Assalamualaikum,

Dua hari lepas, ada sorang member sy yg tinggal berhampiran dengan rumah sy datang jumpa sy. Dia kata ada hal penting... Bila sy dengar aja ada hal penting, sy dah tau. Berdasarkan pengalaman sy, ni mesti kes nak pinjam duit.

Tekaan sy tepat. Bila dia dtg berjumpa sy, dia cakap dia dlm keadaan terdesak sekarang. Dia perlukan duit. Dia nak pinjam dari sy RM1000. Dia kata dia dah 5-6 bulan tak bayar duit hutang motor di kedai. Dan skrg kedai tu nak ambil balik motor dia tu. Dia kata bil letrik dan bil air pun dia dah tak bayar lama. Nak kena potong. Sy pun tanya la, berapa gaji dia sebulan.

Dia cakap RM600 sebulan. RM250 dah bayar duit sewa rumah. Tinggal la RM350 utk belanja makan minum anak isteri dlm masa sebulan. Tu yg dia tak leh bayar duit hutang motor dan bil letrik dan air. Dia betul2 terdesak dan perlukan wang.

Sy pun cakap la kat dia, sy bukan tak mau bagi dia pinjam duit sy.. Tapi, berdasarkan pengalaman sy. Dan 5 org kawan2 sy yg tinggal di sini yg pinjam duit sy, lepas dah pinjam terus tak bayar dan terus melarikan diri dari sy. Salah seorang tu dah pun meninggal. Meninggal dunia dlm keadaan berhutang. Tapi, sy malas nak tuntut hutang tu dari keluarga dia... Sebab keluarga dia pun bukannya senang sangat. So, sy halalkan aja la.

Yg menjadi isunya, bila sy bagi pinjam.. Then tak bayar, lepas tu bila jumpa lari. Bila call tak angkat. Sy pun cakap la, sy tak mau kehilangan kawan lagi. Sebab tu sy keberatan nak bagi pinjam kat org lagi.

Sy macam dah buat keputusan, sy memang tak mau bagi org pinjam. Sebab bila pinjam, ada potensi utk sy hilang kawan. Dan hilang duit jugak...

Bila difikirkan, sy pun ada contact seorang sahabat sy. Sy ceritakan kes ni kepada dia.. Sy tanya la dia kalau2 dia ada duit2 zakat lebih yg belum diberikan kepada org. Dia kata, duit zakat dia dah over limit. Biasanya dia memang bagi lebih dari apa yg perlu dia keluarkan.

Tapi, dlm kes ni, bila sy cerita situasi sahabat ni.. Member sy pun kata la, tak pa lah. Dia sedekahkan aja. RM200 utk sahabat yg bermasalah ni. Member sy punya advise, dia bagi sket, sy bagi sket... then.. bagi terus..Niatkan zakat @ sedekah. Jangan bagi pinjam.. Kalau pinjam, memang tak dpt balik. Bayangkan lah, gaji dia cuma RM600, macam mana nak bayar hutang tu balik. Sewa rumah aja dah RM250.... Hmmmm

Apa yg sy sedihkan skrg ni... Masih ada lagi org Melayu yg tinggal di Parit Buntar, sudah berkeluarga dan bekerja dengan gaji RM600. Masya Allah... Macam mana nak survive dengan keadaan ekonomi skrg ni... Sy tak dpt bayangkan.. Dah la isteri dia tak bekerja. Ada anak lagi.. Aduh...

Biasanya, kalau sy nak tolong org. Sy tengok dulu latar belakang kawan2 ni.. Dan sahabat ni, dia seorang yg lurus. Jujur. Dia selalu menunaikan solat di surau... Hampir setiap waktu... Disebabkan kejujuran dia lah, sy rasa sy wajar membantu dia...

Dan sy rasa, kes macam ni bukan hanya satu kes... Ada beribu2 lagi org Melayu yg berada dibawah tahap kemiskinan tegar. Sy rasa simpati dengan nasib anak bangsa sy.. Seolah2 merempat dibumi sendiri.

Sy bayar pekerja sy pun hampir RM1000 sebulan. Kadang2 lebih. Dan sy rasa skrg ni tak dak Bangla yg mahu kerja kalau gaji sekadar RM600 sebulan... Tapi, org Melayu masih mahu bekerja dengan RM600 sebulan. Bagi sy, bukan sy tak mahu menolong anak bangsa sy sendiri..

Dulu, masa sy mula menternak ayam, sy berazam. Salah satu sebab sy buat bisness ni adalah sy nak sediakan pekerjaan utk org2 Melayu. Semua penternak2 ayam yg lain advise kat sy "Kalau nak bela ayam, jangan pakai pekerja tempatan, mesti pakai pekerja asing"...

Sy cuba buktikan kata2 mereka ni salah. Tapi, akhirnya saya yang salah. Kawan2 sy jugak yg kerja dengan sy, jual ayam sy di luar. Jual dedak ayam saya di luar. Menipu sy semasa bekerja. Bawa awek dan buat 'projek' dlm reban ayam sy... Dan akhirnya.. perniagaan sy hampir2 lingkup. Semuanya kerana sy nak membantu anak bangsa sy sendiri... Mungkin salah sy jugak, tersalah memilih org... Sebab sy yakin, ramai lagi anak bangsa sy yg berhati mulia.. luhur... seperti para pembaca blog ni.....

So, bagi para pembaca yg berhasrat nak membantu sahabat sy yg dlm kesusahan ni.. Boleh contact sy melalui emel. Sy amat menghargai sumbangan anda, walaupun sekadar RM10. Sumbangan kecil anda ini amat bermakna utk dia yg betul2 memerlukan wang... Kalau kita nak menyumbang, tak perlulah kita tunggu sampai kita kaya baru nak menyumbang... Allah suka org kaya yg bersedekah, TETAPI Allah lebih suka org miskin yg bersedekah...

Moga dengan kita membantu dia... Allah akan membantu kita. Mungkin bantuan Allah kepada kita jauh lebih besar dari bantuan kita kepada sahabat kita...

Wassalam...

1 comments:

  1. Prihatin sy membaca..tersesat brsebab
    Sy juga buat bisnes & mngalami masalah hampir sama..

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top