Assalamualaikum,

Mengikut perancangan asal, ayam masuk di EP11 hari Selasa dan EP07 hari Khamis. Ayam masuk di PE11 seperti dirancang. Dan pada hari Khamis, sy call Staff CP di Butterworth utk confirm kemasukan anak ayam. Dan dia kata CONFIRM. Anak ayam akan datang waktu petang.

So, sebelah petang pekerja2 sy membuat segala persiapan utk menerima kemasukan anak ayam. Pekerja2 sudah siap menyediakan air glukose utk menerima kedatangan anak ayam ni. Air glucose berfungsi untuk memberi tenaga balik kepada anak2 ayam selepas mengharungi perjalanan yg memenatkan dalam lori.

Selepas semua minuman disediakan, pekerja sy terus memberi makanan kepada bekas2 tong anak ayam. Pukul 7 mlm, semua kerja persediaan menerima anak ayam sudah siap sepenuhnya. Dan mereka semua menuggu...

Pukul 8 mlm, lori tak sampai lagi. Fuh.. Biasanya lori akan sampai pukul 6 petang. Tapi, dah pukul 8 mlm tak sampai lagi. So, sy contact Manager CP di Butterworth utk tanya pasal anak ayam sy ada di mana. Dia bagi tau sy, dia dah call lori dan driver lori anak ayam cakap ON THE WAY. So, sy bagitau pekerja sy suruh tunggu la.

Pukul 10 mlm, lori tak sampai2 lagi. Sekali lagi sy call Manger CP, macam mana ni. Dah pukul 10 mlm anak ayam tak sampai lagi. Biasanya perjalanan dari Kuala Kangsar ke Parit Buntar ambil masa sekitar sejam setengah saja.

Dan bila manager CP call sy balik, DAMMMMMM... Dia kata anak ayam cancel masuk hari Khamis. Tunda ke hari Jumaat. Habis tu, kenapa siang tadi dia kata CONFIRM dan kenapa dia kata lori on the way.

Dia kata, masa dia call Staff CP yg uruskan anak ayam, staff tu kata CONFIRM. Lepas tu, Staff tu bagi no phone driver lori ke pada Manger CP ni. Bila dia call driver lori pulak, driver kata ON THE WAY. Rupanya, driver lori tu silap dengar. Memang dia ON THE WAY. Tapi bukan ke reban sy, tapi ON THE WAY KE REBAN ORANG LAIN. Perghhh...

Lepas tu, manager CP suruh sy call Staff CP yg urus anak ayam. Dia suruh sy marah staff CP tu. Sy cakap la, kalau sy marah org tu pun, bukan anak ayam sy boleh sampai mlm Khamis jugak. The damage is already there. Tak guna nak marah2...

So, hari Jumaat malam, lori anak ayam pun sampai. 27,000 ekor semuanya. Dan baka COBB.

So, semoga kali ni Allah beri yg terbaik kepada sy utk pusingan ayam kali ni.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top