Assalamualaikum,

Entry utk kali ni, very simple. Ringkas. Kadang2, kita tak perlu tulis panjang2 utk bagi orang faham. Biar pendek, tapi harap2 kali ni berkesan.

Di pendekkan cerita, sy balik dari surau selepas solat Isyak tadi. Dlm perjalanan pulang, sy ternampak ada satu abg ni, berdiri tunggu sesuatu di tempat yg tak sepatutnya dia tunggu. Rumah dia sebelah lain, tapi skrg dia tunggu somebody di tempat lain.

Sy pun menyapa dia, "Abg buat apa kat sini?"... Dia menjawab, "Sy tunggu Hj Hassan, nak jumpa dia ada hal sket".. Dengan menyibuknya, sy pun tanya, "Hal apa bang?"

Dia bagi tau, "Hari tu, Hj Hassan ada buat pengumuman utk buat kutipan dana bagi sorang pelajar yg nak sambung belajar di Mesir... Jadi, sy ingat, nak sumbanglah sket"..

Dlm hati sy... "Masya Allah... Alhamdulillah..." Terkedu sy seketika.

Bukan apa, sebenarnya abg ni bukannya org yg berada. Dan bukannya org yg kaya... Bukan kaya harta.. Tapi kaya budi pekerti. Sy kagum seketika dengan perbualan kami yg sekejap tadi.

Sy mula memikirkan keadaan diri sy. Banyak mana harta yg Allah kurniakan kepada sy dah sy infakkan ke jalan Allah. Terfikir... Memikirkan..... Apa yg sy dah bagi utk jalan Allah... Memang ada sy bagi, tapi kalau di bandingkan dengan abg tadi tu yg pendapatannya tak seberapa boleh 'mengikhtiarkan' duit utk disumbang kepada pelajar yg nak ke Mesir... Sy rasa sy tewas...

Tahu tak apa kerja abg tu???? Kerja dia hanyalah jual air tebu di tepi jalan depan rumah dia. Dah hampir 10 tahun sy tengok dia jual air tebu ni... Apa yg sy nampak, pendapatannya Alhamdulillah... sekadar mampu utk belanja ahli keluarga. Kenderaan yg dia biasa naik, basikal...

Sy tak nak bercakap pasal sy... Sy minta skrg kita bandingkan diri kita, bandingkan pendapatan kita dengan abg tadi... Betapa murni hati dia.. Ikhlasnya dia.. Berusaha sedaya upaya utk mencari bekalan utk dibawa ke akhirat sana... Tapi kita, masih mencari seribu satu alasan utk menidakkan diri kita dari menjadi seperti dia...

Moga cerita pendek ni menjadi iktibar utk kita semua. Wassalam...

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top