Assalamualaikum,

Hari ni ayam umur 36 dan 35 hari. Biasanya sy timbang ayam pada umur 35 hari. Di EP11, semalam masa timbang ayam, berat ayam jantan 2.28kg dan betina 1.88kg. Berdasarkan perbandingan dengan rekod2 pusingan terdahulu, nampak positif. Ayam ni melebihi berat2 yg pernah sy dapat dulu.

Kena kaji balik skrg ni, betul ka ubat2 yg baru sy pakai memberi kesan terhadap pembesaran ayam kali ni. Ataupun, baka ayam kali ni yg baik dan menyebabkan perkembangan ayam yg bagus.... Lepas dah habis jual ayam nanti, nak kena muhasabah balik. Nak kena kaji...

Ayam ni ada warna sket. Biasanya ayam daging warna putih. Tapi, warna ayam ni cantik sket. Bulu dia hitam putih... Memang comel. Ni la yg dikatakan ayam baka COBB. Baka Cobb biasanya ada tanda2 hitam sket...

Bila ayam dah besar, makin banyak kipas yg nak kena buka dlm satu masa. Utk sedut gas2 ammonia keluar dari reban.

Ni la tulisan bangla sy masa catat berat ayam. Purat Jantan 2275g dan Betina 1886g.
.
Utk musim kali ni, dijangka jual ayam lewat sket dari biasa. Sebabnya, banyak lagi reban 2 ayam di atas sy yg belum jual. Aduh.. Biasanya, CP start tangkap hari 37 @ 38... Skrg ni kita kena tunggu dan lihat.
.
Sama2 kita doa, mudah2an, ayam pusingan ni memberi pulangan yg lebih lumayan kali ni. Amin... Wasslam.
.
* Duit ayam kali ni nak guna utk raya kali ni... Kalau Allah beri rezeki banyak, boleh la ramai lagi saudara mara dan warga mas dapat merasa duit rasa sy..

1 ulasan:

  1. Salam..boleh ke sy tau kos 1 kipas ni..thanks :)

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top