Assalamualaikum,

Hari tu sy ada cerita pasal ubat ayam yg jenis baru sy beli dari penjual ubat ayam dari Ipoh. Ada 3 jenis ubat yg sy baru try pusingan ni. Colisol, Taipan dan juga Amox.

Kawan penternak di Bukit Gantang ada cerita pasal kebaikan guna ubat ni. Dia pun dah try guna 2 pusingan, dan kawan di Lenggong Perak pun dah guna 3 pusingan ubat ni... Dua2 org memberi respond yg positif pasal ubat2 ni. So, sy pun try la pusingan ni dengan ubat baru. Kos ubat ni, jangan cakap la.. Memang mahal. 3 jenis ubat aja RM3000. Tak masuk ubat lain yg sy beli lagi dlm RM2500. Total ubat dlm RM5500.

Setelah dibincang dengan teknikal CP, mereka benarkan sy test ubat ni kali ni. Dan sy pun ada maklum kepada Master Sifu, Leong Chee Choy pasal perubahan ubat ni.. Tak pa, kita try ke arah yg lebih baik..

Ubat Colisol. Function ubat ni utk prevent E Coli dan Salmonella. Bahasa kampungnya, ubat elakkan ayam kena serangan usus dan batuk... Satu paket ni 500g di campur dlm air 200 gelen. Satu paket harga RM64. Perghh.. kena beli dlm 24 paket utk satu pusingan...

Ni pulak ubat jenis Taipan. Ubat Vitamin. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan sket Asid Amino. Tapi, pada pandangan sy, lepas tengok Composition ubat ni, sy rasa ubat vitamin sy yg lama lagi bagus dari ubat vitamin ni. Before this, sy guna Biovit. Sejenis Vitamin + Asid Amino. Satu paket Taipan ni harga RM15. Utk dissolve dlm 100 gelen air - 200 gelen air.

Ni pulak ubat Amox. Mengandungi Amoxicilin. Di campur dlm air. 100 gelen air satu paket. Lupa pulak harga ubat ni..
.
Bila sy tengok jadual ubat yg di suggestkan kepada sy, sy rasa sy patut cuba. Sebab bila diikutkan mengikut umur ayam, memang setiap ubat yg kita bagi tu dah cukup utk prevent semua jenis penyakit ayam. Cuma, kena close monitoring kot2 ada penyakit2 lain yg tak dijangka datang...
.
Rasanya, cukup lah dulu cerita pasal ubat ni. Lain kali cerita lagi pasal topik lain pulak...
.
Wassalam

4 comments:

  1. lama xupdate aym.. Mcmana penangan ubat br pusingn ni. Luar biasa atau biasa2..

    ReplyDelete
  2. Hi Firdaus,i am Shawn Wong. Accidently read your blog and i was so touch that you willing to share all the ilmu to your friend, very good! I am in livestock industry as well, if you don't mind, we can be friend and share more information. sms me: +60193509515 or email me:shawn_wong_@hotmail.com

    ReplyDelete
  3. Shawn, you can contact me through email. mfms1981@yahoo.co.uk Firdaus

    ReplyDelete
  4. Slm sdr firdaus. Seronok baca blog u, tp tu lah, saya tak punya kebolehan memterjemah ayat2 menjadi sebegitu. walauapa pun, sdg berusaha menulis-nulis jgk.
    1 soalan cepu masa, jk boleh. apa pasal u minat & menjadi penternak ayam sedangkan 'pebelajaran'nya lain.
    wslm
    qahar

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top