Assalamualaikum,

Laporan ringkas ayam pusingan lepas.

EP11 : Total Ayam 19,000, FCR 1.61, Average Weight 2.10kg, Mortality 2.0%.
EP07: Total Ayam 27,000, FCR 1.66, Average Weight 2.48kg, Mortality 1.8%.

Skrg di reban baja tahi ayam dah hampir habis dijual. Total beg ada 3000 beg. Ada balance lagi 200 beg. Insya Allah, esok lori terakhir akan datang ambil baja di reban. Sibuk gak sy uruskan baja ni. Bukan apa, org janji nak ambil, lepas tu delay. Then, delay lagi. Then, delay lagi.. Last2 dia minta sy tolong carikan lori. Bila dia minta sy cari lori, terus sy cari dan hantar direct ke tempat yg diminta...

Yg menjadi masalahnya, masa janji hantar dia janji hantar ke Batu Kurau, tapi bila dah hantar... rupa2nya 20km lebih jauh dari Batu Kurau... Terus lori2 yg hantar baja tu sound sy minta bayaran tambahan. Terpaksalah sy tambah duit sket. Nak buat cam na, bayar aja la. Yg penting baja ni boleh keluar dari reban dan pekerja boleh basuh reban.

Skrg satu reban dah hampir nak siap basuh. Esok insya Allah boleh pindah basuh reban lagi satu.

Sebenarnya bukan mudah utk uruskan jualan baja tahi ayam. Sebelum ayam habis jual, kita kena start cari buyer. Biasanya, kalau baja ada 3000 beg, kita kena cari buyer sekitar 3500 beg. Sebab takut last2 minit ada buyer yg cancel last minit. Alhamdulillah, kali ni yg order 3000 beg, dan nasib baik tak dak yg cancel. Kalau tak parah gak sy...

Dan anak ayam baru akan masuk 21 Disember dan 23 Disember ni. Dijangka keluar masa raya Cina. Sekitar 28 Januari - 5 Februari. Semoga ayam kali ni perform better.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top