Assalamualaikum,

Ntah apa mimpi CP, baru sebentar tadi dia org call utk tangkap ayam satu lori di EP11. Tak nampak hujung pangkal, tiba tiba nak tangkap ayam. Diaorg call cakap ayam di reban Fauzi di Tasek Gelugor dah habis ayam. Dia org tersalah budget. Ingatkan ayam cukup, tengok2 ada satu lori tu kena tangkap ayam di Tasek Gelugor dan kemudian sambung tangkap ayam di Parit Buntar.

Tadi, ayam umur 37 hari. Biasanya kalau tangkap 37 hari berat ayam sekadar 1.95kg to 2.05kg utk ayam betina. Tapi, masa timbang ayam tadi, berat ayam 2.11kg. Walaupun nampak perbezaan hanya sekitar 100g berbanding sebelum ni... tapi kalau di darab dengan 18,000 ekor ayam didarabkan dengan RM3.85 sekilo..... Boleh membawa perbezaan yg besar...

Harap2 ayam boleh bertambah berat dengan cepat. Dan harap keuntungan kali ni lebih tinggi. Amin..

Sama2 kita berdoa.. Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top