Assalamualaikum,

Ada beberapa perkara yang ingin sy sampaikan kepada para pembaca:

1) Hari tu, sy tengok ada ramai yang mengirim doa kepada saya. Tapi, bila saya compile balik semua doa tu, sy rasa macam sikit pulak org yang kirim doa. Because of that, sy terpaksa cek balik email email yg sy dah terima berkaitan dengan kiriman doa di Mekah ni. Sy rasa sy mungkin ter'delete' secara tak sengaja emel emel yang kirim doa kepada sy. Mohon jutaan kemaafan. Sy tak tahu nak cari dah dimana emel emel ni. Skrg ni, sy tulis senarai pengirim doa kepada sy. Sekiranya tuan tuan dah emel, tapi nama tak tersenarai di bawah. Tolong emel sy balik kiriman doa tu dalam kadar segera. Sy berangkat ke KL hari Rabu. SO, emel segera sebelum malam Isnin.

1) Kamarul Azizi
2) Mohamad Salihin
3) Cikgu Razalan
4) Kak Munirah Zahafiz
5) En Ismail Zahafiz
6) Khairul
7) Syawal
8) Ridzwan
9) Lizrin
10) Tazli
11) Azri Izdan
12) Kamsani
13) Syakirah
14) Okaz
15) Nur Afzan
16) Haznul
17) Zaiton
18) Naim
19) Khadijah
20) Didi
21) Marina
22) Nadiah
23) Zulkarnain
24) Fatin
25) Riza
26) Azhar
27) Hanizam
28) Kasmie
29) Zuraida

TAMBAHAN NAMA BARU MASUK:

30) Nor Hasiba
31) Lutfee
32) Mai Hamid
33) Faiz Zaini
34) Haslijah
35) Suriati
36) Che Hasnan
37) Khairin
38) Aedi Hafriz
39) Nur Hakim
40) Hafiz Halim ( Kenaper tulis doa tak betul, kalau saya baca doa tu, alamat sy la yg kawan dengan perempuan tu. Marah Maria nanti )
41) Barie
42) Ainul Mardhiah


2) Pagi tadi, masa tengah compile doa doa ni sebanyak 26 muka surat, sy cakap kat mak sy. "Mak, kalau Daus baca semua org ni, Daus tak payah dah la baca doa untuk diri sendiri" Mak sy terus cakap, "Org doa utk diri sendiri dulu, baru doa untuk org lain". Saya pun terus cakap kepada emak saya "Mak, bila Daus baca doa untuk org lain sekali, para malaikat yang beribu ribu jumlahnya akan membaca doa yang sama kepada Daus 10 kali. Dan doa para malaikat jauh lebih afdhal dan lebih mudah diperkenankan oleh Allah dari doa yang kita baca. Jadi, bila Daus baca doa untuk para sahabat. Doa tu sebenarnya refleks kepada diri sendiri. Cumanya, doa tu didoakan oleh para malaikat."

Sebab itulah, sy betul betul merayu kepada para sahabat utk mengirim doa untuk saya baca disetiap tempat yang mustajab disana. Bila sy mendoakan tuan tuan. Maksudnya sy mendoakan diri sy sendiri. Sy berharap, bila sy balik Malaysia nanti, sy dah mampu menghafal segala niat niat tuan tuan. Dan moga sy dapat terus berdoa untuk Tuan tuan semua.

Itulah indahnya Islam.... Kita akan dapat lebih dari apa yang kita bagi. Tapi biasanya kita sebagai manusia berasa berat untuk 'memberi'. Moga apa yg sy sampaikan ni menjadi pengajaran kepada kita semua. ERTI HIDUP PADA MEMBERI. (Di pinjam dari www.saifulislam.com )

3) Sekarang sy tengah mengemas beg. Baru sedar, ya Allah. Bukan mudah nak buat preparation. Banyak benda nak dibawa. Mengalahkan perempuan rasanya. Tapi, melihatkan barang barang Maria, lagi banyak. Terus sy tanya, 'Tak nak bawa lesung batu dan tong gas ka?" (Mendalam maksud, banyak sangat barang yang Maria nak bawa, yang nak mengankutnya esok sy jugak)

4) Masa ni juga la nak buat preparation utk copy segala ceramah ceramah utk di masukkan ke dalam handphone. Aduh... Kenapa la tak buat masa dulu. Ni dah terhantuk baru nak terngadah.

