Assalamualaikum,

Sibuk sket skrg ni. Sorry bukan sibuk sket, tapi sibuk banyak. Adoyai... Letih gila.. Sakit badan... Skrg dlm fasa terakhir menyiapkan toilet, surau dan tempat rehat di reban ayam sy. Skrg tengah plaster dinding. Hari ni mungkin siap.

Skrg dah tangkap ayam di EP11. Hari ni mungkin habis ayam di EP11. Skrg ayam di EP11 balance lagi 1500 ekor. Dan ayam di EP07 pun dah banyak yg di jual.

Kalau nak diikutkan berat, ayam di EP11 lebih berat berbanding ayam di EP07. EP11 hari tu masuk anak ayam baka COBB. Dan EP07 baka ROSS. Baka COBB memang lebih cepat membesar berbanding baka ROSS. So, macam terbukti lah jugak teori ni.

Petang semalam masa tangkap ayam, penimbang digital sy tetiba tak boleh ON, rosak la pulak. Then, sy pinjam CP punya timbang digital...Timbang tu pulak tak accurate. Aduh.. Last last terpaksa guna last option, guna penimbang jarum. Adoyai.. susah gila nak baca reading guna penimbang jarum. Jarum tu bergerak2 sebab ayam dlm bakul pun bergerak.. Malam tadi habis tangkap pukul 11.15 mlm. Total semalam tangkap 7 lori.

Oklah... That's all for now. Till then.

Wassalam

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top