Assalamualaikum,
For 1 week, sy tak update blog. Utk seminggu ni jugak, sy amat sibuk... Sibuk dengan kerja2 amal di surau depan rumah sy. Kerja penukaran mozek kolah air dan dinding belakang kolah.
Ceritanya begini, beberapa bulan lepas ada majlis gotong royong di surau sy utk bersihkan surau. Semasa membersihkan kolah surau, ada beberapa org kampung sy yg berpakat utk buat kutipan derma utk mencari dana utk menukar mozek kolah air yg dah begitu daif. Banyak mozek2 kolah yg dah pecah. Lagipun, mozek kolah tu pun design 15 tahun lepas punya...
Mereka cadang utk buat kutipan derma. Jumlah yg ditarget dlm RM1500. Utk tukar mozek kolah ni... Masa tu, sy pun cakap kat dia org, tak pa lah.. Biarlah sy yg sponsor utk tukar mozek ni. Segala kerja dan perbelanjaan tukar mozek kolah ni sy yg tanggung... Semua yg berbincang tadi, lega...
Tapi, ada lagi satu masalah, belakang kolah tu ada satu tembok dinding yg memisahkan surau dengan tanah sebelah. Kalau tukar mozek kolah, dan tak tukar mozek dinding tu.. Nampak macam ta kena, pemandangan kolah dah cantik dengan mozek baru. Tapi, mozek belakang pulak yg tak cantik. So, dia org kata nak kutip duit utk tukar mozek belakang pulak.. Tiba2, ada member sy yg buat bisness menjual kereta terpakai volunteer nak sponsor tukar tiles di belakang tembok tu. Alhamdulillah... semua tersenyum.. Segala urusan penukaran tiles ni diserahkan kepada kami berdua...
Ni lah gambar kolah asal dan tembok belakang kolah yg nak ditukar mozek. Rasanya design ni ntah tahun berapa... Org dah tak pakai dah design ni..
Gambar mozek tembok asal...
Minggu lepas, hari Jumaat. Dengan lafaz Bismillah, kerja2 pemecahan mozek lama dimulakan.. Rupa2nya, bukan senang nak pecahkan tiles lama tu. Ambil masa dlm sehari utk pecahkan tiles kolah tu aja..
Ambil masa sehari jugak utk siapkan plaster di dlm kolah dan pasang beberapa baris tiles di luar kolah.
Tiles di luar kolah siap dipasang...
Pemasangan mozek di lantai kolah sebelah dalam..
For 1 week, sy tak update blog. Utk seminggu ni jugak, sy amat sibuk... Sibuk dengan kerja2 amal di surau depan rumah sy. Kerja penukaran mozek kolah air dan dinding belakang kolah.
Ceritanya begini, beberapa bulan lepas ada majlis gotong royong di surau sy utk bersihkan surau. Semasa membersihkan kolah surau, ada beberapa org kampung sy yg berpakat utk buat kutipan derma utk mencari dana utk menukar mozek kolah air yg dah begitu daif. Banyak mozek2 kolah yg dah pecah. Lagipun, mozek kolah tu pun design 15 tahun lepas punya...
Mereka cadang utk buat kutipan derma. Jumlah yg ditarget dlm RM1500. Utk tukar mozek kolah ni... Masa tu, sy pun cakap kat dia org, tak pa lah.. Biarlah sy yg sponsor utk tukar mozek ni. Segala kerja dan perbelanjaan tukar mozek kolah ni sy yg tanggung... Semua yg berbincang tadi, lega...
Tapi, ada lagi satu masalah, belakang kolah tu ada satu tembok dinding yg memisahkan surau dengan tanah sebelah. Kalau tukar mozek kolah, dan tak tukar mozek dinding tu.. Nampak macam ta kena, pemandangan kolah dah cantik dengan mozek baru. Tapi, mozek belakang pulak yg tak cantik. So, dia org kata nak kutip duit utk tukar mozek belakang pulak.. Tiba2, ada member sy yg buat bisness menjual kereta terpakai volunteer nak sponsor tukar tiles di belakang tembok tu. Alhamdulillah... semua tersenyum.. Segala urusan penukaran tiles ni diserahkan kepada kami berdua...