5) Sekarang ni Faris dah tidur dengan bibik Minah. Nampak gayanya, apa yg sy tengok bukan Faris yg nak rindu kat Ummi dia. Ummi dia yg rindu dekat dia.. Kami dah selalu brainwash Faris yg dia akan ditinggalkan nanti masa kami pi Haji. Dan dia kena tidur dengan bibik. Alhamdulillah, setelah berminggu di train, Faris dah boleh faham apa yg akan berlaku dekat dia nanti. Dia akan ditinggalkan.

"Ya Allah, Kau hilangkanlah rasa rindu ahli keluarga kami ketika kami berada disana nanti. Peliharalah keselamatan dan kesihatan mereka di sini. Aku serahkan mereka untuk berada dibawah peliharaan Mu. Engkau jagalah mereka Ya Allah."

6) Cuba teka, apa keadaan reban sy skrg ni. Skrg ayam dah habis jual. Sy pun tak tahu berapa untung ayam kali ni. Sy tahu, balik aja haji, akaun sy akan bertambah beberapa puluh ribu. Alhamdulillah... Sekarang ni baja tahi ayam sedang diclearkan. Satu reban dah habis. Lagi satu reban belum habis. Esok hari Ahad, dijangka lagi 1100 beg baja tahi ayam akan keluar. Dan baki akan keluar hari Isnin dan Selasa. Mengikut perancangannya, masih ada baki lagi 200 beg yg belum di booking. Ni angkara ada satu customer yg cancel order last minit. Aduh... Allah menguji sy disaat saat akhirni. Moga Allah juga lah yg menyelesaikan masalah sy ni. "Allahumma Yassir Wala Tuassir" . Ya Allah, Kau mudahkanlah aku. Jangan Kau susahkan.... Amin.

Itulah sahaja ceritanya buat masa ni. Sy agak dalam keadaan kelam kabut. Banyak benda nak dibuat dalam masa yang semakin terhad. Sy hanya ada 3 hari lagi di Parit Buntar. Sebelum berangkat ke KL hari Rabu pagi. Hari Khamis, pukul 5.55 pagi sy akan meninggalkan bumi Malaysia terus ke Madinah.

Wassalam.

5 ulasan:

  1. pertama kali ke blog ni. selamat menunaikan haji. semoga mendapat haji yg mabrur. mohon doakan kesejahteraan umat islam seluruh dunia. insyaAllah. dan kalau tidak keberatan, mohon doakan moga sy diberi peluang lagi untuk ke sana.

    (malu pula baru pertama kali jenguk ke sini dah meminta itu ini)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..akhirnye hr ni hbs jgakla bce sume post2 Tn.Hj Firdaus..dkt smnggu gakla nk hbskn..smuge slmt mnunaikn haji..

    BalasPadam
  3. Salam & selamat kemabali dari menunaikan fardhu haji, semoga haji yang mabrur milik saudara & isteri tercinta (insyaAllah).

    Sungguh x sangka, degree holder dari UK dlm bidang yang amat berbeda dgn titian kejayaan saudara sekarang & moga beroleh yang lebih baik lagi hendakNya.

    1persoalan... apakah bentuk material lain yang boleh digunakan untuk menggantikan penggunaan sekam padi? adakah habuk kayu, dapat digunakan?

    terima kasih atas ilmu penternakan yang amat berguna yang saudara sediakan di blog ini.

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. Salam.
    Selamat kembali dari menunaikan ibadah haji & semoga beroleh haji yang mabrur (insyaAllah).

    Terima kasih atas ilmu penternakan yang amat berguna saudara sediakan disini.

    x sangka, degree holder dari UK, beroleh jaya dibidang yang hampir tiada kena mengena dgn apa yang ditimba selama bertahun di sana..
    Alhamdulillah, semua adalah rezeki dariNya.

    1 persoalan, apakah material yang boleh menggantikan sekam padi, & apakah habuk kayu boleh digunakan sebagai bahan gantian untuk tujuan yang sama?

    Terima kasih sekali lagi & wassalam.

    BalasPadam
  5. Salam & selamat kembali dari tanah suci, semoga beroleh haji yang mabrur (insyaAllah).

    Terima kasih atas penulisan di blog saudara, yang merupakan ilmu yang ditulis dgn ketulusan & merupakan ilmu penternakan yang amat bergunan.

    Tabik untuk pejuang seperti saudara, dgn degree di tangan, tetapi meniti kejayaan jauh dari bidang asal yang dipelajari. Dia kurniakan kejayaan atas usaha & ketekunan saudara (Alhamdulillah).

    1 persoalan, apakah bahan untuk menggantikan sekam padi (sekiranya sekam padi sukar diperolehi). Adakah habuk kayu boleh digunakan sebagai bahan alternatif (saya dari Titik Tengah Semenanjung).

    Terima kasih sekali lagi & wassalam.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top