini. Saya kaget.

Saya tidak bersahur. Hanya sempat minum air sahaja.

Namun, jadual kerja saya padat sepanjang hari ini.

Bermula di awal pagi, perlu ke reban ayam saya untuk memberikan tugas kepada pekerja saya.

Kemudian, saya perlu ke klinik bagi menguruskan FOMEMA pekerja saya. Dan selepas itu, perlu ke Imigresen Seberang Jaya. Di sana, saya perlu ke Seberang Jaya Center untuk membuat bank draf. Kemudian kembali ke Imigresen.

Seterusnya, pandu kereta kembali sekitar jam 3 petang untuk pulang terus ke reban ayam. Hari ini ayam saya mula dijual. Maka, saya perlu mengawasi setiap lori yang keluar masuk ke reban.

Saya perlu membantu pekerja 'melambung' bakul naik ke atas lori. Memandangkan hari ini jualan sebanyak 4 lori, ia bermula sekitar jam 3 petang dan akan berakhir sekitar 8 malam.

Subhanallah.

Saya perlu ada 'tenaga tambahan' untuk melakukan ini semua. Semuanya saya serahkan kepada Allah. Dan Alhamdulillah.

Saya tahu, ada sebuah hadis yang jelas mengatakan doa orang yang berpuasa itu akan dimakbulkan Allah. Dari mula dia berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa.

Maka, sepanjang hari. Saya memperbanyakkan doa kepada Allah. Saya tahu. Doa saya didengar Allah waktu ini. Dan saya amat yakin. Maka, saya perlu lebih banyak berdoa berbanding waktu waktu lain.

Dan Alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan. Saya berjaya menghabiskan puasa. Syukur Alhamdulillah.

Saya berjaya melalui hari yang padat ini dengan bantuan Allah. Terasa segala urusan dipermudahkan Nya.

Tiada nasihat dari saya untuk para pembaca hari ini. Cumanya, saya mahu kita semua berfikir. Apakah ilmu yang kita tahu, dan kemudian kita beramal bersungguh sungguh dengan ilmu itu?

Jika tidak, maka termasuklah kita dalam golongan orang yang berilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.

Semoga Allah menerima amal ibadah saya. Semoga saya semakin hampir kepada Nya. Semoga saya diambil nyawa oleh Allah dalam keadaan saya berpuasa kepada Nya. Dan yang lebih penting, semoga saya dapat istiqamah dengan amalan yang tidak seberapa ini.

Wassalam

3 ulasan:

  1. As salam. i was blog hopping when i came across ur blog. such an interesting post.
    hidup in perlu banyak redha dan banyak berserah. since awal muharram, i have been fasting every mondays and thursdays. being a woman, ada jugak hari i saya tak dpt puasa. also due to certain function that i got to attend, terpaksa lah saya ganti puasa tu to another day like tues or wed or even friday. the obj is, at least i fast 2 days in a week. mulaX2 tu mmg berat. tapi bila dah lama buat, dah jadi sebati. to the extent, saya cuma bersahur dgn air putih sahaja. try perbanyak kan zikir dlm amalan harian. also amalkan zikir daim, yakni zikir yg berterusan. insyaAllah, you will feel much more closer to him, for you are chanting HIS name non-stop.

    BalasPadam
  2. reentnnUAssalam,

    Semuga dalam kasih sayang Allah hendaknya di samping keluarga tersayang.

    Masya Allah! Allahu Akbar!!

    Semuga Allah beri taufiq dan hidayah kepada kita semua untuk istiqamah beribadat semata mata kerana NYA hingga akhir hayat. Amin

    Semuga tuan haji dan keluarga dalam redha dan rahmat Allah. Amin

    Jazakaullahukhairan kathira'

    BalasPadam
  3. Salam Maria Firdaus,

    dahulunya alasan sy tidak berpuasa sunat isnin n kamis adalah kerna tiada nasi dan lauk yg disediakan isteri sy. kebiasaan dia bgn dan masak utk sy. bila dia lupa sy pon tidak akan berpuasa. tetapi selepas sy membaca (tidak ingat dimana) kita ni slalu memberi alasan semata2 utk tidak berpuasa. sewaktu sy di madinah sy melihat seorg syeikh dr iran(pakai jubah koko). sebelum masok suboh dia akan mkn kurma(sempat jugak dia hulurkan kpd sy) dan air zam2 shj. semenjak pulang apa sj yg ada sy akan mkn shj. Roti gardenia bersama telur pon okay.

    Wasalam.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top