.
Alhamdulillah, selepas bertungkus lumus selama seminggu... Kerja2 ni selesai sepenuhnya hari ni. Betul2 ambil masa seminggu. Sy minta tolong kawan sy yg pi umrah sekali dengan sy, Mortin untuk buat penukaran mozek ni. Dan Alhamdulillah, disebabkan yg nak dibuat ni untuk surau, Mortin nak tumpang buat pahala. Dia cakap dia tak mau ambil untung. Cukup sekadar dia ambil upah gaji pekerja dia... Alhamdulillah.. jimat kos sy sket...
.
Pagi tadi, kami dah isi air dalam kolah. Dan Alhamdulillah, air tak nampak bocor buat masa ni... Esok pagi kena tengok lain... Mudah2an, Allah permudahkan. Jangan la bocor air kolah ni...
.
Yg menjadi masalahnya, bila sy sponsor buat kolah ni... Ada org kampung yg berpandangan positif dan ada yg berpandangan negatif... Ada org yg ucap terima kasih sebab sanggup bagi sumbangan.. Yg sy takutkan kalau ada yg kata sy nak menunjuk2... Ada pulak yg kata... "Alah, dia sponsor ni tak luak pun duit dia.. Guna duit jual tahi ayam dia pun tak habis"... Sy tak tahu la apa maksud sebenar kata2 ni...
.
Apa yg penting, agak susah jugak sebenarnya nak menjaga KEIKHLASAN kita bila buat sesuatu ibadah macam ni.. Bila org puji, kadang2 rasa 'macam diri ni bagus'... Sedangkan perasaan tu sendiri pun tak bagus... Tapi, nak buat macam mana.. kita hanya manusia.. Mungkin bisikan2 tu datangnya daripada syaitan...
.
Bila difikirkan... perlu tak sy masukkan cerita ni dlm blog ni... Kalau sy masukkan, takut timbul unsur riak.. Dan sekali gus, menghapuskan segala pahala yg sepatutnya dah dapat... Tapi, bila teringat kalau kita tak buat sesuatu perkara sebab kita takut org kata kita riak.. Itulah riak... So, sy pun masukkan lah entry ni.. Dengan niat hanya satu....
.
Sebagai ummat Islam... kita tak seharusnya takut untuk menyumbangkan sebahagian daripada rezeki yg Allah kurniakan utk kita kepada Islam... Kadang2, kita selalu rasa duit tak cukup... Macam mana kita nak bagi sumbangan... Tapi percayalah, dalam Islam.. matematiknya tak sama dengan hukum matematik manusia.. Bila kita menyumbangkan 1 untuk Islam... Allah akan menggantikannya dengan lebih banyak lagi.. Dalam erti kata lain, kalau kita ada RM10, dan kita sumbang RM2 utk Islam... Matematik kata kita hanya ada RM8. Tapi, hakikatnya lagi banyak kita menderma.. Lagi banyak rezeki yg Allah akan kurniakan kepada kita..
.
Namun, disebabkan perkara ni biasanya kita tak nampak.. tu lah puncannya kita tak mahu menderma utk Islam.. Kita rasa takut nak keluarkan duit utk Islam @ bantu org lain yg didalam kesusahan... Sedangkan, kalau kita buat macam tu.. Insya Allah.. Allah akan beri kepada kita rezeki yg lebih daripada pintu yg kita tak sangka2... Percayalah.. Do it, and you will believe it..
.
Harap2, dengan entry ni... akan menjadi pemangkin kepada kita semua untuk tidak takut mengeluarkan duit untuk Islam.. Kalau ada mana2 pihak yg boleh dipercayai meminta sumbangan kita utk sebarang aktiviti Islam.. jangan takut untuk menderma.. Cuba ikhlaskan diri untuk menderma... Dan insya Allah.. Allah akan beri lebih lepas ni.
.
Wassalam
Biaq pi lah orang nak kata apa pun. Pikiaq macam ni lah.
ReplyDeleteKot-kot ada orang tengok kita buat benda baik, depa pun nak lawan buat benda baik jugak. Mana tau, depa nak sponsor perbesaq surau tu pulak. Kalau depa buat, kita pakat amin ramai-ramai.