Assalamualaikum,

Dah lama tak upload blog. Tangan pun dah jadi gatal... Dah lama tak berkesempatan tak menaip. Dah 4 hari ayam keluar. So, busy tak ingat. Tu yg tak sempat nak upload blog. Hari ni ayam tangkap 4 lori saja dan habis awal, so mlm ni rileks sket. Sementara tunggu Man U lawan Stoke City mlm ni, update blog dulu.

Sy upload 20 keping gambar yg sempat sy rakam.. Dari persiapan raya sampai ke hari raya...

Seminggu sebelum raya, abg sy yg sulong hantar mesej. "Daus, hang pi cari meja baru utk letak di dapur. Duit nanti Abg Jan bagi. Budget dlm RM1000". Sy pun pi la cari meja makan baru. Bila pi ke kedai, sy pi ngan mak and Maria... Mak sy berkenan yg harga RM2300. So, terpaksa la sy top up duit sket utk beli meja tu... Dan 2 days before raya, meja makan baru sampai...

Ni gambar meja baru dan kerusi. Tapi, terlupa pulak ambil gambar yg dah pasang dia punya marble kat atas. Marble tu berat gilla. Kena 4-5 org angkat baru boleh naik marble tu. Fuh... Cantik gak la.. Beraya dengan meja baru di dapur. Meja utk 8 org... Tengah hari tu, Abg Jan and his family sampai....

Bila balik, anak saudara sy Arif bawa balik Cube Puzzle ni. Dan sy kesian tgk dia, dah hampir 4-6 bulan dia dok try buat puzzle ni tak siap2. Dulu masa sy umur 13-15 tahun, sy memang expert la buat menda ni. Boleh siapkan dlm masa 3 minit. Tapi, bila dah lama tak pegang cube ni, sy dah lupa habis step2 dia. Memandangkan sy kesian kat Arif yg tak boleh selesaikan cube ni, sy pun cari la kat internet.. Step2 utk siapkan puzzle ni. Bila cek kat internet, baru la teringat balik step2 tu.. Dan akhirnya siap.. Dan sekarang Arif dengan bangganya dah hafal semua step utk siapkan puzzle ni... You can see the step at : http://www.youcandothecube.com/secret-unlocked/solution-stage-one.aspx
Hari Jumaat pulak, ketibaan Abg Ain & keluarga and Dzuha & family. Adik sy Dzuha bawa balik mercun yg dia beli RM250. Dan anak2 saudara sy apa lagi.. Syurga la.... Gambar atas ni hari Sabtu.. Masa siang.. testing main mercun pop dulu. Baling ke lantai dan meletup...

Testing mercun roket... Arif bakar mercun roket.

Majlis berbuka puasa hari terakhir. Ayah sy order lauk daripada catering.... kiranya, masa ni semua org ada la di rumah... Meja penuh... haa... ni gambar meja baru tu. Marble dia punya pelapit

Mlm raya... apa lagi. Anak2 saudara sy dah menjerit2 nak main mercun.. Dah la masa siang Acu Duha depa tayang mercun.. Semua melompat nak main mercun.

Farees tak ketinggalan utk menyaksikan abg2 sepupu dia bakar mercun. Tapi bila mercun yg bakar kuat sangat sampai dia terkejut. Terus nangis, lepas tu terus bawa dia masuk ke dalam rumah...

Hazim pegang mercun roket dan halakan ke atas. Si Yusuf pulak bakar mercun roket..

Ni Aiman Hafiz.. Kira dia la yg paling excited main bunga api. Tgk la gaya dia masa suruh posing ambil gambar.

Adam pun turut serta nak main bunga api. Umur baru 4 tahun, tapi dah berani bakar mercun roket. Lepas dah bakar, laju aja dia lari.. Adam.. Adam...

Dan Majlis Penutup main mercun malam raya.. Bakar mercun merdeka ni. 36 das dan meletup di atas macam masa sambutan merdeka. Satu mercun ni harga RM40. Perghhhh... Ni baru nama bakar duit.. Tapi cantik gila masa meletup.. Puas hati... Syg, tak sempat ambil gambar masa meletup kat atas

Pagi raya menjelma... Sy di atas mimbar menyampaikan khutbah... Jgn terkejut.. Sy memang baca khutbah kat surau tiap2 tahun kalau sy raya di sini... Ayah sy bagi teks khutbah Jakim. Tapi bila sy baca, macam tak best. So, sy pun minta la teks khutbah daripada Ustaz Hasrizal. Boleh dptkan teks khutbah di sini : http://saifulislam.com/?p=6748

Lepas Solat Aidilfitri dan Khutbah di surau, para jemaah.. Jiran2 kami dijemput utk makan di rumah kami.. Kira ni tradisi la. Lepas solat raya, jiran2 akan terus datang ke rumah sy..

Bacaan doa oleh para tetamu...

Lepas tetamu balik.. Sampaila masa utk kami sekeluarga bermaaf2an dan juga sesi bagi duit raya. Ni gambar Farees ambil duit raya dari Pak Ngah Ain.. Thank you Pak Ngah.. Farees dah pandai ambil sampul duit raya.. hehehe.. Tgk la siapa yg ajar. Mesti la Ummi dia.. Heheh...

Ni Ammar tengah berbaris ambil duit raya dari sy...

My wife bermaaf2an ngan my mum dan bagi duit raya kat mak sy...

Dan kami sekeluarga pi beraya di rumah saudara mara dan jiran2.. Ni gambar kami balik ke Bagan Serai.. Pada hari raya pertama.... Yg kelakarnya.. Anak saudara sy mula2 tumpahkan satu jar air.. Perghh. Bukan satu gelas, tapi satu jag.. Kena nenek sy buat air baru.. Lepas tuang air ke dalam gelas, sekali lagi, anak saudara sy tu.. Terlanggar air dlm gelas pulak.. Aduh..... Banjir rumah tu... Hehhee.. Tak cukup dengan tu... Sebelum balik, dia terpijak kuih meruku sepinggan... Terus terbalik. Aduh... Excited sangat ni sambut hari raya...

Ni gambar kami bertiga.... Team colour kali ni, purple... Farees pun cute aja pakai baju melayu dia...
.
That's all update for Hari raya.. Lepas ni nak kena upload pasal ayam pulak...
.
Wassalam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top