Assalamualaikum,

Malunya nak cakap... Tadi masa tgk TV Astro, ada iklan DIARIKU... SHAHIR AF8 yg akan ditayangkan hari Ahad ni, pukul 10 mlm. Dlm iklan tu, ada nampak gambar sy atas stage masa terima Anugerah Usahawan Tani Peringkat Negeri Perak baru-baru ni. Sebenarnya dlm iklan tu nak tunjuk gambar Shahir, tapi since sy pun ada atas stage, adala gambar sy sekali. Kalau nak diikutkan, ni la first time sy tgk gambar sy sendiri dlm TV.

Before this, dah 5 kali masuk TV tapi langsung sy tak pernah tgk muka sendiri... 2 kali di UK dulu. Masa tengok Snooker World Championship di Sheffield tahun 2002, abg sy di Ireland call sy cakap gambar sy masuk TV. Tak sangka masa tu satu dunia tengok. Hahhaha... Masa tu, duduk belakang player snooker tu, Stephen Hendry. Tahun 2003, sekali lagi, sy pi tengok snooker dan duduk belakang player jugak, Peter Ebdon.. Dan masuk TV jugak. Bila pi U keesokannya, kawan2 Cina ramai yg tegur. Nampak sy dlm TV...

Then, tahun 2004, masuk 30 minit interview khas oleh Astro dengan saya pasal ternakan ayam ni. Habis semua gambar reban masuk. Dan puas la, 30 minit cerita pasal ayam sy aja... Tapi, sayangnya, sy tak dimaklumkan bila siaran ni keluar di TV, cumanya, kawan sy call cakap sy masuk TV. Setengah jam.. Chesss.. dah habis baru cakap. Yg geramnya, masa Astro nak buat rakaman, dia ada janji nak bagi DVD copy utk sy pasal siaran tu. Tapi, hampeh... Tipu aja...

Tahun 2008, masuk lagi sekali. TV1 pulak, dlm rancangan Kawasan Saya. Masa tu Ahli Parlimen Parit Buntar datang melawat kawasan dan melawat reban ayam saya. Dan sy pun kena interview gak. Tapi dlm 30 seconds aja la... Again, sy tak tengok siaran ni sebab masa disiarkan, sy dlm bas. On the way back from KL to Parit Buntar... Hmmm... Melepas la jugak..

Tapi, seriously, lepas ni kalau ada org nak interview sy pasal ayam dan masuk TV, sy definitely tak mau. Susah jugak bila org kenal kita, ramai gila yg contact dan tanya pasal ayam.. Tak larat nak menjawab nanti. Hari tu, masa dpt Anugerah Wira Tani pun, ada surat khabar nak interview. Tapi sy tolak.... Sebabnya, sy tak nak muka masuk paper...

Kali ni, masuk atas sebab org lain... Tak pa lah... Tumpang pun tumpang la.. That's all..

Wassalam

* Mlm ni nak kena Qiamullail lagi.. England lawan Algeria.. Kalau tak menang lagi saja la England...

1 ulasan:

  1. bab bg CD tu mmg tipu.. sayapun terkena ngan stesen TV ni utk siri Makan Angin :(

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top