Assalamualaikum,

Artikel bawah ni sy ambil di Harian Metro. Adoyai, sy tak tau org yg bercakap tu tau tak apa yg dia bercakap. Macam mana dia claim harga ladang ayam sepanjang tahun ni minimum RM3.60 dan maksimum RM4.25 sekilo. Apa punya munggai... Ni ayat politik ni... Nak tunjuk harga ayam tu stabil. Kalau nak tipu org awam boleh la.. Nak tipu org yg bela ayam macama mana.

Sepanjang tahun ni, ada ayam yg di jual harga RM3.00 dan maksimum RM5.00 sekilogram. Ni harga di ladang.... Ish2. Tak tau la dia cakap ni base on what.

Baca lah artikel kat bawah ni.... Sembang tak jatuh sungguh....

2010/07/02 KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjelaskan tiada kenaikan harga ayam di ladang yang melampau berlaku dari Januari hingga Mei lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar KPDNKK, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin (gambar) dalam kenyataan semalam menjelaskan harga ayam di ladang yang paling tinggi dicatatkan adalah RM4.25 sekilogram manakala terendah adalah RM3.60 sekilogram bagi tempoh lima bulan terbabit.

Beliau berkata, harga berkenaan juga tidak melebihi paras harga ayam di ladang tertinggi yang pernah dicatatkan pada September 2008 iaitu RM5.10.

Oleh itu orang ramai tidak perlu bimbang dengan kenaikan melampau harga ayam yang digembar-gemburkan baru-baru ini kerana bekalan adalah mencukupi,” katanya.

Malah, beliau berkata, pengguna boleh menjadikan panduan paras harga ditawarkan pasar raya besar yang menawarkan harga berpatutan.

Dr Abd Aziz berkata, faktor utama yang mempengaruhi harga ayam di ladang adalah kos pengeluaran membabitkan harga makanan, anak ayam dan input pengeluaran berkaitan serta faktor permintaan dan penawaran di pasaran semasa.

Mengenai laporan daripada pengusaha ladang berkenaan kualiti bahan makanan yang kurang memuaskan terutama jagung yang diimport dari India, Abd Aziz berkata, ia akan dapat diatasi selepas bekalan daripada Brazil dan Amerika Syarikat diterima kelak.

Dr Abd Aziz berkata, pihaknya sentiasa memantau bekalan dan situasi pasaran bagi mengesan sebarang kekurangan bekalan yang boleh menyebabkan kenaikan harga melampau.

2 comments:

  1. harga ayam hidup ladang between januari until now:-
    rendah RM2.80
    tinggi RM4.80

    ReplyDelete
  2. Ada jual ayam hidup tak?
    frost_heart79@yahoo.com

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top